BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, December 31, 2010

aal izz well ~ 2 0 1 1

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah kerana memberi peluang kQ untuk hidup sehingga ke saat ini. Tahun 2010 banyak peristiwa penting suka/duka dunia yang dilalui.
[Pertama] Alhamdulillah, BBA selesai sudah. Hanya menunggu Majlis Senat meeting middle of Jan 2011. Then, I will proceed with my transkrip untuk pohon kerja walaupun my result is not good enough.
[Kedua] Next step is get a better result in MBA. I mean that nak apply my Master then my PHD then my bla~bla~bla~. Bak kata Teukie "Menuntut ilmu biarlah sampai ke Negara Korea". Walaupun Korea tengah tegang sekarang, masih berani menyebut tentang Korea lagi. Mari berdoa agar Korea berbaik dan please say "Peace no war". Comfirm sehingga tahun ini sahaja (sehingga 31/12/2010) I lebih rela MBA Taxation than MBA HRM. Jangan tanya kenapa I masih pilih itu, keputusan I belum mukhtamad lagi tapi I tak nak ubah pendirian I nie buat sementara waktu. Belum bincang dengan mama lagi tentang isu ini sebab nak minta opinion dari orang sekeliling dulu.
[Ketiga] Masih memilih pekerjaan yang bersesuaian. Ada kerja yang menyapa telah dibiarkan lalu begitu saja. Ada kerja yang dinanti tapi belum kunjung tiba. Keep waiting on that track. Sekarang masih melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum saya begitu sibuk dengan membina my kerjaya. Makluman lain, saya bukan staf UKP yek. Saya sekadar Urusetia UKP saja.
[Keempat] RP Ladang ternakan senantiasa di hati. Sebelum usia 30 tahun nak petik hasil dari ladang sendiri. Tak sabar nak merasa hasil baik dari ternakan nanti. Kalau berjaya, nazar untuk buat kenduri dengan hasil sembelihan ladang ternakan sendiri. Mungkin ini angan-angan 'Mat Jenin' tapi insyaAllah dari angan-angan ini akan jadi realiti sebab Allah saja tahu niat kQ sebenarnya.
[Kelima] Masih menolak untuk jatuh Cinta. Cita vs Cinta. Mungkin masih belum dapat pengganti yang sesuai barangkali atau masih terfikir tentang calon pengganti mungkin. Sebenarnya masih berfikir tentang seseorang itu lagi. Mungkin mengambil masa untuk melepaskan segala-galanya secara perlahan-lahan. Dia tidaklah begitu istimewa, terlalu banyak kekurangannya dan kelebihannya juga. Apapun sangat gembira dan berbesar hati dapat bersama dengan dia walaupun seketika cuma. Semoga dia bahagia dan hanya doa penghubung kita. Sedih =(
[Keenam] My next year outdoor game is arhery. Maybe YES and maybe NOT proceed, depend on time and $. Other sport like my favourite sport dah perlu dihentikan sebab keadaan kesihatan yang kurang baik untuk diteruskan. Gonna miss my day training.
[Ketujuh] Ingin sekali berchenta dengan shawls..opss kembali memiliki koleksi shawls yang menarik setelah lama ditinggalkan.
[Kelapan] Maintain my weight. Don't want to lose or gain.
[Kesembilan] Sila berusaha untuk mengasapkan dapur. =) Masak+makan=Gemuk
[Kesepuluh] Masih menunggu keputusan tahap kesihatan dan kecerdasan. Tunggu keputusan Encik Doktor. Semoga cepat sembuh seperti sediakala. Aminn...
[Ke-11] Can I dance again? Mahu dance lagi...
[Ke-12] Nak fly anyway. Sangat tak kisah, janji dapat holiday. Holiday dalam country sendiri pun xkisah sebab dah tau yang diri tak mampu jana duit untuk holiday oversea. Mulai berkira-kira mencari pulau yang best. Ada cadangan ke?
[Ke-13] Banyakkan membaca supaya tambah ilmu di dada terutamanya ilmu agama. Rasa diri keldil sangat tempoh hari bila melalui saat-saat persiapan menguruskan jenazah. Maafkan ana sebab terlupa dan lalai masa belajar dari Tok dan Mama dulu.
[Ke-14] Saving some money for Super Show 3 live in KL. Ada yang tawarkan untuk live in Singapore coming this Jan 2011 tapi ekonomi tak berapa kukuh untuk menapak di bumi Singa itu.
[Ke-15] Mama, kQ nak kawin tahun 2011. Rasa macam dah ready nak ada hubungan serius. Bukan tak pernah serius tapi belum jumpa Mr Right lagi. Kalau ada yang berkenan dihati pun, sudah direject sejak awal2 lagi. Semoga year 2011 akan bertemu jodoh yang diredai, Aminn..
[Ke-16] Nak kembalikan keceriaan family.
[Ke-17] Berada di rumah baru.
[Ke-18] Ubah style rambut. Tunggu kemunculan my new hair. Bosan dengan rambut panjang pecah dihujung. Bosan nak basuh rambut lama-lama.
[Ke-19] Menjadi penulis dan berkerjasama dengan sebuah team untuk sebuah buku keluaran khas UKM.
[Ke-20] Menghuni rumah felo mana-mana kolej kediaman dalam UKM.
[Ke-21] Menjalani kehidupan normal
[Ke-22] ... b i a r l a h r a h s i a ...
[Ke-23] Banyakkan bersedekah dan amal ibadat untuk persediaan ke sana nanti.
[Ke-24] Nak jadi blogger tegar =)
[Ke-25] aal izz well
Ini 25 list yang entah apa-apa entah untuk umur 25 tahun di tahun 2010.
said: Alhamdulillah. Thank you 2010. I'm really Grateful with everything happened throughout the year. Thank you Allah swt. Now, let's welcome 2011 and pray it will be more colourful and full of happiness! (^_^)

Thursday, December 30, 2010

Academic Reference and Financial Guarantor

Untuk pengetahuan semua, dengan rasa DUKACITAnya ingin saya maklumkan pada semua yang saya gagal menghantar permohonan saya untuk MBA. Sekian, harap maklum.

############################
Sebenarnya saya gembira dalam kesedihan ini atau dalam erti kata lain, saya sedih dalam kegembiraan...(WTH of saying that?) Actually, I xsempat nak submit coz bermasalah dgn mata kepala I sejak akhir2 ini.
[Pertama] I tertipu dgn tarikh akhir utk submit my MBA. Mulanya dah sedar duedate GSB before 26/12/2010 then that week I pulun mencari apa yang patut untuk penuhi syarat. Masa tue I dapat la sokongan akademik seorang pensyarah kesayangan I masa BBA Acct dulu. Memang exited benar nak sambung MBA plak. Tue la, masa tue terlupa nak say 'Alhamdulillah', then Allah tarik nikmat dengan cara tersalah tgk tarikh kt other MASTER website. I tertipu dgn "sumbit before 31/12/2010". Nampak bukan, kat situ dah kena tarik nikmat iaitu 'nikmat mata dan akal untuk berfikir'. This week baru sedar bila nak fill in the other info before submit. Dah terlambat sebab kebetulan hari nie lastday ofis buka utk tahun 2010. Pada fikiran dan perancangan sempat submit by hand sbb Jumaat baru 31/12/2010. Satu Malaysia happy di situ bila kenyataan "Cuti Umum 31/12/2010" walaupun I nak meraung. Sedih tau bila dapat cuti lastminute. Hope semua Malaysian gembira sebab dapat cuti 31/12/2010.
[Kedua] I perlu dapatkan tajuk thesis utk MBA Taxation if nak minta sokongan akademik lctr Tax. Bukan main payah nak approval dari dia. Dan semalam juga I kecundang mencari tajuk thesis yang sesuai dengan MBA Tax. Selepas terkejut mendengar CUTI UMUM lastminute tue, I terus jadi stress dan dapat ilham 'better cari pensyarah lain'. Dah dapat tapi sayangnya tadi pensyarah tue xde di kawasan sekitar. Kencundang lagi untuk hari ini.
[Ketiga] Langit tak selalu cerah, tapi bila hujan panas keluarlah pelangi yang cantik kan..(apa yg mengarut nie..) Okey fine, perkara ini mungkin terjadi bermula dengan perbualan ringkas di UKP atau dengan ringkasnya berlarutan sehingga nokhtah THE END tadi di Bakery. Saya boleh tolong tandatangan if Diyana ada masalah untuk Penjamin Kewangan. Nampak bukan pelangi saya. Mr Pelangi tawarkan diri untuk jadi penjamin dengan syarat, I kena bayar yuran I dan habiskan semester I dengan baik sekali. Of course I hepi and of course I say "I do, do I". Mestilah I bayar my hutang pengajian sebab selama I belajar dari diploma hingga BBA, I xde minta my family tolong bayarkan tau. I bayar sendiri dengan berhutang PTPTN. If I xbayar hutang pelajar, mestilah I xdpt tgk result and xblh daftar kursus next sem kan. Baiklah, hari Isnin akan memberi Mr Pelangi tandatangan borang penjamin. Nak prepared siap-siap untuk next intake..hahaha. Nak pastikan yang I la orang pertama yang paling excited utk submit permohonan. If could, I nak jadi org pertama yang submit borang online. Kepada pihak-pihak yang berkenaan (commitee yg select pelajar MBA), harap kamu baca kenyataan ini dan beras kagum dengan entry ini. Saya benar-benar TERUJA untuk MBA than BBA.
