BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Showing posts with label S a h a b a t. Show all posts
Showing posts with label S a h a b a t. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Jika Ingin Mencari CINTA


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu… Wallahualam.

Friday, May 20, 2011

Pengapit Pengantin (Bridesmaid)

Tips jadi pengapit pengantin

1. Menuntut ilmu – maksudnya di sini adalah mencari sesiapa yang berpengalaman menjadi pengapit pengantin. Tak kiralah diorang pernah jadi pengapit sekali atau pun lebih yang penting tips dari mereka dan kutip pengalaman dari mereka yang mungkin berbeza keadaannya.

2. Baju sedondon – If pengantin sponsor, Alhamdulillah. Ini rezeki namanya, mana tahu pengantin terover baik dengan membayar upah tempahan sekali, kan keraian berganda bagi pengapit. Tapi jika pengantin buat-buat tak tahu je atau just bagitau tema warna yang perlu dipakai oleh pengapit, sila faham sendiri dan pandai-pandailah tempah atau beli yan dah siap kat butik.

3. Tema warna – Pengantin dan pengapit perlu duduk semeja. Bukan untuk rundingan damai tetapi duduk berbincang tentang kehendak pengantin. Ye la pengantinkan raja sehari so pengapit tak boleh la over warna atau melaram secara berlebih-lebihan sehingga tetamu anggapkan pengapit itu pengantin. Selain itu bagi mengelakkan pengapit lelaki dan perempuan memakai warna yang sangat tidak sedondon. Sila bayangkan keadaan majlis jika pengantin memakai warna merah, pengapit perempuan memakai warna pink lembut dan pengapit lelaki memakai warna jingga. Bukankah itu sangat ketara. Yang pentingnya cantik dalam gambar jika pengapit memakai warna sedondon dan kemungkinan besar jurukamera akan mengambil gambar kedua-dua pengapit di atas pelamin. Nice bukan..

4. Kerjasama dalam majlis – Pengapit akan menjadi PA rasmi dalam majlis terutamanya semasa acara akad nikah dan bersanding. Pengantin akan meminta pengapit mengingatkan kepada 2nd pengapit untuk memberikan bunga telur selepas merenjis. Ye la mana ada pengantin yang berikan bunga telur kepada tetamu yang datang menepung tawar pengantin. Pengapit perlu ingat yang pengantin selalunya cuak sehingga lupa perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan dalam adat orang Melayu

5. Make over – Ditujukan khusus kepada pengapit perempuan, sila jangan berlagak majlis itu anda yang punya sebab raja sehari akan murka. Biar mekap natural saja bukan mekap seperti ingin membuat persembahan tarian

6. Lap dengan tisu – Amat penting dan sangat diperlukan semasa upacara merenjis. Pengapit perlu faham yang ramai tetamu akan cuba memberi rest sehingga mencomotkan tangan indah dihiasi inai. Ringankan tulang untuk mencantikkan tangan pengantin di atas pelamin. Selain itu, tisu disediakan untuk majlis air mata dalam akad nikah, bulu mata mungkin secara dramatik terjatuh dan pandai-pandailah kamu nak touch up bagi sentiasa nampak cantik sepanjang majlis

7. Ringan tulang – Pengapit adalah insan yang paling rajin dalam memastikan pengantin terkawal. Mereka akan berkhidmat dengan taat sekali selain mak andam. Mereka akan membetulkan veil yang mungkin senget secara tidak sengaja. Pengapit lelaki memastikan baju pengantin terletak elok. Selalu bertanya kepada pengantin apa yang diperlukan samada pengantin nak air atau nak dikipas secara laju-laju. Rajin sehingga bergerak pantas dari pengantin walaupun kasut pengapit tinggi 5inci sekali pun. Harus rajin senyum pada tetamu, tak payah buat muka comei je depan kamera. Usah malas-malas sehingga abaikan pengantin

8. Pose – Setakat senyum sudah dan jangan lawan tokey posing macam model majalah pengantin. Never overshadow the pengantin. Kamera akan fokus pengantin tetapi pengapit menerima tempiasnya. Pengapit perlu tebalkan muka untuk tidak menunjukkan wajah yang keletihan

9. Makan beradab – Menjadi pelayan sementara semasa makan beradab. Bukan menjadi pengapit kepada pengantin je tetapi keluarga pengantin. Bantu sendukkan nasi dan tuangkan air kepada pengantin sebab tika itu, pengantin akan menjadi paling pemalu dan ON-DIET. Kononnya taknak rosakkan mekap

10. Clown dan pakar motivasi – Keadaan pengantin tegang sebab pressure, so your duty is menghiburkan dan tenangkan pengantin. Ini mungkin perkahwinan terpaksa pilihan keluarga, pepandailah buat lawak atau beri motivasi. Yang penting, dapat kurangkan stress pengantin

11. Topup kredit – Ayah, mak, adik, kakak, abang pengantin akan sbuk kalah PM masa tu dan mereka takde masa nak fikir jam berapa pengantin lelaki nak sampai. Tugas korang adalah sms atau call pengapit pengantin bertanyakan perkara-perkara yang penting berkenaan majlis atau hal-hal yang diutuskan oleh pengantin saja. Ye la, pengantin pun sibuk. Pengantin perempuan dengan mekapnya, pengantin lelaki sibuk menghafal doa-doa yang bakal di soal oleh tok kadi

12. Keserasian – Kebiasaannya pengapit adalah orang yang rapat dengan pengantin. Bukan apa, kalau pengantin dan pengapit tak kenal, mereka bakal berasa janggal dan tak selesa antara satu sama lain. Macam saya, pengantin merupakan kawan sekelas, kawan serumah, kawan sebilik dan kawan sepinggan selain kawan sekerja. Lihat saja kearkaban kami. Jangan pula pengapit merupakan musuh, nanti haru biru majlis jadinya

13. Ucapan – Jangan lupa ucapkan ’Selamat Pengantin Baru’ pada pengantin. Jika ada hadiah lagi baik. Yang kahwin tue bukan orang lain, kawan sendiri, adik beradik atau sepupu korang juga kan..

14. Tebalkan telinga – Bersiap untuk menerima soalan cepu emas dari tetamu yang hadir. Soalan paling berbisa adalah seperti ”Kau bila lagi?” sedangkan pada pengunjung biasa pun akan ditanyakan soalan memedihkan telinga, inikan pula pengapit yang memang confirm akan diajukan soalan itu berulang kali sehingga majlis selesai. So, jalan paling mudah adalh dengan bersedia menerima soalan tersebut dengan jawapan default seperti ”Aku tunggu kau masuk meminang, ada berani?”

In other words, you have to do what ever it takes to make sure the pengantin looks absolutely stunning on their wedding and make sure the majlis runs smoothly with no worries. In order for that to happen, you’re gonna have to have the pengantin’s best interest at heart. Jangan berkira dengan pengantin supaya bakal pengapit kita takkan berkira dengan kita juga sebab satu hari nanti kita juga bakal menjadi pengantin. So, lakukanlah tugas dan amanah dengan ikhlas dan jangan harapkan balasan.

Friday, January 14, 2011

Lelah menjaga HATI

Sejak dua tiga empat lima enam tujuh hari nie, mood kQ ke berubah atau mood org sekeliling yang berubah? Mood kQ mmg akan berubah bila mood orang sekeliling kQ berubah. Sebabnya I kan sejenis sesumpah yang bijak selamatkan diri bila berada dalam persekitaran yang berubah. Manusia perlukan perubahan dan sebab itu manusia selalu sangat meletakkan alasan di atas kesalahan orang lain. kQ pun tak terkecuali sebab kQ manusia biasa yang xde kuasa yang luar biasa. Klu dah punya kuasa luar biasa takde la kQ mengarut macam sekarang nie. Hidup tanpa arah tujuan, pada hal dah letak target seawal tahun baru. Di manakah semangat tahun baru itu?
Baiklah berbalik semula kepada topic entry, kQ dah rasa lelah sangat untuk menjaga hati semua pihak. Boleh tak sekali sekala hati kQ pulak dituruti atau dalam erti kata yang lain, 'biarlah kQ meletakkan diri di tempat yang sepatutnya' atau pun dalam makna yang mudah difahami 'biar segala keputusan yang dibuat oleh kQ sendiri'. Sikit punya banyak hati yang kQ dah jaga sampai makan hati selama nie. (kan teruk bila kQ mengukit, bukan niat mengungkit dan membangkit tapi sbb korg semua terlebih sudah...) kQ dah cukup dewasa untuk membuat sesuatu keputusan untuk hidup kQ dan tak perlulah kamu semua persoalkan apa keputusan yang bakal kQ putuskan. kQ dah cukup dewasa untuk menghadapi kesan/akibat dari keputusan yang bakal kQ buat. kQ hanya perlukan sokongan dan doa restu kalian je supaya keputusan itu lebih bermakna. Harap kamu semua faham dan terima. Terima kasih.

