Jodoh yang dinanti justeru tidak pernah disangkanya. Di saat dirinya menangis kepada Allah kerana masih belum bernikah, pada saat itu dirinya memohon kepada Allah agar memberikan jodoh yang baik dan menjadi imam bagi dirinya, sudah hampir 30 tahun usianya gelisah tentu ada apatah lagi dia merupakan anak sulung sementara ibunya adalah seorang ibu tunggal. Kesibukannya bekerja membuatkan si ibu sering bertanyakan tentang anaknya yang masih belum bernikah, yang ada hanyalah dijawab dengan titisan air mata. Gajinya hanya mampu untuk berbelanja keperluan ibu dan adik-adiknya sahaja.
Dijadikan cerita dengan tekad, dia berdoa sekhusyuk mungkin dan hanya memohon kepada Allah untuk memberikan jodoh yang terbaik oleh Allah. Dia yakin jodohnya adalah kehendak Allah dan hanya Allah saja yang akan mempermudahkan dan menyegerakan jodoh untuknya. Selang sebulan kemudian, semasa dia menunggu giliran untuk ditemuduga bekerja, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan kurniaan Allah kepadanya. Lelaki tersebut akhirnya melamar dan mereka segera bernikah. Suaminya tertarik dengannya pada kali pertama mereka berjumpa, ketika dia sedang asyik membaca sebuah buku bertajuk "40 Tanggungjawab Suami Isteri" walaupun calon lain sedang fokus pada temuduga pada hari kejadian. Alasan suaminya sangat sederhana, " Wanita ini masih belum dimiliki oleh sesiapa dan sedang berusaha untuk menjadi isteri yang baik, ini bermakna wanita ini seorang yang baik dan solehah, insyaAllah."
Begitulah cara Allah swt yang penuh misteri dalam mempertemukan jodoh masing-masing. Jodoh itu akan tiba pada saat ketika yang tak disangka-sangka dan boleh terjadi di mana-mana saja yang dikehendaki.
Doa untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.
'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' "Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisi-Mu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat."
-Wassalam-
0 comments:
Post a Comment