Bahasa Arab adalah sebuah bahasa Semitik yang muncul dari daerah yang sekarang termasuk wilayah Arab Saudi. Bahasa ini adalah sebuah bahasa yang terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahsa Semitik. Bahasa ini berkerabat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aram. Bahasa Arab Moden telah diklasifikasikan sebagai satu makrobahsa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO639-3. Bahasa ini dituturkan di seluruh dunia Arab, sedangkan bahasa Arab Baku diketahui di seluruh Dunia Islam. Bahasa Arab Moden berasal dari bahsa Arab Klasik yang telah menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa liturgi Islam sejak lebih kurang abad ke-6. Abjad Arab ditulis dari kanan ke kiri. bahasa Arab telah memberi banyak kosakata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Arab Pertengahan, bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya terutamanya dalam Sains, Matematik dan Falsafah yang menyebabkan bahasa Eropah turut meminjam banyak kosakata dari bahasa Arab.
كيف حالك (Apa Khabar?)
0 comments:
Post a Comment