BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Saturday, October 17, 2009

Solat duduk kerana uzur kena qadha?

Rukun solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai 13 rukun (niat, berdiri betul, takbiratul ihram, maca surah Al-Fatihah, rukuk, i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir, selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir, salam dan tertib).

Iman al-Bukhari meriwayatkan daripada 'Imran bin Husain r.a. katanya :

"Saya mengidap penyakit, lalu saya bertanya Nabi s.a.w. mengenai solat".

Baginda menjawab :

"Solatlah dengan cara berdiri. Kalau engkau tidak berdaya solatlah dengan cara duduk, sekiranya engkau tidak berdaya solatlah dengan cara mengiring dan sekiranya engkau tidak berdaya solatlah dengan cara terlentang".

Berdasarkan Hadis di atas, seseorang yang tidak mampu mengerjakan solat secara berdiri dia boleh melakukan solat dengan duduk, baring dan seterusnya mengikut kemampuannya serta tidak wajib lagi ke atasnya mengqadha'kan solat yang telah ditunaikan itu kerana dia telah menunaikan solat sebagaimana yang diberikan kelonggaran kepadanya disebabkan keuzuran yang dialaminya. Memaksa diri beribadat sehingga mendatangkan kecederaan bukanlah sesuatu yang dicenderungi agama malah akan dipertanggungkan jikalau kecederaannya itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan ibadah yang lain, meninggalkan amanah tanggungan dan menyusahkan pula orang lain.

Allahu A'lam.

Ucapan terima kasih pada rumet Intan Natasha kerana selalu menceriakan hati, Puteri Amalina dan Azwandi Azalan kerana sudi berulang-alik menemani ke HUKM untuk pemeriksaan lanjut, sahabatku Hanifazilah kerana sudi menghantar ke setiap kuliah serta Anis, Ann, junior K19B, warga IZISH yang berkenaan. Kasih sayang yang tidak terhingga kepada keluarga di Penang dan keluarga angkat di Pahang kerana selalu mengambil berat tentang perkembangan kesihatan. Semoga kesihatan kembali seperti sediakala supaya dapat mengharungi peperangan bersama teman-teman dalam dewan ilmu. Berharap agar pergerakkan dapat setangkas dahulu supaya tidak membebankan orang sekeliling.


0 comments: