Become a babysitter of Iskandar. Pengalaman pertama menjadi babysitter (nanti I minta izin ibunya untuk ambil gambar anaknya yek, baru I berani mengupload picture masuk dalam ini blog) Sangat seronok sebab Iskandar tak banyak ragam. Just kekadang tue je suka buat nangis manja. Dalam 3 kali juga baby nangis tapi berjaya dihentikan dengan belaian manja (sejak bila pandai jaga anak nie? Apa kau ingat yna pandai jaga anak kucing je ke..rindu my kitten at hometown) Okey, berbalik kepada penceritaan tadi, Dahlia yang kenalkan kak Elis (ex-felo KKM). tQ dahlia. Mulanya macam takut nak terima tawaran tapi sebab yna suka budak2 kecik, I relakan untuk menjadi baby sister kepada Iskandar..haha. Soal bayaran tue soal kedua dan tak boleh nak mention 'How much I get and they willing to paid for looking and take care of their baby (because soal DUIT nie adalah perkara yang begitu sensitif sekali dalam kamus hidup yna) I'm happy and proud to do it. Hasil pendapatan tue nanti boleh dilaburkan untuk Bonamana..(haha, kontoi di situ...) Biasalah hidup perlu berusaha dan jangan sesekali mengharap belas ehsan dari orang lain untuk memiliki sesuatu. Yna sangat beruntung sebab sejak kecil, mama dah ajar untuk berusaha sendiri jika inginkan sesuatu. Mungkin orang lain, dengan hanya meminta kepada parent untuk memiliki sesuatu adalah perkara yang biasa tapi ingat la sikit, takkan kamu nak terus bersikap meminta-minta padahal kamu mampu untuk memiliki dengan cara sendiri. Bangga tau kalau kita dapat apa yang kita idamkan dengan cara sendiri daripada hidup bergaya dengan hasil penat lelah parent. Entry berhenti di sini kerana penulis sedang beremosi secara tiba-tiba. Mungkinkah penulis dalam mood ....?
Why I English
1 month ago
0 comments:
Post a Comment