BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Saturday, December 25, 2010

Pengemis Cinta - Sihir Pengasih

Nasibnya mungkin kurang beruntung berbanding yang lain tapi dia begitu cekal menghadapi saat-saat ditimpa musibah. Dia mempunyai kepintaran yang tinggi. Dia mempunyai paras rupa yang elok, semolek budi pekertinya yang cantik. Dia mempunyai keluarga yang bahagia walaupun keluarganya hanyalah dari golongan yang sederhana. Kini, dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Si suami tercinta merupakan seorang ustaz yang dihormati dan disegani ramai. Mereka adalah pasangan yang ideal. Dia hanyalah diduga dengan penyakit ganjil, mungkin juga akibat perbuatan sihir seseorang kerana dendam. Dalam keadaan kurang sihat itu, dia tetap kuat menghadapi kehidupan sehariannya sebagai seorang mahasiswa. Semester terakhirnya di sini bakal mencipta sejarah dan dia begitu tidak sabar untuk melangkah keluar dari menara gading ini dengan segulung ijazah kelas pertama. Semoga hasil penat lelahnya selama 3 tahun di sini berbuahkan hasil dan dia begitu ingin meninggalkan kesan sejarah hitam dia di sini. Sejarah yang hitam sehingga menimbulkan dendam seseorang kepada dirinya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Begitu hebat sekalikah cinta sehingga tidak membenarkan insan lain untuk bersaing dengannya. Dan seandainya cintanya tidak dipilih, dia sanggup untuk tidak membenarkan barang sesiapa untuk memilikinya juga. Dia begitu tegar sehingga sanggup untuk menyakitkan insan yang dia cintai semata-mata tidak mahu cinta lain memiliki insan yang disayanginya. Dia mempunyai pengetahuan dan ilmu agama yang tinggi tetapi telah memilih jalan untuk sihir pengasih.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika aku diberi pilihan, tidak sesekali memiliki cinta dengan cara begitu. Mungkin akan memiliki cinta itu tetapi tidak kasih sayangnya. Mungkin akan memiliki jasad itu tetapi tidak pada nyawa dan perasaannya. Mungkin akan bahagia dan mungkin juga akan bertemu kekecewaan pada penghujungnya.

Menurut Ustaz, kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri dari terkena sihir pengasih ini dengan menjaga hubungan kita dengan Allah swt dan mengamalkan bacaan surah Al-Falaq dan An-Nas

0 comments: