BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Saturday, September 11, 2010

tragedi 1Syawal

Syawal bukanlah masa untuk berdukacita tetapi itulah kenyataan untuk syawal tahun ini. Semuanya harus diterima dengan redha kerna ia telah tertulis bahawa kemalangan ini akan tetap berlaku. Kadang-kadang terfikir juga hikmah di sebalik semua ini...


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin jika sepanjang perkenalan kita yang kita bina atas niat kerana Allah swt membuatkan banyak kekasaran tutur kata dan keterlanjuran tingkahlaku sehingga menyebabkan banyak hati yang terguris secara nyata atau kurang nyata. Sesungguhnya tiada niat dihati untuk menguris perasaan sahabat-sahabat semua. Andai berlaku daku menyusun sepuluh jari memohon seribu satu kemaafan dan berikanlah daku peluang untuk terus membina ukhuwah yang telah lama terjalin. Halalkanlah segala makan, minum dan curahan ilmu kalian yang secara sengaja atau tidak sengaja. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar dipertemukan pada Ramadhan akan datang.

Tuesday, September 7, 2010

Bahasa dan cara penulisan sukar di dunia (Part 5)

Bahasa Mandarin adalah dialek Bahasa Tionghoa yang dituturkan di sepanjang Utara dan barat Daya Republik rakyat China. Dalam pengertian yang sempit, mandarin bererti Putonghua dan Guoyu yang merupakan dua bahasa standard yang hampir sama yang berdasarkan pada bahasa lisan Beifanghua. Putonghua adalah bahasa rasmi Cina dan Guoyu adalah bahasa rasmi Taiwan. Putonghua yang biasanya malah dipanggil Huayu juga adalah salah satu dari empat bahasa rasmi Singapura. Dalam penegertian yang luas, Mandarin bererti Beifanghua yang merupakan sebuah kategori yang luas yang merangkumi pelbagai jenis dialek percakapan yang digunakan sebagai bahasa lokal di sebahagian utara dan barat daya cina dan menjadi dasar bagi Putonghua dan Guoyu. Beifanghua mempunyai lebih banyak petuturan daripada bahasa apapun yang lainnya dan terdiri dari banyak jenis termasuk versi yang sama sekali tidak dapat dimengertikan. Seperti ragam bahasa lainnya, ada banyak orang yang berpendapat bahawa bahasa Mandarin itu merupakan semacam dialek bukan bahasa.

你好嗎?(Apa Khabar?)

Sunday, September 5, 2010

The Best Leader of Kpop

only 27 but has responsibilities equivalent to someone who's already middle-aged...
not a mother but has responsibilities of taking care of 14 other members...
the leader but often steps down as to not steal the limelight and is always putting his members first...
always standing up and apologizing when a member makes mistakes or does something humiliating...
succeeded in bringing his group to where they are now...
one of the legendary group of k-pop...

but why is he always being called as 'the weakest member'...
or 'the most useless member'?

take a moment or two to look him up...
he is the base, the foundation of the group...
without him, the group crumbles...
he's the glue to keep them together...
he's the man behind the scenes and i respect him so much...

Saturday, September 4, 2010

Andai kasih pada yang dikasihi

leburkan dendam yang ada di hati
kerana ia bisa membawa petaka
leburkan kata-kata amarah
kerana ia bisa menzahirkan dendam
kebencian yang terjadi
adalah putik-putik yang bernanah di jiwa
menambahkan siksa yang menyala
pada yang merasa
dalam kehidupan seharian
kita manusia selalu melakukan kesilapan
terperangkap dengan kelemahan nafsu durjana
jalinkan ukwah sesama insan
berkasih sayang dan saling bersatu
hati yang putih berpadu
akan selalu diwarnai rasa bahagia
andai kebencian kita leburkan
hati yang putih bersatu
akan mensyukuri semua nikmat
anadai segala dendam bertukar menjadi kerinduan
saling mengasihi dan dikasihi
demi keharmonian silatulrahim terikat kukuh
menyuburkan cinta ummah...

Monday, August 30, 2010

Merdeka

Esok 31 Ogos dan sekali lagi sambutan kemerdekaan untuk kali ke 53. Berkisar tentang isu akhir-akhir ini, penulis meluahkan rasa marah yang belum ke tahap dendam lagi terhadap pemberontak-pemberontak yang sanggup memalukan negara sendiri dengan tindakan bodoh mereka membakar, memijak dan melontarkan najis ke Jalur Gemilang. Penulis menganggap ini tindakan yang tidak berwawasan dan tidak bertamadun. Tindakan biadap ahli BENDERA (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia) itu adalah kesan semangat NASIONALIS MELULU sehingga tidak lagi berfikir secara nasional dan waras berlandaskan hukum, adat dan agama. Tidak hairanlah kerana ini negara tersebut kurang maju berbanding negara lain yang dianggap kurang maju seperti India. Negara India juga mempunyai kehebatan sekurang-kurangnya dalam bidang Informasi Teknologi Maklumat. Sikap emosi ini bakal mengundang kepada perkara-perkara yang berbahaya kepada negara jika tidak dibendung. Keselamatan pelajar-pelajar Malaysia juga turut dibimbangi oleh ibubapa yang menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di sana. Penulis sendiri bimbang tentang tahap keselamatan bekas roomatenya bila berdepan dengan isu ini. Penulis doakan semoga Allah swt melindungi AZIEMAH BINTI ABDUL LATIFF yang sedang menuntut di University of Trisakti serta semua pelajar-pelajar kita yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu di negara tersebut. GERAK (Gerakan Kebangkitan Rakyat) akan menghantar memorandum ke Kedutaan Indonesia bagi membincangkan masalah ini secara lebih lanjut terutamanya mencari 'siapakah dalang disebalik peristiwa ini'.
Apabila Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilemparkan najis serta Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar oleh penunjuk perasaan daripada BENDERA minggu lalu, beberapa bantahan atau kencaman dari seluruh negara kedengaran? Bayangkanlah apa berlaku di Indonesia jika perbuatan itu dilakukan rakyat kita di sini. Walaupun apa yang dilakukan segelintir rakyat Indonesia itu mencerminkan tahap kebodohan mereka dan tidak mungkin kita membalasnya dengan cara itu juga, ia tidak bermakna kita harus berdiam diri apabila maruah negara dicemari sebegitu buruk rupa. Berapa banyakkah bantahan daripada NGO di negara ini disampaikan kepada Kedutaan Indonesia atau perhimpunan secara aman diadakan di bandar seluruh negara bagi menyampaikan mesej mengenai perasaan kita terhadap tindakan rakyat negara yang sering disebut sebagai SAUDARA SERUMPUN itu?
Walaupun kita mahu rakyat dan generasi muda negara ini mempunyai semangat nasionalis yang tinggi tetapi kita juga tidak mahu rakyat kita terlalu tipis jiwa patriotik mereka sehinggakan diam seribu bahasa apabila maruah negara dihina sedemikian rupa.

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran

IHYA RAMADHAN ~ Diturunkan Al-Quran.


Nabi Muhammad SAW berkata : "Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada awal malam Ramadhan dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan dan diturunkan Injil pada 13 Ramadhan dan diturunkan Zabur pada 18 Ramadhan dan diturunkan Al-Quran pada 14 Ramadhan." (al-Mu'jam al-Kabir)