BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, August 18, 2009

13 Keistimewaan WANITA

Sekadar renungan buat insan bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang daripada lelaki.
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki bukan soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
7. Apabila dua org ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
8. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solat dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
9. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
10. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
11. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
12. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang malam menggembirakan suaminya.
13. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.

~dipetik drpd buku Riwayat Bidadari Syurga

0 comments: