Entry kali nie x nak taip panjang2. Letih tangan yang tak dibayar gaji. Semacam perlu mengusulkan dalam next bajet supaya setiap blogger mendapat wang saguhati sebagai galakan menggunakan teknologi yang tinggi walaupun negara kita kurang pantas berbanding negara2 maju yang lain. Straight to the point...
Tertiba je pagi ini di kejutkan dengan satu makhluk aneh yang comel di depan pintu bilik. Rupanya mereka adalah jam loceng yang paling sensitif dan dapat membuatkan lenaku tidak panjang. Sudah la semalam tidoq jam 4am or 5am. Tue pun bukan tidoq dalam keadaan sepenuh hati. Sekarang mempunyai masalah Insomnia kembali. Baiklah, demi janji yang perlu di kotakan supaya tidak mentulis panjang, kita akan bincangkn isu Insomnia di lain entry atau di lain kesempatan waktu.
Berbalik kepada penceritaan kita, cerita bermula di awal pagi sekitar jam 8am dikejutkan dengan bunyi kucing bergaduh. Memang yna manusia paling pantang dengar kucing bergaduh. Ada 2 ekor kucing jantan dan seekor kucing betina. Tak pastilah macam mana kucing jantan boleh masuk dalam blok siswi. Lalu dengan beraninya meleraikan pergaduhan tersebut dengan menyelamatkan kucing betina tadi ke dalam bilik. Kucing jantang tadi perlu diusir segera bagi mengelakkan dari ditangkap oleh penyelia kolej atas kesalahan 'Pencerobohan oleh jantina yang lain ke dalam bangunan siswi'. Seperti tidak logik bukan, kucing terpaksa menerima hukuman manusia.
Akhirnya, kucing betina tadi menjadi rumet baru untuk semester ini. Kucing tue menjadi peneman sepanjang hari sehinggakan kucing tue tertidur dengan nyenyaknya selepas lunch tadi.
0 comments:
Post a Comment