BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, December 2, 2010

Seutas Tasbih Sebuah Janji (part 1)

Pada 10 Ogos 1994, kahdijah mengambil keputusan bergelar Muslim tetapi masih belum bersedia meluahkan keinginan itu kepada sesiapapun. Dengan posisi bersujud, dia mula berdoa :

"Ya Allah. Engkau mengetahui aku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri. Engkau mengetahui segala dosaku dan segala perbuatan baikku. Malah Engkau mengetahui sepanjang hidup aku ini, aku mencari kebenaran dengan belajar dan membaca Al-Quran. Sesungguhnya aku takut tetapi aku terpaksa membuat keputusan. Aku mengakui akan kewujudan-Mu Allah dan aku cuba mengagungkan-Mu mengikut pemahamanku. Sekiranya aku melakukan kesalahan, maka Kau ampunkanlah aku. Jika aku salah mengenai Islam, jangan Kau campakkan aku ke dalam api neraka-Mu. Sesungguhnya aku mempercayai tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku ingin benar bergelar Muslim dan aku tidak mahu neraka dan aku mahu masuk syurga-Mu. Ya Allah! semoga Engkau memahami situasi ku ini".

Selepas solat, Khadijah terus terlena. Sebaik terjaga pagi keesokan harinya, sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Khadijah. Kesakitan migrain yang dialami sekian lama, kini menghilang entah ke mana. Fikiran Khadijah cepat melayang kepada insiden malam tadi. Sejak itu, dia mula solat lima kali sehari dengan caranya sendiri dan daripada pemerhatiannya menerusi teman Muslim. Selain itu, Khadijah juga membuang semua ubat-ubatannya yang selama ini dia bergantung 100% kepada dadah itu.

"Lebih kurang sebulan lamanya, saya membaca mengenai Islam dan mengumpul keberanian untuk meluahkan hasrat memeluk Islam kepada Saif. Sedikit demi sedikit, saya mula malu dengan cara saya berpakaian. Lantaran itu, saya mula mengenakan seluar panjang atau skirt labuh yang dipadankan dengan blaus berlengan panjang, waima cuaca pada hari itu panas. Kadang-kadang, saya mengenakan skarf di kepala. ia sesuatu yang mendamaikan dan terasa selamat. Akhirnya, pada malam 8 November, semacam timbul keberanian dan terus meluncurkan pengakuan diri untuk memeluk Islam di hadapan Saif."

Bicara Khadijah yang selamat melakukan syahadah pada keesokan malamnya di masjid berdekatan.

bersambung...

0 comments: