BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Showing posts with label W a n i t a. Show all posts
Showing posts with label W a n i t a. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Dalam Mihrab Cinta


BUNGA BUNGA CINTA
(Dude Harlino feat Asmirandah)
Tak pernah terlintas di benakku
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antar harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Friday, August 30, 2013

Testimoni DX Lingerie

Testimoni terbaik adalah diri sendiri, jadi entry kali nie kQ nak share dengan followers tentang testimoni diri sendiri. Daripada memberi contoh yang bukan-bukan or rekaan seperti sesetengah produk tue, the best thing is testimoni hasil pada diri sendiri. Before this, kQ ada share tentang keghairahan kQ bila memakai baju super magic nie dan entry kali nie kQ nak share setelah berjaya memakai secara KONSISTEN selama 3 bulan. If tak selesa, of course dah lama campak jauh-jauh kan. Tapi serius sangat..sangat..sangat selesa. Jadi mari kita berkongsi sekarang. Kita mulakan dengan sejarah dahulu.


Picture 1 : 
Nampak tak ketika ini kQ agak kurus. Picture nie diambil pada Ogos 2009 sewaktu kenduri keluarga Felo Kolej Antarabangsa Ibu Zain. Petua nak pakai kebaya nie adalah jaga makan selama 3 hari. Nampak tak if nak cantik TERPAKSA menahan lapar dan dahaga (baik puasa je). Untuk pengetahuan semua, kQ nie bukan seorang yang control makan, kQ tak suka okey. Makanan adalah perkara kedua yang kQ suka. Kurus tak bertahan lama selepas kQ mengalami kecederaan semasa bersukan. kQ terpaksa mengambil ubat untuk pulihkan kecederaan tulang. Kesan daripada ubat tersebut adalah selera makan yang sangat mengujakan. Jadi kesan daripada itu, kQ menjadi semakin berisi. 
Picture 2 : 
Kali pertama menjadi pengapit sahabat baik yang berkahwin pada Julai 2011. Walaupun pakai kebaya macam pakai baju kurung. Serius bukan sebab baju tue besar tapi kQ sengaja beli saiz besar sebab nak menutup kegemukan yang ada. Haruslah sorokkan lebihan lemak yang ada. Dan korang semua seHARUSnya perasan yang kQ seorang yang bongkok. 
Picture 3 : 
Sekitar Oktober 2011 banyak menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan. Saat itu, kegemukan sangat melanda diri. Lihat saja perbezaan yang ketara dari Picture 2 (picture di atas) dengan picture 3. Aduh, kQ malu/segan sebenarnya nak share gambar-gambar buruk dan gemuk kQ. Tapi atas dasar nak share dengan kawan-kawan semua, kQ berkongsilah kisah kQ. Lepas nie korang boleh la menilai sendiri perkongsian ini.
Picture 4 : 
Owh no!!!!!!!!!!!!! You have extra spare part. Ini kesanya bilamana dah lama tak bersukan. Keje dalam ofis sejuk nyaman menyebabkan selera yang membuak-buak. Majlis kenduri sahabat baik semasa di SMT TARP pada Disember 2011. W-T-H . Baru beberapa bulan, badan seperti dipam-pam. HARUS MELAKUKAN SESUATU...
Picture 5 : 
Kesedaran mula timbul pabila banyak baju yang dah tak boleh muat. Pendek kata terpaksa menDIETkan diri. Walaubagaimanapun, kQ mengalami masalah postur yang teruk setelah menurunkan berat badan. Badan menjadi bongkok. Picture ini diambil selepas bulan puasa sekitar September 2012. Badan nak naik tue mudah tapi nak turun tue perlu mengambil masa yang lama.
Picture 6 : 
Sesiapa pun nak bergaya kan? Bila lihat orang lain yang lebih comel dan gemuk boleh bergaya, kita pun nak juga bergaya. Lihatlah perut yang seperti dah jadi mak budak..huhuhuhuhuhuhu....Pinggul tak umpphhh...Pinggang takde bentuk...Lenggan dah macam paha...Banyakkan kekurangan diri. Gambar nie diambil oleh adik sendiri pada 26-12-2012. Nampak tak September berjaya turunkan berat tapi tak lama lepas tue, badan naik semula. Tak larat la nak control makan. Tinggal kat Penang yang kaya-raya dengan kepelbagaian jenis makanan, perut mana boleh tahan. Mesti nak makan jugak. Ketika ini juga, adik lelaki memerli kQ. Sakit hati bila adik sendiri kutuk kQ gemukkkkkkkk. Lelaki bila bersuara memang betul...

