BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, June 21, 2010

Taipei 101 rekabentuk ilham pokok buluh

Menara Taipei 101 di Taiwan yang pernah menjadi bangunan tertinggi selama tiga tahun sebelum diambilalih oleh Burj Khalifa di Dubai pada Januari tahun lalu, dibangunkan mengikut rekabentuk pokok buluh. Bangunan 101 tingkat dibahagian atas dan lima tingkat dibahagian bawah itu dikenali sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei.
Ia dibangunakan oleh seorang arkitek bernama C.Y. Lee dan dibina oleh syarikat KTRT Joint Venture selama lima tahun bermula 1999 sehingga 2004. Binaan tersebut mempunyai kelebihan boleh bertahan dalam gempa bumi dan juga taufan. Antara kemudahan yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti aplikasi gentian optik untuk capaian Internet pantas. Disamping itu juga dilengkapi dengan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan 63km/j. Pada bahagian dalamnya pula terdapat pasaraya setinggi enam tingkat, kedai-kedai dan juga restoran.

0 comments: