~Annyeong haseyo~
Bak kata perpatah, "Menuntut ilmu, biarlah sampai ke negeri Korea"..(perpatah ini seperti tidak kena tapi lebih tepat, jitu dan terbaikkk). Untuk belajar bahasa ini, yna menghadapi banyak tentangan. Banyak tentangan dari keluarga, kawan-kawan, masa dll. Kata mereka, "Takde faedahnya belajar bahasa tue, baik bik bahasa Mandarin". Itu kata mereka yang bersifat cemburu..(cemburu ke atau ...). My first class umpama belajar menulis 123 dan membaca ABC. Sungguh seperti masuk tadika. Semua begitu teruja dengan pensyarah yang sungguh comei dan banyak bersabar dengan kami.
Pada abad ke-15, Maharaja Seong daripada Dinasti Lee telah mencipta satu sistem penulisan bersimbol khusus untuk bahasa Korea, iaitu Hangul. Pada mulanya Hangul hanya mempunyai 24 huruf, iaitu 14 konsonan dan 10 vokal, tapi kini Hangul telah berkembang menjadi 40 huruf dengan 19 konsonan dan 21 vokal. Walaubagaimanapun 24 adalah huruf asas manakala yang selebihnya adalah gabungan huruf asas.
Mulai saat ini, yna akan belajar bersungguh-sungguh dalam bahasa baru ini...hwaiting!!!
~Annyeonghi gyeseyo~
0 comments:
Post a Comment