[Kesimpulan] Thank you Allah for giving something to me today. InsyaAllah, if niat baik Allah akan mudahkan jalan itu. Itu pesanan dari my MAMA. Oh Mama, I really miss you now. Esok saya ke Kedah bersama Putri dan Firdaus. Saya akan singgah bertemu dengan Mama coming Sunday. Maaf Mama, anak kamu nie degil tak nak balik dari UKM. Degil saya turun dari degil Mama juga. Nice daughter like mum!!! I wanna hug you if I see you this coming Sunday. Thank you Allah for giving my Mama for me.
Mama, I love you so much.
Mama = HACKS
(Hanya Aku Cinta Kau Seorang)

Wednesday, December 29, 2010

My Dear Diary

Dear diary,

This year I saw a boy and I wondered if he noticed me. He took my breath away. I can't get him off my mind and it scares me cause I've never felt this way. No one in this world knows me better than you do. So my dear diary, I'll confide in you. Last day I saw the same. As he walked by I thought he smiled at me and I wondered does he know what's in my heart. I tried hard to smile but I could hardly breathe. Should I tell him how I feel or would that scare him away. My dear diary, tell me what to do. Please tell me what to say. Dear diary, one touch of his hand. Now I can't wait to see that boy again. He smiled and I thought my heart could fly. My dear diary, do you think that we'll more than friends? I've got a feeling we'll be so much more than friends...
Dear diary,
What a day it's been. It's been just like a dream. Woke up too late, wasn't where I should have been. For goodness sake what's happening to me. Write lightly, yours truly. Dear diary, it was cold outside my door. So many people by the score rushing around so senselessly. They don't notice there's people like me. Write lightly, yours truly. Dear diary, they don't know what they're playing. No, they've got no way of knowing what the game is. Still they carry on going what they can. Outside me, politely. Dear diary, it's over, will tomorrow be the same. I know that they're really not to blame. If they weren't so blind then surely they'd see. There's a much better way for them to be. Inside me, yours truly. Dear diary, it was cold today but the sun out later. So i went out and strolled about lookin' at shops. Didn't really anything I liked, so I didn't buy anything. On the way home, I posted a letter. Been quite a nice day. Somebody exploded an H-bpmb today but it wasn't anybody I knew.

Tuesday, December 28, 2010

Talasemia and ME

What every Malaysia needs to knows! Bersemperna Kempen Kesedaran Talasemia, kQ sebagai salah seorang pengunjung yang datang ke majlis perasmian, ceramah dan ujian saringan secara percuma, sudah menjadi amanah yang perlu dikhabarkan kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca entry ini. Maybe ramai yang pernah dengar tapi tak bik rungsing sebab Talasemia nie tidak berbahaya tetapi menyusahkan kepada pembawa atau pesakit Talasemia itu sendiri.
"Do you carry the thalassaemia gene? Lets checkout about it more deeply. Actually ONLY 1 in 20 Malaysians are carriers! Thats is fact. If I'm a Thalassaemia Carrier, go for genetic counselling. Thalassaemia Carrier???

What is Thalassaemia?
Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan yang babitkan pengeluaran sel darah merah dalam badan. Ia boleh diwarisi daripada ibubapa kepada anak. Talasemia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
  1. Talasemia Minor (Thalassaemia carrier) - Pesakit ini mempunyai hemoglobin yang lebih rendah dan sel darah mereka adalah lebih kecil daripada orang normal. Mereka sendiri tidak sedar mereka adalah pembawa sehinggalah mereka menjalani ujian saringan darah. Mereka ini boleh mengakibatkan anak yang dilahirkan itu mengidapi Talasemia Major.
  2. Talasemia Major (Thalassaemia patient) - Pesakit ini berhadapan dengan penyakit darah yang serius. Tulang sum-sum pesakit ini tidak berupaya mengeluarkan sel darah merah secukupnya dan ini boleh menyebabkan pesakit memerlukan pemindahan darah setiap bulan. Bayi tidak akan menunjukkan sebarang tanda ketika dilahirkan tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi pucat terutamanya usia 3-18 bulan. Jika tidak diberikan rawatan segera, nescaya pesakit akan meninggal dunia dalam lingkungan 1-8 tahun.
How Thalassaemia occurs?
If pesakit Talasemia Minor berkahwin dengan seorang yang normal, ada 50% kemungkinan bahawa anak yang akan lahir juga pembawa Talasemia Minor dan 50% normal. If sepasang suami isteri merupakan pembawa Talasemia Minor, ada 50% kemungkinan bahawa anak mereka menjadi pembawa, 25% kemungkinan anak mengidap penyakit Talasemia Major dan 25% lagi kemungkinan anak mereka dilahirkan dengan darah normal.

How to Treat Thalassaemia Major?
Rawatan dengan cara regular blood transfusions, usually every 3-4weeks. Transfusi darah juga akan mengakibatkan menambahan zat besi. Zat besi yang terkumpul dalam badan pesakit akan merosakkan organ seperti limpa, hati, pankreas dan lain-lain. Jika tidak dicegah, pesakit Talasemia Major mungkin akan meninggal dunia dalam usia 20tahun. Zat besi yang berlebihan akan dikeluarkan dengan cara menyuntik sejenis ubat Desferal (Desferoxamine) di bawah kulit dengan menggunakan sejenis pam kecil. Desferal mengumpulkan zat besi dan dikeluarkan melalui air kencing pesakit.

Prevention of Thalassaemia Major
Since penyakit Talasemia ini penyakit keturunan, perkahwinan antara saudara-mara dan pembawa penyakit Talasemia mestilah dielakkan. Seseorang boleh membuat ujian darah untuk memastikan mereka pembawa Talasemia Minor. Jika telah dipastikan adalah penting ia tidak berkahwin dengan pasangan yang Talasemia Minor juga.

************************************
Ini bukan larangan untuk tidak berkahwin dengan pasangan yang didapati pembawa Talasemia Minor tetapi cuba fikirkan tentang kesakitan yang bakal dialami oleh anak yang berisiko. Sakit itu bukan kepalang. Sekadar pengalaman, sejak kecil terpaksa menghuni hospital selama lebih kurang seminggu hanya untuk mendapatkan tranfusi darah dari darah normal yang lain. Ada ketikanya terpaksa disuntik Desferal untuk mengeluarkan zat besi berlebihan yang terkumpul dalam badan. Pemindahan sum-sum tulang hanya boleh dilakukan sekiranya ada penderma yang sesuai dan pemindahan sum-sum tulang menyebabkan sakit yang berpanjangan. Sekadar perkongsian bersama...

Monday, December 27, 2010

Dekat tapi jauh

Lambaian impian jadi harapan atau lambaian harapan jadi impian...

Kami dekat dek jarak tapi kami jauh dari hati.
Bila kapan bisa ke temu.
Kadang-kadang rindu jadi mainan.

Sunday, December 26, 2010

Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna

Aliff Aziz
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Joanna
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Duet
Telah ku percaya
hati ini padamu
maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Joanna
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Aliff Aziz
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Saturday, December 25, 2010

Pengemis Cinta - Sihir Pengasih

Nasibnya mungkin kurang beruntung berbanding yang lain tapi dia begitu cekal menghadapi saat-saat ditimpa musibah. Dia mempunyai kepintaran yang tinggi. Dia mempunyai paras rupa yang elok, semolek budi pekertinya yang cantik. Dia mempunyai keluarga yang bahagia walaupun keluarganya hanyalah dari golongan yang sederhana. Kini, dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Si suami tercinta merupakan seorang ustaz yang dihormati dan disegani ramai. Mereka adalah pasangan yang ideal. Dia hanyalah diduga dengan penyakit ganjil, mungkin juga akibat perbuatan sihir seseorang kerana dendam. Dalam keadaan kurang sihat itu, dia tetap kuat menghadapi kehidupan sehariannya sebagai seorang mahasiswa. Semester terakhirnya di sini bakal mencipta sejarah dan dia begitu tidak sabar untuk melangkah keluar dari menara gading ini dengan segulung ijazah kelas pertama. Semoga hasil penat lelahnya selama 3 tahun di sini berbuahkan hasil dan dia begitu ingin meninggalkan kesan sejarah hitam dia di sini. Sejarah yang hitam sehingga menimbulkan dendam seseorang kepada dirinya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Begitu hebat sekalikah cinta sehingga tidak membenarkan insan lain untuk bersaing dengannya. Dan seandainya cintanya tidak dipilih, dia sanggup untuk tidak membenarkan barang sesiapa untuk memilikinya juga. Dia begitu tegar sehingga sanggup untuk menyakitkan insan yang dia cintai semata-mata tidak mahu cinta lain memiliki insan yang disayanginya. Dia mempunyai pengetahuan dan ilmu agama yang tinggi tetapi telah memilih jalan untuk sihir pengasih.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika aku diberi pilihan, tidak sesekali memiliki cinta dengan cara begitu. Mungkin akan memiliki cinta itu tetapi tidak kasih sayangnya. Mungkin akan memiliki jasad itu tetapi tidak pada nyawa dan perasaannya. Mungkin akan bahagia dan mungkin juga akan bertemu kekecewaan pada penghujungnya.

Menurut Ustaz, kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri dari terkena sihir pengasih ini dengan menjaga hubungan kita dengan Allah swt dan mengamalkan bacaan surah Al-Falaq dan An-Nas

Friday, December 24, 2010

Usia

Si Ibu menunggu kelahiran puterinya dengan rasa berdebar dan melahirkan puterinya dengan rasa kesakitan yang penuh nikmat. Si ibu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada puterinya agar puterinya menikmati hidup yang paling bahagia. Satu hari si puteri telah meninggalkan ibunya dan ibunya sangat redha kerna si puteri meninggalkan si ibu itu demi menuntut ilmu. Si ibu bahagia melihat si puterinya bahagia. Si puteri belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik berbanding kawan-kawannya yang lain. Ajal telah menerpa di saat usia puteri yang masih muda. Puteri disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ibunya yang menengar amat terkejut dan berasa lemah longlai. Baru sebentar tadi menghantar anaknya ke universiti. Baru sebentar tadi mendengar lawak jenakanya. Baru sebentar tadi sempat memberi pesanan kepadanya. Dengan langkah lemah longlai itu, si ibu menuju ke arah jenazah puterinya untuk memandikan puterinya buat kali terakhir. Si ibu yang memandikan puterinya buat kali pertama dan kerna itu, si ibu tadi membina kekuatan untuk memandikan jenazah puterinya. Melihat sekujur tubuh si puteri dimandikan, melihat si puteri dikafan dan disembahyangkan, si ibu menjadi tenang kerna si puteri mempunyai ramai kawan-kawan yang sayangkannya. Si puteri merupakan seorang gadis yang rupawan, baik hati dan disenangi oleh orang-orang yang disekelilingnya. Si puteri meninggalkan wajah yang tenang saat pemergiannya walaupun melalui saat kemalangan yang agak ngeri. Si puteri dilanggar lari oleh sebuah kenderaan Honda kelabu yang masih dicari oleh pihak berkuasa. Motosikal yang dinaiki remuk teruk akibat dilanggar dan diheret sejauh 20m semasa berhenti di lampu isyarat. Si ibu akur dengan takdir yang tertulis buat si puteri.
Ajal maut datang tanpa mengira usia dan kedudukan...

