BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Wednesday, September 30, 2009

Sifat Isteri Solehah

  1. Mentaati perintah Allah swt dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah swt
  2. Sentiasa menjaga hati suami dengan berbicara dengan perkataan yang lemah lembut
  3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata-kata
  4. Hendaklah sentiasa berada di sisi suami apabila diperlukan
  5. Menghiasi diri dengan wangian-wangian dan bersolek
  6. Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami
  7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan hati suami
  8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaannya di rumah
  9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami
  10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami
  11. Sentiasa rela dan bersedia berkorban demi kebahagian suami
  12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami
  13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami

C a r t a M i n g g u I n i

K u P e r c a y a A d a C i n t a ~ Datuk Siti Nurhaliza
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segalanya

Ku rela biar betapa perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sisa-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ada hikmah yang pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Friday, September 25, 2009

Jadikan KEMATIAN Sebagai Muhasabah

Setiap makhluk yang bernyawa pasti mati. Perkara kematian adalah pasti dan semua manusia pasti melaluinya. Mungkin sebelum ini, kita pernah mengeringi jenazah ahli keluarga, sanak saudara atau rakan. Sudah tentu suasana hiba dan penuh sayu menyelubungi setiap insan yang menghantar jenazah berkenaan ke tanah perkuburan. Yang sudah mati akan berhadapan dengan Allah, tetapi kita yang masih hidup yang mengiringi jenazah itu bagaimana? Tidakkah terlintas di sanubari menginsafi diri yang suatu ketika nanti beginilah keadaannya apabila sekujur tubuh tanpa nyawa diusung dalam keranda ke tanah perkuburan! Sepatutnya inilah detik yang membuka ruang keinsafan lalu bermuhasabah diri demi membetulkan segala dosa silam yang pernah kita lakukan. Seharusnya ketika itulah saat paling murni buat sesiapa saja yang mengiringi jenazah itu membayangkan beginilah diriku yang akan diusung apabila aku mati kelak. Alangkah indahnya jika kematian membuahkan keinsafan hakiki lalu menjernihkan lubuk hati setiap pengiring jenazah. Janganlah hendaknya timbul gelak ketawa dan suara hiruk pikuk hingga peristiwa kematian menjadi peristiwa biasa sahaja. Janganlah kawan, marilah kita ambil pengajarannya untuk membaik pulih diri. Ingatlah duhai sahabat, kematian itu datang secara tiba-tiba tetapi tanda dan amaran mengenai kematian sentiasa dijelmakan secara jelas dan nyata. Jadi apa perlunya menangguhkan taubat? Mengapa liat dan lalai bermuhasabah diri? Jika kita masih lalai dan seolah-olah melupakan kematian bermakna pengalaman kita mengiringi jenazah tidak memberi makna.

Monday, September 14, 2009

CINTA Terbaik Hanya dari ALLAH swt

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kitadgan org yg salah spya kita lbh faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA PADA ALLAH


Sunday, September 13, 2009

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari).

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman D'Hati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen Ikut Nafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo Tido Lajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman D'Hati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini. Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.
Blog Afiq Izzudin (Ireland 2009/2010)