Wednesday, January 12, 2011

Review ~ Toy Story 3

Apa yang buat kQ review story nie? Story nie dah lama dulu berada di pawangam. Baru sekarang berkesempatan menonton. Terima kasih daun keladi kepada Zara yang memberi kQ pinjam. [1] Story nie berkisah persahabatan Woody sehingga sanggup bersama kawan2nya susah senang. [2] Selain tue, rasa sedih boleh menganggu kewarasan akal fikiran sehingga sikap positif mampu bertukar ke sikap negatif seperti Lots-O-Huggin Bear dan Big Baby. Huggin Bear sanggup menipu Big Baby bahawa Daisy(pemilik asal) telah menggantikan mereka setelah kehilangan mereka secara tidak sengaja di taman permainan. [3] Sikap bekerjasama membawa kejayaan. [4] Jangan judge something before kita benar2 tahu keadaan sebenar. Cth : Mereka yang sangkakan SunnySide DayCare merupakan tempat yang baik tetapi sebaliknya. [5] Cintai alam sekitar. Apakah? Semperna Karnival Alam Sekitar IZISH UKM, bersama kita menjaga alam sekitar. Dalam plot cerita ada menunjukkan babak di mana betapa banyak sampah sarap yang dilupuskan setiap hari. So, lepas nie kQ akan fikir dulu sebelum buang.
Plot kisah bermula apabila Andy menjangkau usia 17 tahun dan perlu mengemas barang untuk di bawa ke kolej. Sejak kecil Andy bermain dengan kesemua permainannya. Dia tidak sampai hati untuk memberikan permainannya kepada pihak lain tetapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kesemua permainannya telah termasuk ke dalam kotak yang akan didermakan kepada SunnySide. SunnySide mempunyai ketua permainan yang jahat (Lots-O-Huggin Bear) yang mempunyai kisah sedih disebaliknya. Pada penghujungnya, kesemua mereka dapat pulang ke rumah sebelum Andy ke kolej dan Andy telah menghantar kesemua permainan kesayangannya kepada seorang kanak-kanak yang menyayangi dan menjaga baik kesemua permainan miliknya.

Thursday, November 11, 2010

mode TAKUT vs mood TAKUT

Yesterday lepas dari interview by phone oleh satu accounting firm ini, hati kQ begitu takut. Banyak sangat benda di fikiran. Semalam juga banyak menghantar resume kepada majikan-majikan yang berpotensi. Belum habis exam dah dipanggil interview. Itulah dinamakan REZEKI. Itulah sering disebut-sebut oleh lecture yang budak account nie mcm pisang goreng panas. Teringat pulak pensyarah kegemaran Dr. Azlina yang pernah berkata,
"Accountant will be the first must HIRED and the last will be FIRED".
Beberapa bulan lepas, kQ sangat takut jika memilik status penganggur terhormat terlalu lama. Sekadar iktiar bertanya di sana sini untuk any vacancy. If boleh pilih kQ berminat untuk kerja dengan goverment je sebab nak futher Master lagi tapi ada pihak bercakap-cakap yang sekarang berlakunya pembekuan lantikan dalam sektor awam (adakah ini benar?). Berbalik kepada rasa takut yang dialami tadi, kQ di interview secara tidak formal selepas jam 5.30pm dan diminta untuk datang walk-in interview jam 8pm. Lantas kQ memohon penangguhan interview sebab kQ ada exam esoknya(iaitu hari ini) dan bakal majikan faham. Yang berdebar dan takotnya sebab (1)communication full in English sbb bakal client adalah org Arab, (2)keje just around 1pm till 8pm area Bintang Hill, (3)gaji bergantung kepada kelayakan akademik dan pengalaman. standard la tue. tapi gaji agak tinggi telah ditawarkan oleh bakal majikan dan client menyebabkan kQ dapat bayangkan kerja yang bakal dilakukan terlalu BERAT..huhu, xdpt nak main FB masa keje, (4)ada yg menakutkan kQ dengan keBAHAYAan berada di area Bintang Hill pada waktu malam hari walaupun keje sampai jam 8pm, kena fikir tentang kebiasaan accountants mana balik ikut masa. sure keje lajak masa yang mungkin takkan di bayar OT..huhu, (5)serabut nak cari rumah yang selamat untuk diduduki, (6)takot kena culik, (7)takot kena goda, (8)takot suka shopping kt Pavillion, (9)takot macam-macam benda dalam kepala nie bila dikaitkan dengan Bintang Hill..
Boleh tak nak nangis sekarang sebab rasa takot benda-benda di atas? Cukup tak alasan yang kukuh untuk kQ nangis. Oleh sebab takot itu telah mengganggu tumpuan kQ untuk paper esok(hari ini). Terfikir untuk timba pengalaman baru interview in English walaupun dah tahu my english really poor and bad. Not like my eldest sis' Yanti and my youngest bro'Azman. English diorang sangat lancar dan sebutan juga sangat baik. Segan I tau bila speaking dengan diorang di rumah. Mama speaking english pun bagus sebab dulu mama budak Sains Tulen and skorer sekolah. Mama plak bik nursing, lagi la speaking english better bila kerja dengan Private Hospital. Actually, I really miss my Mama..I will call you early in the morning. I don't want to disturb your nite with my problem right now. But I have to cry on the phone before I go to my exam hall. I want to get some strength from u. Maybe opinion mama better than other. I just want to ask mama, what I suitable and fit with my future because your want me to become a ACCOUNTANT or join in Business.

Kepada dia :-
saya xnak bergantung kpd awk lagi. saya nak berdikari sendiri if saya mampu. tadi saya terfikir untuk tanya pendapat awak lagi ttg ITU dan INI tapi saya rasa cukuplah saya bergantung pada awk setakat ini. saya mampu untuk jadi seperti dulu. tak perlu percayakan atau bergantung pada lelaki sebab saya kuat. saya belajar Taekwan Do dan silat supaya saya boleh lawan dengan lelaki bila perlu. saya sangat degil supaya saya tak tunduk pada lelaki. mungkin ayat ini sangat kasar dan kurang _ _ _ _ _ tapi apa perlu buat, saya perlu begini untuk kuat dan berani. lagipun saya tahu, awak lagi banyak beban serta tanggungjawab yang secara rasmi dan tak rasmi sedang dipikul. saya tak banyak tahu tapi bila pandang mata awak, saya rasa sedih. kadang-kadang rasa nak share sedih awak tue tapi permintaan saya tak pernah dipenuhi dengan alasan awak. saya tahu alasan tue pun untuk jaga persahabatan kita kan. awak terlalu takot untuk percaya pada saya. saya dah malas nak bertanya or paksa. it's your right. saya pun tak lama di UKM ini, just beberapa hari saja lagi. kemudian kita akan bawa haluan masing2 dan persahabatan kita akan kekal sehingga akhir. saya doakan awak berjaya dan bahagia dengan pilihan hidup awak. awak pun jangan lupa doakan saya yek.
-semoga kerjayaan bersama, insyaAllah dengan izin dari-Nya-

Wednesday, November 10, 2010

Shopping Nilai 3



Sunday, November 7, 2010

Broga Time

~SUBHANALLAH Being great to touch the nature~
Last Sunday I with my UKP family planned to Broga Hill Semenyih for hill climbing. Broga Hill now is getting more popular among the folks around KL and NS. Broga become a favourite place to all photoshot and scenery view. Just google maps if want to know on the location.
~Have a nice weekend~
Before this, I always heart a lot of people telling me that Broga Hill has a nice scenery especially when sunrise. So we went there to have a look. But too bad on that day, we didn't feel what everybody mention before this. The sky was kinda cloudy that day. There were so many peoples hiking on that morning. The photographer was trying to take the best shoot of the scenery. Arrived at the peak does really give me a different type of satisfaction than sitting down in front of the computer and finish my account. It gave me a totally different perspective on what we value in life. Perhaps I finally understand why my best friend that took up the challenge at Kinabalu Mount and I'm looking forward at that. If you have good stamina and frequently work out, this journey would take around 45 minute to 1 hour to reach the top.
~All water has a perfect memory and is forever, trying to get back to where it was~
Soon the sun was getting brighter and hotter means "It's time to go down". Coming down the hill is definitely easier through as I can stress again, to be careful and not to slip. Then I noticed something. A sweet couple, them were holding each other hands while hiking down from the top Broga Hill. I'm really glad that I finally had some time to put most of my precious moments at Broga Hill for my last semester. After this I will go back to my hometown and become a career person. I will miss all student activities. I will miss my UKP family. I will miss my assignment, my tutorial, looking a journal and presentation. I wish I could be a UKM Master student after this maybe in Taxation or Human Resource. Just please pray for my best.
~I will miss you all like a crazy~

+++++++++++++++++++++++++++++
Miss You Like Crazy - MOFFATTS
I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again
I miss you like crazy
Even more than words can say
I miss you like crazy
Every minute of every day
Girls I'm so down when your love's not around
I miss you, miss you, miss you
I miss you like crazy
You are all that I want
You are all that I need
Can't you see how I feel
Can't you see that my pain's so real
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again

Sorry for my poor english.
Become hard if I don't tried,
its become funny
if someone good in english
read this entry..
Just wanna all
people make a smile
=)

Friday, October 22, 2010

Kenangan terindah

Rindu dengan apa yang berlaku semalam. Why? What happen yesterday? Bunyinya macam bahagia sekali, memang bahagia pun. Dalam saat-saat akhir sebelum bermula peperangan, masih sempat mengukir kenangan. Kenangan itu terukir dalam hati tau, tak boleh nak beli kat mana-mana kedai. Mungkin hari semalam merupakan hari yang baik selepas mengharap bintang jatuh ke tapak tangan. Bila mengharapkan tarikh 20-10-2010 menjadi tarikh keramat dan begitu kecewa sekali seperti tarikh kegemaran sejak sekolah rendah 10-10-10 yang kini menjadi sejarah. (apakah yang sedang direpekkan sehingga menjadi kerepek?) Mungkin bagi sesetengah orang (yang sebenarnya MAJORITI) merasakan apa yang jadi semalam adalah perkara remeh seperti membuat sambal tumis, mahupun perkara itu perkara biasa yang dianggap takkan jadi luar biasa, tapi bagi kQ memang semlam hari yang boleh dibawa sampai ke dalam mimpi. Janjinya dikota dan tepat pada masanya.

1) the Other Guys

2) Baju melayu warna kelabu

3) Pakaian warna sedondon walaupun tak janji

4) Kaku bila 1st time drive HONDA wpun mama punya HONDA ACCORD

Mesti kamu semua kurang fahamkan. Memang takde niat nak share pun dalam entry kali ini TAPI mungkin entry lain kali jika saya berJODOHan dengan individu tersebut, tapi MUNGKIN dan ini bukan JANJI. Kamu semua doakanlah yang terbaik sebab saya harap ini pilihan terbaik saya untuk kehidupan masa akan datang. Mesti lagi tak fahamkan? Takpe la, xpayah faham sebab hati saya pun tak berapa nak faham dan agak sulit untuk diceritakan sekarang.

Saturday, October 16, 2010

Kamu kawan?

Selalu kita dengar, "Berkawan biar seribu, Berkasih biar satu". Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa hebat dan berharganya memiliki kawan sejati. Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang. Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat sejati, pastikan diri kita sendiri bersiap sedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita. mari renungkan bersama, sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik....

~memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu
~utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri
~memberikan bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta
~menyembunyikan segala rahsia sahabat
~memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah
~tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya
~memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya
~melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat
~tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu
~memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah
~sentiasa mendoakannya
~merasa gembira dengan kegimbiraannya dan bersedih dengan kesusahannya
~tidak berburuk sangka terhadap sahabat
~tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia tertekan
~berterima kasih atas kebaikannya

Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik. Rasulullah SAW bersabda :-

Tidak sempurna iman kalian sehingga engkau saling berkasih sayang. Para sahabat berkata : Kami sudah saling kasih sayang. Nabi bersabda : "Bahwa sayang yang dimaksudkan di sini bukan saja sayang sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkup terbatas tetapi sayang (yang dimaksudkan) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. (HR. Ath-Thabrani).

Kerananya Rasulullah SAW mendidik manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang kepada semua yang melata di muka bumi. Beliau bersabda : Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit (yakni para Malaikat)








Friday, October 1, 2010

Emosi 3 in 1

Kekadang mata pena lagi tajam dari sebilah keris..(apa yg kau merapu nie?)..baik-baiklah, kekadang papan kekunci lebih laju dari kata hati..(dah makin merapu plak minah nie)..(*pembetulan : "Kekadang mata pena lebih tajam dari sebilah pisau")..
Yesterday is a very cheerful day. Hang out bersama dengan beberapa some new friends in tweetland a.k.a Malaysia ELFs.. Actually pagi-pagi lagi before open house UKP, I have a stomach ache. But because of Kimchi Bokkeumbap, BaeChu Kimchi and Korean Pancake hand make by Arina telah menukarkan sakit perut kepada kebuluran dan kelaparan. Betoi la kata tuan doktor, kalau kamu set in your mind yang sakit itu akan hilang, maka sakit itu akan terus hilang. Sesampai je terus dipanaskan makanan dan dijamu dengan pelbagai juadah raya sampingan yang lain. Tapi keadaan yang gila untuk try Korean food was make me a little crazy..(baiklah, just a little okey..)..Ternyata Arina memang terror masak. Nie la membuatkan aku sedikit bangga mempunyai kawan Malaysia yang berjiwa Korea..haha..lepas nie Kangin oppa mesti sayang Arina. Juadah hari raya diletak sebelah sekadar hiasan. Yang penting itu Korean food made in Shah Alam.
Then, perkara yang tak dirancang telah terancang secara tiba-tiba. Jom pergi Korean Town. YahooDotCom..bukan main syok lagi bila dengar Korean Town..memang teringin sangat nak melihat kawasan tersebut. Keadaan jalan yang sesak membuatkan kami lewat tiba ke destinasi cinta..(hahaha..ambik ko.."destinasi cinta"). Kami sempat menikmati juadah secara berkongsi..(baiknya hidup bak kempen berkongsi kereta untuk elakkan pencemaran udara). Memang bestlah syurga makanan Korea. Patutlah bila Hanguk Saram makan buatkan aku terliur. Walaupun tak banyak pilihan yang dapat kami nikmati tapi ia sudah cukup untuk membuatkan perut aku kembali sakit. Oleh kerana kak Nik kerja malam tue, kami terpaksa berpisah untuk kembali ke pangkal jalan.
Apapun thanks to this person for today :-
  1. Arina - sebagai tuan rumah yang sanggup memasak untuk kami dan berbesar hati untuk membuka pintu rumah beliau (a.k.a tuan punya rumah kakak sulung sebenarnya)
  2. Nik - sebagai pemandu yang cekap lagi berhemah yang setia membawa kami ke destinasi syurga cinta kami
  3. Pinat - mengajak saya untuk join serta dalam aktiviti yang sihat ini dan sudi menumpang serta menghantar saya ke kolej semula di malam hari
  4. Anis - untuk ilmu pakai shawls cara yanti...memang dah lama nak try cara itu..nasib dapat tok guru yang betoi. Kebanyakkan budak buat ajaran sesat untuk cara shawls tersebut..Balik je bilik terus tanggal tudung dan try pakai shawls dgn gaya tersebut ternyata menjadi..(Oh dunia, lihatlah selepas ini, akanku pakai cara ini...hihihi).
picture peristiwa akan diupload kemudian-harap bersabar

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin jika sepanjang perkenalan kita yang kita bina atas niat kerana Allah swt membuatkan banyak kekasaran tutur kata dan keterlanjuran tingkahlaku sehingga menyebabkan banyak hati yang terguris secara nyata atau kurang nyata. Sesungguhnya tiada niat dihati untuk menguris perasaan sahabat-sahabat semua. Andai berlaku daku menyusun sepuluh jari memohon seribu satu kemaafan dan berikanlah daku peluang untuk terus membina ukhuwah yang telah lama terjalin. Halalkanlah segala makan, minum dan curahan ilmu kalian yang secara sengaja atau tidak sengaja. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar dipertemukan pada Ramadhan akan datang.