Wednesday, December 22, 2010

Cinta itu untuk apa?

Petua Menawan Hati Pasangan (Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah)
Daya tarikan yang dimurnikan
Menjaga hati supaya mudah disayangi
Sayangi persekitaran anda
Be prepared coz anytime he will come
Preparation of your self
Open your heart for the love
Love from eye goes down to your heart
Mind communication
Don't be late to express your feeling
Be the first to left if he/she didn't want your love

Tuesday, December 21, 2010

Cinta Menyapa Sesiapa Saja

Love Story 1
Bandar Metropolitan menjadi gempar dengan berita tentang kematian tragis pasangan kekasih digilis keretapi kerna cinta mereka mendapat tentangan ibubapa. Kedua pasangan ini membunuh diri dengan berbaring di rel keretapi. Mereka mati dalam keadaan berpelukan dengan keadaan tubuh mereka hancur digeles roda keretapi sehingga sukar untuk memisahkan kedua jasad tersebut. Di atas rel tersebut turut dijumpai selembar kertas tulisan tangan yang mereka tandatangani. "Tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan untuk membuktikan cinta abadi kami sehidup semati." Astaghfirullah!

Love Story 2
Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun silam, Abdullah bin Abu Bakar baru saja mendirikan rumahtangga bersama Atiqah seorang wanita rupawan, berkedudukan tinggi dan berbudi luhur. Ini membuatkan Abdullah berasa sangat bahagia bersama isterinya dan menyayangi sepenuh hati isterinya itu. Suatu hari, Abu Bakar singgah ke rumah anaknya untuk mengajak anaknya berjemaah di masjid bersama-sama. Namun Abu Bakar membatalkan niatnya apabila terlihat anaknya sedang bermesra dengan penuh lembut dan romantis bersama menantunya itu. Abu Bakar lalu membatalkan niat dan terus menuju ke masjid. Setelah selesai solat, Abu Bakar sekali lagi melalui rumah anaknya lagi dan alangkah kesalnya Abu Bakar apabila mendapati anaknya masih bergurau senda dengan Atiqah sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid tadi. Kemudian Abu Bakar segera memanggil Abdullah dan berkata : "Wahai Abdullah, Atiqah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melupakan kamu dari solat fardu, ceraikanlah dia!" Tanpa membuat dalih, apatah lagi membunuh diri, Abdullah terus mengikuti perintah ayahandanya dan menceraikan isterinya yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!

Semua manusia pasti berpotensi jatuh cinta kepada manusia lain. Seorang wanita yang teduh wajahnya juga bisa tunduk mengaku menyukai pensyarahnya meskipun sejak awal lagi pensyarahnya melarang pelajarnya untuk jatuh cinta. Seorang ikhwan aktivis kampus mendambakan seorang wanita teman seorganisasinya dan menhitung hari-hari bilakah waktunya si wanita itu menjadi isterinya. Seorang usahawan kaya juga bisa tersenyum kecil mengakui tidak mampu menyembunyikan perasaan kepada pekerjanya. Seorang ibu beranak tiga dan masih bersuami juga bisa menangis teresak-esak dan tersedu kerna tidak mampu menahan rasa cintanya terhadap seorang lelaki kacak dan bujang yang menjadi jirannya. Seorang ustaz dengan senang hati menikahi muridnya, seorang janda kerana mereka saling mencintai. Apapun profesion mereka, siapapun orangnya, dengan latar belakang apa pun, sangat berpotensi terkena sengatan cinta. Sebuah getaran rasa yang menandakan rasa suka, rasa ingin selalu dekat, rasa ingin selalu diperhatikan, rasa ingin selalu bersama dengan orang yang dicintainya.

