Diagnosis dan rawatan
Pengesanan anemia sangat mudah iaitu melalui ujian darah untuk mengetahui kiraan penuh sel darah. Hanya dalam keadaan tertentu doktor perlu melakukan ujian lanjutan terutamanya bagi individu yang ada masalah keturunan.
"Anemia bukan penyakit TETAPI keadaan yang perlukan rawatan untuk membolehkan seseorang hidup sihat. Jika dibiarkan, anemia mengancam nyawa seseorang, terutamanya jika menjadi SERIUS."
"Rawatan bergantung kepada punca masalah. Jika puncanya dirawat, individu berkenaan akan sembuh daripada masalah ini KECUALI jika membabitkan punca keturunan seperti talassemia, kekurangan enzim G6PD atau penyakit autoimun."
"Pemindahan darah dilakukan jika terpaksa TETAPI ia hanya penyambung kepada rawatan dan bukan rawatan khusus bagi anemia. Selain vitamin sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang disuntik ke dalam salur darah atau otot, seseorang perlu menjaga pemakanannya. Sayur-sayuran hijau seperti bayam baik untuk orang anemia kerana ia mengandungi banyak zat besi."
0 comments:
Post a Comment