Thursday, August 12, 2010

Remaja ~ Tertekan

Rasa mengantuk yang remaja alami terbit daripada rasa malas. Malas untuk berfikir dan mengingat. Remaja tidak boleh biarkan otak terus berehat kerana kebolehan untuk berfikir akan menjadi semakin terhad kerana mengantuk. Berikut adalah panduan bagi membantu mengatasi masalah mengantuk di kelas. Senaman otak mungkin membantu namun keinginan dalam diri sendiri adalah tip paling mujarab untuk mengatasi masalh mengantuk. Senaman otak yang boleh dipraktikkan :-
  1. Tarik nafas panjang dan bulatkan mata. Lakukan berulang kali di tempat duduk semasa pensyarah sedang mengajar dan ketika sedang mengantuk.
  2. Unjurkan kedua-dua jari telunjuk ke hadapan dan secara serentak membina huruf 'S' di udara secara serentak dan bertentangan. Mata perlu mengikut pergerakan jari.
  3. Letakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika duduk, sebelah tangan digenggam dan sebelah lagi diterbangkan. Pergerakkan secara serentak dan kemudiannya tangan yang digenggam menumbuk paha dan tangan yang terbalik menggosok paha.
  4. Tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian tahan nafas dalam kiraan 7, lepaskan nafas juga dengan perlahan-lahan dalam kiraan 7.
  5. Minta kebenaran pensyarah untuk berdiri. Buat pergerakkan seperti sedang rukuk ketika solat. Tolak lutut ke belakang dan tekan bahagian pelipat sehingga rasa sakit.
Semua senaman otak tersebut dapat membantu pergerakan oksigen ke otak denan lancar dan dapat mengurangkan rasa mengantuk. Namun tindakan berikut juga perlu diambilkira bagi membantu.
  1. Dapatkan tempat di hadapan ketika belajar di dalam kelas, makmal atau bengkel.
  2. Duduk di sebelah rakan yang bermotivasi tinggi untuk belajar.
  3. Apabila duduk di depan, pensyarah akan cenderung memerhati dan kerap bertanya. Untuk itu, kita akan lebih bersedia dan rasa terancam. Orang yang terancam secara automatik akan bertindak untuk membela diri dan senantiasa ingin bersedia.
  4. Baca dulu topik yang akan di ajar oleh pensyarah dengan itu akan mudah faham dan tahu bagaimana untuk mengajukan persoalan. Apabila aktif di dalam kelas, ia tidak akan menyebabkan rasa mengantuk lagi.
  5. Bina matlamat dan cita-cita dengan jelas.

Friday, July 30, 2010

ELFs Fan Meeting-Unofficially









Thursday, July 15, 2010

Rumet baru Sem baru

Entry kali nie x nak taip panjang2. Letih tangan yang tak dibayar gaji. Semacam perlu mengusulkan dalam next bajet supaya setiap blogger mendapat wang saguhati sebagai galakan menggunakan teknologi yang tinggi walaupun negara kita kurang pantas berbanding negara2 maju yang lain. Straight to the point...

Tertiba je pagi ini di kejutkan dengan satu makhluk aneh yang comel di depan pintu bilik. Rupanya mereka adalah jam loceng yang paling sensitif dan dapat membuatkan lenaku tidak panjang. Sudah la semalam tidoq jam 4am or 5am. Tue pun bukan tidoq dalam keadaan sepenuh hati. Sekarang mempunyai masalah Insomnia kembali. Baiklah, demi janji yang perlu di kotakan supaya tidak mentulis panjang, kita akan bincangkn isu Insomnia di lain entry atau di lain kesempatan waktu.

Berbalik kepada penceritaan kita, cerita bermula di awal pagi sekitar jam 8am dikejutkan dengan bunyi kucing bergaduh. Memang yna manusia paling pantang dengar kucing bergaduh. Ada 2 ekor kucing jantan dan seekor kucing betina. Tak pastilah macam mana kucing jantan boleh masuk dalam blok siswi. Lalu dengan beraninya meleraikan pergaduhan tersebut dengan menyelamatkan kucing betina tadi ke dalam bilik. Kucing jantang tadi perlu diusir segera bagi mengelakkan dari ditangkap oleh penyelia kolej atas kesalahan 'Pencerobohan oleh jantina yang lain ke dalam bangunan siswi'. Seperti tidak logik bukan, kucing terpaksa menerima hukuman manusia.
Akhirnya, kucing betina tadi menjadi rumet baru untuk semester ini. Kucing tue menjadi peneman sepanjang hari sehinggakan kucing tue tertidur dengan nyenyaknya selepas lunch tadi.

Teladan - Why I'm Not?

