BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Wednesday, March 10, 2010

Barah Tulang (part IV-Final)



KALSIUM CEGAH BARAH TULANG AWAL

Bila menyebut mengenai tulang, pastinya ia punya kaitan dengan bekalan kalsium dan protein yang tidak mencukupi di dalam tubuh. Di Malaysia sekurang-kurangnya 1.5 juta kes keretakan tulang berlaku disebabkan oleh osteoporosis akibat kekurangan kalsium dalm tulang. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk kesihatan tulang. Tulang mengandungi lebih daripada 99% kalsium. Selain berperanan penting dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang sihat, kalsium juga diperlukan untuk aktiviti enzim. Kehadiran kalsium sebanyak satu peratus dalam darah terutamanya dalam proses tubuh seperti pengecutan otot, pembebasan neurotransmitter, mengawal atur denyutan jantung dan pengumpalan darah mampu memberi kesan positif kepada pencegahan masalah kanser. Malah kekurangan kalsium dalam darah juga akan menyebabkan pembebasan kalsium ke dalam aliran darah di bawah pengaruh hormon paratiroid (PTH). Pembebasan kalsium yang berlebihan ke dalam darah daripada tulang seterusnya akan mengurangkan keutuhan tulang. Selain kalsium, tulang juga memerlukan lima nutrien lain untuk kekal kuat dan sihat iaitu vitamin D dan K, magnesium, zink dan protein. Secara statistik, keperluan kalsium paling diperlukan bagi individu dalam lingkungan usia 11 hingga 24 tahun. Dan golongan remaja memerlukan 1,000 dan 3,000 mg kalsium setiap hari. Masalah kanser umumnya tidak akan terbentuk dengan adanya tulang yang cukup kuat dan sihat. Jadi mulakan langkah penjagaan tulang yang padu dengan bekalan kalsium yang secukupnya dalam badan.


0 comments: