Untuk pertama kalinya, aku menjejakkan kaki ke konsert. Untuk pertama kalinya aku telah membuat suatu keputusan yang benar-benar diluar jangkaan dan ternyata keputusan tersebut tidak menghampakan bila satu-satunya band terkenal berjaya menambat hatiku dalam setiap persembahan mereka. Semuanya bermula dengan ajakan nakal dari Hani. "Yna, nak tak pegi konsert SUJU?" "Yna tahu tentang konsert tue tapi...mahallah harga tiket." Hampir seminggu aku bercatur-catur sama ada untuk meneruskan niat ke konsert tapi aku perlu korbankan sesuatu untuk penuhi impian itu. Pada saat terakhir, Hani sudi menemankan aku membeli tiket di Sungei Wang, tempat dan lokasi yang belum pernah dijejaki. Sepanjang perjalanan masih berkira-kira untuk membeli atau tidak. Akhirnya, tiket dimiliki dengan harga RM238. Memang kalau boleh nak yang RM438 tapi keadaan ekonomi tak berapa stabil. Thanks buat sahabatku, Linda sebab pinjamkan sejumlah wang untuk memenuhi impian gilaku ketika itu. Kalau SUJU terbaca entry nie, mesti terharu. Tambah lagi klu Leeteuk yang murah dengan air mata.
Perjalanan bermula seawal jam 10am pada planning awal tapi memandangkan keadaan aku yang tak stabil akibat keletihan pulang lewat dari Putrajaya pada malam sebelumnya. Syukran kepada teman Hani yang sudi meminjamkan MyVI SEnya untuk perjalanan gile kami. Sebenarnya, aku bukannya mahir sangat untuk ke lokasi. Sebelum hari kejadian, aku dan Hani dah buat homework dengan sifu Tasha (my rumet) untuk menjadi tunjuk arah sambil ditangan kami mencatatkan peta perjalanan menuju ke Stadium Putrajaya. Rupa-rupanya, mudah je nak ke sana.
Dengan mudah mendapat parking walaupun ketika sampai kelihatan ramai fans yang dah mula beratur (baguskan ELFs Malaysia, okey tabik spring 13 kali). Kami dapat info yang ada ELFs yang sejak semalam dah mula berkampung di sana. Mana taknya, diorg nie sebenarnya nak berebut tempat yang paling best dan selesa bagi tiket RM438 PittRock (bestnya, nextime nak beli tiket PittRock..blh main mata dgn LeeTeuk dan Siwon..Oh MatsumotoJun, jgn marah yek, kamu tetap dihatiku selalu..tiap hari sayang, tertiba je iklan Fair&Lovely). Kami pun tak sabar-sabar untuk membuang masa dengan mengambil pic di kwsn sekeliling sambil mata liar mencari item2 yg boleh dilaburkan untuk koleksi. Nampak gayanya, tak banyak yang dapat kami beli sebab masa tue kami tgh KAYA sgt. Beli je yang termampu, beli je brg wajib konsert (aik, td kata 1st time dtg konsert, mcm mn tau benda2 wajib konsert?) Adakah aku terkantoikan sesuatu atau...? Memang benar kwn2, ini my 1st time but before this kami kan rajin buat homework. Jgn kata konsert Super Junior, situasi konsert Arashi pun kami dah mahir..hahaha. Bak kata Nani, "Jangan membazir, itu amalan syaitan. Boros itu meranakan diri." Baik, saya takkan boros. Sedang kami berehat-rehat sambil dijamu oleh tingkahlaku ELFs yang lain, datang beberapa orang krew yang mengagihkan brg2 konsert. Apa lagi dengan rakus tapi terhormat kami pun berjaya mendapatkan item2 tambahan yang diberi secara percuma ketika itu. Dengan info ringkas yg diberikan, kami diminta untuk mematikan blue stick dan menyalakan finger light bila lagu 'Shining Star'. Sebenarnya, seorg fans tersebut telah dgn bermurah hati menaja finger light tersebut. Wah, kayanya engkau buatkan aku cemburu. Aktiviti lain adalah menandatangani banner ELFs Malaysia dan kemudiannya kami dihalau secara berjemaah oleh Hani (dihalau???) Oh tidak sebenarnya, Hani nie sahabat yang baik sbb sentiasa igatkan kami untuk tak melengahkan solat. Kami terus ke Surau yang berdekatan untuk solat Zohor dan menunggu panggilan Asar. Nice kan kami smbil berhibur tp tak lupa akhirat ('shy' sign).
ELFs telah mula beratur untuk masuk bagi tiket2 yang mempunyai seat number. Sebenarnya konsert dimulakan pada jam 7pm dengan persembahan pembukaan tarian Thomas&Jack (disangkakan SJ) dan Iqwan (disangkakan Faizal Tahir). Konsert sebenarnya bermula jam 8pm bg menghormati solat Maghrib. Lagu-lagu dans orakan giler peminat yang tak pernah berhenti termasuklah aku sendiri yang hampir hilang suara, gara-gara menjerit memanggil semua member SJ yang buat persembahan. Memamng mantap dan meletop persembahan SJ. Tak heranlah kos untuk stadium mencecah angka RM60juta (banyak tue, main jutaria pun belum tentu capai). Ombak biru dilangit bertukar ke kelipan bintang putih berkelip di lautan bila lagu 'Shining Star' (haha, mcm x sesuai je metafora tp inilah kenyataan yg x tercapai dek akal tika itu). Fenomena menangis oleh SJ pun rancak ditayangkan dan berjaya dirakamkan dilayar perak yang sebanyak 3 skrin besar. (mmg puas tgk skrin bg mereka yg rabun, maaf linda kutuk ko secara sindiran wpun x berniat sbb aku x baca lafaz niat utk kutuk ko..hihi). Arigato pada Anis&BFnya sebab sudi pinjamkan binocular ajaib yg blh mendekatkan aku dgn Leeteuk dan SiWon (baiklah, aku sorg je perasan yg aku dekat dgn diorg padahal hakikatnya mereka jauh sgtttt....)
Lagu terakhir dan ucapan terima kasih daripada member SJ. Tak kurang hebat mereka cuba untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia dan English supaya dapat berkomunikasi dengan ELFs. At least mereka cuba wpun halangan dlm segi bahasa. Mereka memang layak untuk di gelarkan Korean Band yang paling popular. Kemudian berkejaran ke KLIA, apa yang berlaku selepas konsert akan bersambung di entry 'Langkah kanan ke kiri di KLIA'
♥ LeeTeuk ♥ Siwon ♥
Sa rang hae Super Junior
Okey, ini adlh cdgn hani utk entry yg x skema...
0 comments:
Post a Comment