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Monday, May 10, 2010

Program Sahsiah Pelajar ~ Pahang

Program kali ini, kQ turun agak lewat kerana berada di Cameron Highlands mengikuti Kursus Asas Keusahawan Siswa. Ini hari kedua motivasi dan kebetulan menerima dua anak buah untuk mentor mentee. Budak tahun 5 yang bijak. Suka sangat mengajar mereka. Nak jadi cikgu la plak.
Bergambar sebelum pulang ke UKM
Being yang merajuk. Kita kawan nak tak?
Aktiviti tambahan ketika bosan.
My BESTday ~ My BIRTHday ~ My BADday
Kek daripada family di Pahang. Thanks abah dan emak
Kek daripada family UKP. Sayang semua..muahh

Thursday, May 6, 2010

Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) - Cameron Highland

Sunday, April 25, 2010

Aku terkena

Filem "Shutter Island" di mana filem ini mengisahkan tentang Teddy Daniels (Leonardo DiCaprio) seorang marshal US yang bertugas atas alasan peribadi di Pusat Jagaan Banduan yang tidak waras yang terletak di Shutter Island bersama-sama dengan rakan sekerja baru Chuck Aule (Mark Ruffalo). Kehilangan seorang banduan yang telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh 3 orang anaknya menjadikan alasan utama peribadi beliau untuk menyiasat kes tersebut.
Benggang (oh, tidak sama sekali) tapi rasa tertipu sebab ending movie Teddy Daniels adalah salah seorang banduan yang mendapat rawatan di Shutter Island kerana mengalami ketidakwarasan akibat daripada tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya telah membunuh 3 orang anaknya dengan melemaskan mereka ke dalam tasik belakang rumahnya akibat dari masalah mental. (ish..ish..banyak betul fakta mental dalam filem ni). Isterinya yang dipercayai telah mati terbunuh dalam kebakaran sebenarnya telah mati ditembak olehnya sendiri. Kesibukan tugasnya menyebabkan beliau mengabaikan isterinya yang perlu mendapatkan rawatan sakit jiwa dan kerana terlalu sayang pada isterinya.

Kesimpulan :-
  1. Percaya kepada Rukun Iman yang terakhir iaitu Percaya kepada Qada dan Qadar.
  2. Semua manusia dilahirkan untuk menghadapi ujian hidup dan berpegang teguhlah pada agama atas segala tindakan dan pertimbangan yang bakal dibuat.
  3. Segala yang terjadi ada hikmahnya dan hanya hamba yang mampu sahaja diuji untuk melihat sejauh mana keimanannya kepada sang pencipta.
La tahzan! innallaha ma'ana

Thursday, April 22, 2010

TWITTER

Dunia baru saya adalah Twitter selain blogger. Sudah tidak bersabar untuk menunggu sehingga selesai exam, lantas mengambil tindakan untuk membuat account http://twitter.com/KuQhasseih dan setakat ini amat berpuas hati. Jarak yang terlalu lama untuk menunggu the next final paper for Operation Management yang membuatkan saya bertindak tanpa was-was untuk bertwitter bersama-sama teman baru. Mulanya memang la sukar sebab kurang sifu di UKM ini.
Bila musim FB semua asyik dengan FB masing-masing. Bila musim blogger mulalah blogger muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing tak nak mengaku kalah dan mula membuat blogger seperti hobi baru. Penyebab utama wujudnya twitter adalah sebab SJ+ELFs=I 13elieve their prom15e (hanya yang tahu aje yang akan berminat dengan itu dan tak perlulah diterangkan dengan panjang lebar di sini)
Aplikasi untuk twitter lebih kurang macam blogger juga tapi more on chat with other person like YM. Hope akan lebih mahir lagi menggunakan twitter supaya mendapat lebih perhatian daripada SJ member..haha (okey, baik engkau keluar sekarang sebelum orang lain tahu rahsia sebenar memiliki account twitter...) Entry ini berakhir sehingga di sini -THE END-

Sunday, April 11, 2010

i m t i h a n

للهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني
"Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

Musim cinta dalam ilmu pun bermula. Peperangan dalam medan ilmu yang menuntut semua yang dipelajari diaplikasikan. Mungkin ada yang telah lama bersedia kerna telah lama menyiapkan diri untuk menempuh peperangan dalam dewan peperiksaan. Tak kurang juga ada yang segelintir masih lagi belum bersedia sehingga jam menunjukkan untuk bermula kerna mereka ini memang terlalu leka dengan perkara lain sedangkan keluarga dan negara mengharapkan mereka berjaya. Semoga semua sahabat tenang dalam mengharungi cabaran dunia. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Berusahalah selagi mana terdaya. Bertawakallah untuk hasil yang sempurna. Masih belum terlewat untuk berjuang ke titisan terakhir sehinggakan dakwat pena juga tidak segan silu untuk terus menari dalam lakaran jawapan.

"Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, inginkan kejayaan relailah pengorbanan, ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1001 kemanisan."

All the best exam!!
Bittaufiq wan-najah!!