Benarkah kata orang tua-tua, "Jangan ambil gambar kucing, nanti kucing tue akan mati". Selama ini memang tabiat kami adik-beradik yang menjadi kegemaran untuk ambil gambar gelagat kucing-kucing sepanjang cuti dan berada di rumah (Eh, spjg cuti dan berada di rumah, knp perlu mention begitu?) Nmpk sgt rajin dan kaki tidak senang utk bersenang-lenang di rumah..bukan begitu, yna suka lepak bersenang-senang di rumah drpd menghidu asap kenderaan yg tak mendatangkan kebaikan kpd kesihatan tapiii... kadang-kadang suka juga berjalan-jalan menghirup udara segar di tempat-tempat peranginan dan percutian bila ada masa terluang drpd terperuk membina tubuh yang semakin gempal.
Berbalik kepada kata-kata orang lama, korang percaya tak? .......... Pada pandangan yna, selama yna bersahabat baik dengan kucing-kucing nie, yna akui byk mengambil gambar gelagat mereka. Tak kira la tengah makan ke tidur ke bergaduh ke atau ...(faham-faham sendiri la..) Sama ada perlakuan ini akan menyebabkan mereka akan mati memang tak masuk dek akal. Kucing tue kalau dah ditakdirkan nak mati sebaik saja flash kamera merakam detik aksinya, memanglah terus mati. Tapi kalau kucing ditakdirkan umur panjang, mereka akan sihat dan jahat..hihi.. Bak kata tuan doktor (my mama) 'minum milo anda jadi sihat dan kuat' tukar kpd versi kucing 'minum susu anda jadi sihat dan jahat'..
Dan takdir penentu segalanya, tepat jam 12.05am 13 July 2010, Being (7bulan) telah meninggalkan kami dengan aksi lucu dan manjanya. Sangat terkilan sebab x sempat nak mandikan Being sebelum balik UKM. Sepanjang cuti, yna sudah berusaha untuk memandikan kesemua kucing2 (13ekor) mengikut giliran. Mana mampu nak mandikan mereka secara serentak. Dengan aksi dan jeritan mereka meminta tolong untuk tidak di berus kaki dan tapak kaki. Tapi sebab benda yang yna suka adalah buih sabun maka teraniayalah mereka bermain buih sabun semasa dimandikan.
Selain tue, yna juga terkilan sebab dh janji nak belikan rantai loceng utk mereka adik beradik (4+2+1=7) Rantai loceng tue ingat hanya pada anak kucing je memandangkan ekonomi tak berapa baik. Kucing yang dewasa dah merasa memakai rantai loceng walaupun ada yg sgt membenci bila dipakai rantai loceng.
Teringat plak, yna suka cakap yang being x cantik. Kitorg panggil Being sbb Being macam kambing, suka berbunyi-bunyi. Sebenarnya mama letak nama 'Niena' sbb yg seekor lg 'Ninie' dan ibunya 'Tina'.. (tertiba je papan kekunci nie basah..huhuhu). Selain adik yg bongsu, yna pun suka mengusik dan bermain dgn mereka. Being paling suka rotan dan dia tak takut rotan. Boleh je diorg berebut-rebut nak kejar rotan sekeliling rumah dan akhirnya tgn yna gak menjadi mangsa cakaran. Mama suka sgt paten warna Being. Menurut mama dlu masa mama zaman kanak-kanak, mama ada seekor kucing kesayangan paten semacam Being dan disebabkan itulah mama cal nangis-nagis bgtau Being dah mati pagi nie. Mama mmg sensitif ttg kucing. Okey la, x dapat nak tulis banyak2 sbb sgt beremosi skrg. Nanti lptp nie banjir plak sapa yg susah, yna dan pensyarah gak yang susah sebab xdpt bt asgmnt.
Byebye Being Si Nakal yang Manja...
0 comments:
Post a Comment