25-08-2013 : MSS 2013 (Palace the Golden Horses, Serdang)
  • Setelah 3 bulan menggunakan pakaian dalam pembentukan badan yang sangat berkesan ini. Wah semakin mantap. Ramai yang menegur. Paling ketara adalah apabila baju kurung yang dibawa semasa datang ke KL bulan Mac 2013 dah semakin membesar (Baju makin besar ke, badan kQ yang semakin kecil). Mata lelaki pula semakin mencuri perhatian (maafkan saya duhai kaum adam, kalian kebanyakannya memandang seorang hawa dengan mata yang sinis. Mata melihat pada kecantikan dan bukannya dari hati yang ikhlas. Ikhlas menjadi perkara kedua). Cardigan nie walaupun free size tapi kebanyakkan GIRLs dah tak mampu muat. Faham tak? Maknanya baju jenis ala K-pop or J-pop memang tak semua saiz yang mampu menyarungkannya.


 Apa tunggu lagi? Takkan nak tunggu saiz takde kat pasaran baru nak bertindak. Maaflah, jika itu terjadi, anda sudah terlewat. Anda hanya akan menganiaya diri sendiri. Sanggupkah anda memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan rawatan kecantikan atau pembedahan yang memberi kesan. Sayangilah diri anda supaya orang lain lebih menyayangi diri anda. Anda masih belum terlambat untuk bertindak. Mulakan dari sekarang dan jangan menoleh lagi. "Cantikkan diri, majukan diri. Anda mampu bertindak sekarang sebelum terlambat."

Tuesday, June 18, 2013

Semakin MELETUP

"Cantikkkan model tue?"
"Dia kaya dan ada kerjaya, boleh la dia melabur untuk cantik."
"Mesti dia amalkan diet, sebab tue la perut dan pinggang dia ramping macam model."

Idaman kQ untuk cantik semakin membara bila pada suatu hari ada seorang kakak senior (Kak Dewi) memperkenalkan pakaian pembentukkan badan yang semakin popular sekarang. kQ memang selalu rendah diri bila melihat di depan cermin. Cermin tue seolah-olah sedag mengejek "Eh, sapalah tue, buruk..gemuk..badan bentuk macam mak orang.." Sedih tahu bila nak shopping baju berfesyen tapi takde saiz. Nak bergaya jugak macam orang lain. Dan satu pertemuan bermula apabila Cikgu Pika datang membawa pink bag. Keajaiban bermula bila melihat satu silap mata berlaku dan berjaya transformkan seorang rakan sekerja. Dengan pantas mencongak matematik, mampu tak kQ memilikinya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebulan yang lepas dengan bentuk fizikal yang tiada shape pinggang telah bertukar kepada BENTUK PINGGANG ALA MODEL ; tiada potongan pinggul seperti wanita lain berubah sama sekali ; tiada lentikkan punggung yang mengiurkan mata memandang dan tiada juga lurah dendam yang menggoda. Semua telah berubah sama sekali. Tak perlu kos yang tinggi yang untuk melakukan pembedahan kecantikkan yang mempunyai risiko tinggi sehingga pernah mengakibatkan kematian di Bangi. Tak perlu ubah tabiat makan (diet). Tak perlu menyertai program pelangsingan. Semuanya tak perlu tapi apabila bertemu dan menggunakan sendiri DX Lingerie, saya semakin BERANI DAN BERKEYAKINAN BAHAWA SEMUA WANITA BOLEH CANTIK DAN SIHAT TANPA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN DAN MENGELUARKAN KOS YANG TINGGI.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
01-01-2011
09-12-2012

17-06-2013
Bentuk badan yang berubah terutamanya aset-aset seorang gadis setelah genap SEBULAN memakai secara konsistent 8 JAM SEHARI

DX Lingerie tiada tandingan kehebatannya. kQ rasa keselesaannya sendiri. Tak sabar untuk lihat keberkesanan setelah pemakaian secara konsisten selama 3 hingga 6 bulan. Alah membeli, menang memakai. Walaupun bersukan, kQ tak pernah tinggalkan DX. Oleh kerana itu, pembentukkan makin mantap dan maju.



FREE fitting boleh call/sms/whats-up :
Deyna (012-537 8725)
Hafsah (017-348 4194)





Friday, October 21, 2011

Kecantikan LELAKI Kegagahan WANITA

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wednesday, October 19, 2011

Jika Ingin Mencari CINTA


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu… Wallahualam.

Sunday, May 22, 2011

Mangapa Adam Hawa?

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang lelaki jika dia sakit, maka dia akan membenci sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur agar tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu, Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw, "Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitikkan air mata, itu bererti dia sedang menangis dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...






Friday, May 20, 2011

Pengapit Pengantin (Bridesmaid)

Tips jadi pengapit pengantin

1. Menuntut ilmu – maksudnya di sini adalah mencari sesiapa yang berpengalaman menjadi pengapit pengantin. Tak kiralah diorang pernah jadi pengapit sekali atau pun lebih yang penting tips dari mereka dan kutip pengalaman dari mereka yang mungkin berbeza keadaannya.

2. Baju sedondon – If pengantin sponsor, Alhamdulillah. Ini rezeki namanya, mana tahu pengantin terover baik dengan membayar upah tempahan sekali, kan keraian berganda bagi pengapit. Tapi jika pengantin buat-buat tak tahu je atau just bagitau tema warna yang perlu dipakai oleh pengapit, sila faham sendiri dan pandai-pandailah tempah atau beli yan dah siap kat butik.

3. Tema warna – Pengantin dan pengapit perlu duduk semeja. Bukan untuk rundingan damai tetapi duduk berbincang tentang kehendak pengantin. Ye la pengantinkan raja sehari so pengapit tak boleh la over warna atau melaram secara berlebih-lebihan sehingga tetamu anggapkan pengapit itu pengantin. Selain itu bagi mengelakkan pengapit lelaki dan perempuan memakai warna yang sangat tidak sedondon. Sila bayangkan keadaan majlis jika pengantin memakai warna merah, pengapit perempuan memakai warna pink lembut dan pengapit lelaki memakai warna jingga. Bukankah itu sangat ketara. Yang pentingnya cantik dalam gambar jika pengapit memakai warna sedondon dan kemungkinan besar jurukamera akan mengambil gambar kedua-dua pengapit di atas pelamin. Nice bukan..

4. Kerjasama dalam majlis – Pengapit akan menjadi PA rasmi dalam majlis terutamanya semasa acara akad nikah dan bersanding. Pengantin akan meminta pengapit mengingatkan kepada 2nd pengapit untuk memberikan bunga telur selepas merenjis. Ye la mana ada pengantin yang berikan bunga telur kepada tetamu yang datang menepung tawar pengantin. Pengapit perlu ingat yang pengantin selalunya cuak sehingga lupa perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan dalam adat orang Melayu

5. Make over – Ditujukan khusus kepada pengapit perempuan, sila jangan berlagak majlis itu anda yang punya sebab raja sehari akan murka. Biar mekap natural saja bukan mekap seperti ingin membuat persembahan tarian

6. Lap dengan tisu – Amat penting dan sangat diperlukan semasa upacara merenjis. Pengapit perlu faham yang ramai tetamu akan cuba memberi rest sehingga mencomotkan tangan indah dihiasi inai. Ringankan tulang untuk mencantikkan tangan pengantin di atas pelamin. Selain itu, tisu disediakan untuk majlis air mata dalam akad nikah, bulu mata mungkin secara dramatik terjatuh dan pandai-pandailah kamu nak touch up bagi sentiasa nampak cantik sepanjang majlis

