Saat itu Dhuha hari terakhir Nadia di Masjid Nabawi untuk menuju Makkah. Ibu Nadia bercerita tentang satu perkara menarik ketika umrah. Ibu Nadia adalah pelanggan setia Maknah Tour Travel dan disebabkan itulah ibu Nadia tanpa berlenggah untuk memberi modal pusingan bagi menampung perbelanjaan operasi Maknah Tour Travel. Kini, Ibu Nadia adalah rakan kongsi Maknah Tour Travel. Kebetulan Umrah Nadia sekitar bulan Julai 2011 bemula di Madinah selama 4 hari lalu ke Makkah. Tujuan Nadia hanya satu, dia mahu saat malam Jumaat di depan Kaabah. Ibu Nadia bercerita bahawa Allah hanya memanggil kita sebanyak 3 kali sahaja seumur hidup. Kening Nadia berkerut seribu. Ibu Nadia tersenyum memahami kerutan di dahi Nadia.
Panggilan PERTAMA : Laungan Azan
Panggilan yang sangat jelas kedengaran di telingga kita setiap hari. Jika kita solat, kita telah menjawab panggilan dari Allah. Allah maha Penyayang, Allah masih fleksibel. Dia tidak cepat marah akan sikap kita yang kadang kala tidak solat atau pun melengahkan waktu solat kerana malas. Dia masih memberi rahmat-Nya, masih memberi kebahagian bagi umat-Nya. Allah hanya akan membalas umat-Nya ketika hari kiamat nanti.
Mata Nadia mula berkaca-kaca. Terbayang dirinya yang sering alpa dan melengahkan waktu solat atas urusan kerjaya dan peribadi. Masya-Allah.
Panggilan KEDUA : Umrah dan Haji
Panggilan ini bersifat halus dan bersifat 'bergiliran'. Setiap hamba-Nya mendapat peluang dan kesempatan yang berbeza-beza dengan hamba yang lain. Jalan yang dilaluinya juga bermacam-macam. Bagi yang tidak mempunyai wang perbelanjaan menjadi berupaya untuk mempunyai wang perbelanjaan, yang tidak merancang untuk pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita memasang niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/Umrotan' , sesungguhnya kta pada saat itu sedang menjawab panggilan yang kedua. Ketika itu kta pasti merasa bahagia kerana menjawab panggilan itu meskipun panggilan tersebut halus sekali. Laksanakanlah Haji/umrah bagi yang mampu.
mata Nadia semakin berkaca-kaca, Subhanallah. Daku datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang dirancang. Alhamdulillah.
Panggilan KETIGA : Kematian
Panggilan ini yang kita jawab dengan amal kita. Kebiasaannya Allah tidak memberi tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Oleh itu, ibu Nadia berpesan kepada Nadia untuk senantiasa manfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya.
Jawablah ketiga-tiga panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. InsyaAllah syuga adalah balasannya. Mata yang basah di dalam Masjid Nabawi diseka Nadia lalu bersujud taubat pada Allah kerana kelalaiannya dalam menjawab ketiga-tiga panggilan-Nya. Kala itu, hati Nadia semakin yakin akan kebesaran-Nya, kasih sayang-Nya dengan semangat menyala-yala, Nadia mengenakan baju Ihram dan berniat.
"Aku menjawab panggilan Umrah-Mu Ya Allah Tuhan Semesta Alam."
0 comments:
Post a Comment