7. Ringan tulang – Pengapit adalah insan yang paling rajin dalam memastikan pengantin terkawal. Mereka akan berkhidmat dengan taat sekali selain mak andam. Mereka akan membetulkan veil yang mungkin senget secara tidak sengaja. Pengapit lelaki memastikan baju pengantin terletak elok. Selalu bertanya kepada pengantin apa yang diperlukan samada pengantin nak air atau nak dikipas secara laju-laju. Rajin sehingga bergerak pantas dari pengantin walaupun kasut pengapit tinggi 5inci sekali pun. Harus rajin senyum pada tetamu, tak payah buat muka comei je depan kamera. Usah malas-malas sehingga abaikan pengantin

8. Pose – Setakat senyum sudah dan jangan lawan tokey posing macam model majalah pengantin. Never overshadow the pengantin. Kamera akan fokus pengantin tetapi pengapit menerima tempiasnya. Pengapit perlu tebalkan muka untuk tidak menunjukkan wajah yang keletihan

9. Makan beradab – Menjadi pelayan sementara semasa makan beradab. Bukan menjadi pengapit kepada pengantin je tetapi keluarga pengantin. Bantu sendukkan nasi dan tuangkan air kepada pengantin sebab tika itu, pengantin akan menjadi paling pemalu dan ON-DIET. Kononnya taknak rosakkan mekap

10. Clown dan pakar motivasi – Keadaan pengantin tegang sebab pressure, so your duty is menghiburkan dan tenangkan pengantin. Ini mungkin perkahwinan terpaksa pilihan keluarga, pepandailah buat lawak atau beri motivasi. Yang penting, dapat kurangkan stress pengantin

11. Topup kredit – Ayah, mak, adik, kakak, abang pengantin akan sbuk kalah PM masa tu dan mereka takde masa nak fikir jam berapa pengantin lelaki nak sampai. Tugas korang adalah sms atau call pengapit pengantin bertanyakan perkara-perkara yang penting berkenaan majlis atau hal-hal yang diutuskan oleh pengantin saja. Ye la, pengantin pun sibuk. Pengantin perempuan dengan mekapnya, pengantin lelaki sibuk menghafal doa-doa yang bakal di soal oleh tok kadi

12. Keserasian – Kebiasaannya pengapit adalah orang yang rapat dengan pengantin. Bukan apa, kalau pengantin dan pengapit tak kenal, mereka bakal berasa janggal dan tak selesa antara satu sama lain. Macam saya, pengantin merupakan kawan sekelas, kawan serumah, kawan sebilik dan kawan sepinggan selain kawan sekerja. Lihat saja kearkaban kami. Jangan pula pengapit merupakan musuh, nanti haru biru majlis jadinya

13. Ucapan – Jangan lupa ucapkan ’Selamat Pengantin Baru’ pada pengantin. Jika ada hadiah lagi baik. Yang kahwin tue bukan orang lain, kawan sendiri, adik beradik atau sepupu korang juga kan..

14. Tebalkan telinga – Bersiap untuk menerima soalan cepu emas dari tetamu yang hadir. Soalan paling berbisa adalah seperti ”Kau bila lagi?” sedangkan pada pengunjung biasa pun akan ditanyakan soalan memedihkan telinga, inikan pula pengapit yang memang confirm akan diajukan soalan itu berulang kali sehingga majlis selesai. So, jalan paling mudah adalh dengan bersedia menerima soalan tersebut dengan jawapan default seperti ”Aku tunggu kau masuk meminang, ada berani?”

In other words, you have to do what ever it takes to make sure the pengantin looks absolutely stunning on their wedding and make sure the majlis runs smoothly with no worries. In order for that to happen, you’re gonna have to have the pengantin’s best interest at heart. Jangan berkira dengan pengantin supaya bakal pengapit kita takkan berkira dengan kita juga sebab satu hari nanti kita juga bakal menjadi pengantin. So, lakukanlah tugas dan amanah dengan ikhlas dan jangan harapkan balasan.

Saturday, May 7, 2011

Jaminan SYURGA

Empat golongan wanita yang dijamin Syurga oleh Rasulullah saw

  1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah)
  2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima saja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa saja nafkah yang diberikan oleh suaminya
  3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya
  4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak dan tetap menjaga diri dan terus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar
"Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumahtangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu."

Wednesday, May 4, 2011

Beza LELAKI dan Perempuan

  1. Perempuan menarik nafas lebih kerap daripada lelaki manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita
  2. Sistem badan lelaki dan perempuan pun tidak sama. Lelaki banyak memerlukan oksigen berbanding perempuan supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga
  3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus
  4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya
  5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding perempuan. Tulang perempuan bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan perempuan diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak
  6. Demikian juga pada segi psikologi, perempuan secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang serta hubungan perasaan
  7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala perempuan menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek manakala pengamatan perempuan ibarat lampu suluh yang membuka, menampakkan banyak benda
  8. Perempuan mahu mengambil tahu semua perkara daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama
  9. Cuba perhatikan perempuan, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Lihat saja pada beg tangan mereka lebih besar daripada lelaki. lalaki membawa beg kecil saja yang di dalamnya hanya ada lesen memandu, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan perempuan semuanya ada, dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, ubat sakit kepala, gambar keluarga, ehem...ehem... dan macam benda lagi
  10. Kenapa sedemikian dilakukan perempuan? Jawabnya kerana perempuan memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka apabila sesuatu perkara terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan perempuan lebih lebar
  11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli, lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan rumahtangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua-duanya bekerja terpaksa keluar dari rumah seawal pagi. Dalam banyak hal, perempuan bekerja paling kerap bersunggut. Suami keluar rumah dengan mengambil kunci kereta dan terus masuk ke dalam kereta untuk memanaskan enjin sementara menunggu isteri keluar manakala isteri sebelum keluar sudah memikirkan banyak perkara seperti baju sudah diampaian, siapkan anak-anak, sediakan bekalan anak dan sebagainya. Jika semua benda perlu dilakukan olehnya apabila sesuatu perkara berlaku pada isteri maka bagaimanalah kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semua sudah dibereskan. Apabila suami isteri ke kompleks membeli belah, isteri akan melihat satu persatu barangan yang perlu dibelinya dan suami akan menjadi pengikut setia yang mudah bosan. Dengan contoh-contoh di atas di harap agar suami isteri kurangkan pergaduhan sesama sendiri atas sebab perkara yang kecil. Akuilah perbezaan kita, perbezaan yang bukan mencetuskan pemusuhan sebaliknya menambahkan kasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih lagi berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dan perempauan, maka timbullah krisis rumahtangga berpuluh tahun. Tentulah merugikan kita kerana perbezaan yang ada antara kita itu membuahkan kasih dan sayang.

Friday, April 22, 2011

Betapa BERHARGAnya dia...

Jika isteri menangis dihadapanmu...
"Hargailah ia sebelum terlewat..."
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...
Dia akan menurunkan rasa EGOnya dengan mudah sekali.
Wahai suami, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpujuk terlalu dalam...
Wahai suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-yiakannya. Mungkin kerana keputusanmu itu bakal merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
Apakah keistimewaan perempuan itu?
Disebalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dasyat
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah semangat bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN&CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa...
Dia TERHARU, dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang yang dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN...
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal...
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia..."

Friday, April 15, 2011

Tajul Muluk (Sifat Wanita)








Monday, March 7, 2011

Teringat zaman kurus...

Hati semakin tidak keruan selepas pulang dari program di KPT. apa tidaknya bila result pemeriksaan kesihatan secara rawak menunjukkan obesiti tahap 1 and fat 36%. Fat normal perempuan adalah around 20% to 30%. Owh, tidak!!!
Sekarang perlu mengiatkan usaha yang telah lama terkubur. Before balik cuti raya cina tue, ringan je badan nie pegi jogging pagi and petang tiap hari. Masa tue just nak maintainkan berat badan tapi sejak pulang ke rumah, makin menjadi-jadi plak nafsu makan. Mana idaknya, mama masak sedap tiap2 hari. Saja je mama umpan dengan seafood yang jarang dinikmati sepanjang pengajian 4 tahun di bumi ilmu ini..huhu
Ada petua and tips someone yang I kenal. Menurut beliau, perlu ada pesaing if nak kurus. Perlu juga letakkan picture pesaing di lokasi yang dapat dilihat. Bila tengok akan mula berusaha untuk berjaya seperti pesaing tersebut. Contoh paling mudah dalam situasi I sekarang ialah...
"Perlu kurangkan berat badan seperti picture di bawah ini".Tapi awas, jangan terlalu taksub pada kejelitaan plastik mereka. Kelak merana di kemudian hari. Oleh itu, tak kisah la jika badan seperti Adibah Noor janji success.Keputusan lain, tekanan darah rendah. Sejak Isnin lepas tekanan darah rendah dan menyebabkan kegagalan I menderma darah di Hospital Melaka. Agak kecewa dan terkilan sebab tak dapat berbakti pada orang lain. BMI still baik dan normal. Berat 57kg adalah berat paling idea untuk ketinggian I sekarang. Sugar and kolestrol pada tahap normal tapi perlu berhati-hati. Pisang perlu dikurangkan kerana kandungan kanji yang bakal bertukar kepada gula seperti nasi putih. Kesian nasi putih turut menerima kesan yang sama. Lauk pauk seperti sambal tumis or gulai perlu juga dikurangkan sebab cara penyediaannya yang menggunakan minyak. Saiz pinggang dan pinggul bila dinisbahkan masih normal untuk perempuan.

Ku Qhasseih....Hwaiting!!!

Sunday, January 16, 2011

TG2KM ~ Bengkel Grooming

Selama ini begitu lalai menjaga kesihatan kulit. Memang dasar pemalas dan nak cepat je dengan selalu mengambil jalan mudah. Thanks kepada pihak penganjur CLINIQUE kerana sharing ilmu tentang skin care dan tahniah kepada crew TG2KM kerana berjaya melamar Mr Expert in Make Up. Skin care nie macam remeh tapi untuk jangka masa panjang amat berbaloi. So, mulai sekarang haruslah menjaga dengan baik kulit kerana "Kejelitaan adalah hak milik setiap insan". Anugerah kulit sihat hanya sekali dan mesti dipelihara dengan baik.

Tuesday, January 11, 2011

Apa perlu tahu - Part 2

Lelaki perlu tahu yang PEREMPUAN :-
  1. Sensetif : Bukan bermaksud suka merajuk tapi hanya ingin bermanja dan mendapat perhatian
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingin LELAKI mengikut kata2nya sekali sekala
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuklah ibubapanya, anak2nya dan suami. WANITA amat tabah
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling di dalam diam
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan insan yang dicintainya
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
  10. Seks : Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsinya LELAKI akan membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah senagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh Allah swt dari rusuk kiri dan untuk dimanjai bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN wanita"

Wednesday, December 29, 2010

My Dear Diary

Dear diary,

This year I saw a boy and I wondered if he noticed me. He took my breath away. I can't get him off my mind and it scares me cause I've never felt this way. No one in this world knows me better than you do. So my dear diary, I'll confide in you. Last day I saw the same. As he walked by I thought he smiled at me and I wondered does he know what's in my heart. I tried hard to smile but I could hardly breathe. Should I tell him how I feel or would that scare him away. My dear diary, tell me what to do. Please tell me what to say. Dear diary, one touch of his hand. Now I can't wait to see that boy again. He smiled and I thought my heart could fly. My dear diary, do you think that we'll more than friends? I've got a feeling we'll be so much more than friends...
Dear diary,
What a day it's been. It's been just like a dream. Woke up too late, wasn't where I should have been. For goodness sake what's happening to me. Write lightly, yours truly. Dear diary, it was cold outside my door. So many people by the score rushing around so senselessly. They don't notice there's people like me. Write lightly, yours truly. Dear diary, they don't know what they're playing. No, they've got no way of knowing what the game is. Still they carry on going what they can. Outside me, politely. Dear diary, it's over, will tomorrow be the same. I know that they're really not to blame. If they weren't so blind then surely they'd see. There's a much better way for them to be. Inside me, yours truly. Dear diary, it was cold today but the sun out later. So i went out and strolled about lookin' at shops. Didn't really anything I liked, so I didn't buy anything. On the way home, I posted a letter. Been quite a nice day. Somebody exploded an H-bpmb today but it wasn't anybody I knew.

Monday, November 29, 2010

9 words that women use joke


(1) Fine

This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up
(2) Five minutes
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house
(3) Nothing
This is the calm before the storm. This means something and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine
(4) Go ahead
This is a dare, not permission. Don't Do It!
(5) Loud sigh
This is actually a word, but is non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing (refer #3)
(6) That's okay
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake
(7) Thanks
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is TRUE, unless she says "Thanks a lot" - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say "You're welcome", that will bring on a 'whatever'
(8) Whatever
Is a women's way of saying F*** YOU!
(9) Don't worry about it, I'll do it
Another dangerous statement meaning this is something that a woman has told a man to do several times but is now doing it herself. This will later result in a man asking "What;s wrong?" For the woman's response refer to #3

Tuesday, November 16, 2010

Apa perlu tahu - Part 1

Perempuan perlu tahu yang LELAKI :-
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanannya yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsikan bersama
  3. Kebanyakan masa lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Oleh sebab itu, mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! ATAU mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool
  7. Kebanyakkan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin menganjak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita
  9. Bila lelaki cakap.. "Emm, tengoklah dulu", itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya
  11. Kebanyakkanlelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah menjadi kebiasaan, lelaki cemburu terutamanya perempuan asyik menyebut nama lelaki lain
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik
  15. Betapa hebatnya laleki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita istimewa, yang lain hanyalah kawan
  16. Bila lelaki ternampak dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan saja. kebanyakkan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus ditengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang
  18. Bila seseoranf perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut beri hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita
  20. Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi sebab itu dikatakan "Air mata senjata wanita"
Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luaranya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Friday, November 5, 2010

Adab for Muslim Women

  1. Be an ardent worshiper who always follows the words of Allah and His prophet
  2. Adorn herself with demureness and good manners
  3. Self-examine her inclinations and behavior at all times
  4. Equip herself with useful domestic knowledge such as cooking and sewing
  5. Avoid unnecessary interactions with eligible (non-muhram) men
  6. Cover herself appropriately as enjoined by the shari'ah
  7. When she goes out the streets, she must keep her gaze low
  8. Always go out accompanied by her guardian or muhram
  9. Walk slowly on the streets and avoid unnecessary conversations
  10. Content with the husband that Allah destines for her
  11. Be quick to ask for forgiveness on repent after making mistakes or wrongful acts.

Wednesday, October 27, 2010

Mata Lelaki Itu


Malam pasangannya siang
Jaga pasangannya tidur
Rajin pasangannya malas
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia da hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisiskan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua rang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirkan berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walaupun sedikit, maka akan dilihat oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

"Walaupun muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu, kenapa?"

Mata lelaki ini nakal setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepadanya kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhnkan kain atau memakai stokin yang berwarna. Jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula engakau melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecuali jika kamu wajai lelaki ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu jenis penyakit iaitu mata lelaki itu akan tertanggap spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk si suami. Itulah wahai muslinah, jika ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. Jangan keluar seorang, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu oleh gangguan luar. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Ingat-ingatlah wahai muslimin muslimat,
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...

(sumber :- iluvislam.com)

Entry ini wujud setelah menerima teguran oleh seorang teman tentang cara pemakaian penulis. Terpukul dengan kata-katanya sehingga bermuhasabah seketika. Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk terus membina kebaikan di dunia dan di akhirat jua...

Saturday, September 25, 2010

Poetry ~ 내가 네게 자꾸 (네게 자꾸)

I don't remember from when it was
When I started to keep thinking about you
Twice, the thoughts would come
They kept getting bigger and
I was a little surprised
I kept thinking it could be nothing
That it could be irrelevant feelings
I'll keep you (keep you)
It was awkward when I talked to you
내가 네게 자꾸 (네게 자꾸)
I'll keep you (keep you)