Persoalannya :-
Sebenarnya apa yang membuatkan kita memiliki cinta?

Apa yang mengerakkan hati kita untuk mencintai dan dicintai?

Saturday, December 18, 2010

Dia dan hamba-Nya


Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukum apabila aku tdak melakukan apa yang ku katakan..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa telah ku usahakan apa yang ku katakan..
Kerna Kau juga menyaksikan
Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..
Maka dengan itu..
Ampunilah aku atas segala kekhilafan..
Amin ya Rabbal'alamin..

Friday, December 17, 2010

Kaktus dan Ulat

“Kadang Kita Minta Pada Allah Setangkai Bunga Yang Indah, Tapi Allah Berikan Kaktus Berduri. Kita Minta Kupu-Kupu, Tapi Diberikan Ulat….
Kita Pun Sedih, Kecewa dan Marah…Namun Kemudian KakTus Berbunga Indah Dan Ulat Menjadi Kupu-Kupu Yang Cantik"

Allah swt beri dugaan supaya kita mensyukuri nikmat yang pernah diberikan pada kita secara sedar atau tidak sedar. Kita kadang-kadang terlupa tentang nikmat yang diberikan oleh-Nya padahal terlalu banyak kasih sayang yang diberikan oleh-Nya pada setiap hamba dan manusia senantiasa mempersoal dugaan yang diberikan kepadanya. Manusia yang dinaungi hidayah Allah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar.

Disebalik kesulitan itu ada kemudahan. Esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati.

Thursday, December 16, 2010

Am I?

Why does my heart exult in rapture
It yearns to be liberated
It wanders away towards you
And so it began
But my heart paid no heed
It raced ahead
Utterly lost
And now so am I

Monday, December 13, 2010

Debat 1Malaysia UKM 2010

Pertandingan akhir adalah di antara team UPNM sebagai pihak Kerajaan dan UiTM sebagai pihak pembangkang menyaksikan muka-muka dan bakat-bakat baru sebagai pelapis kepada debat ala parlimen ini. Tajuk usul adalah "Rencah Perpaduan Negara Belum Sebati". Seperti biasa pendebat diberi usul sehari awal untuk mendapatkan info-info yang berkaitan tentang usul dan undian secara balingan syiling sebelum perdebatan bagi menentukan siapa pihak kerajaan dan siapa pihak pembangkang. Seperti yang dijangkakan pihak pembangkang telah menang dengan keputusan juri 5-2 dan margin 1.4 kemenangan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, peserta pendebat adalah pengalaman pertama beliau menjadi peserta pendebat di IPTA dan ini bakal menjadikan platform kepada beliau untuk terus menimba ilmu dalam bidang perdebatan. UiTM menduduki tempat teratas sejak awal sidang.
Ribuan terima kasih daun keladi kepada kesemua urusetia berganding bahu meminjamkan bahu untuk berkerja bersama-sama terutamanya Urusetia Kebajikan Pelajar dan Urusetia Pengucapan Umum. Ucapan Tahniah buat team UKM yang hanya melayakkan diri dalam pusingan suku akhir sahaja. Buat pendebat UKM semoga kuat semangat dalam sidang perdebatan Piala Diraja seterusnya minggu depan di UTHM.

Saturday, December 11, 2010

Debat 1Malaysia UKM 2010

Usul yang paling ditunggu-tunggu adalah...
"Konsep 1Malaysia : Gayung sudah ditangan, Perahu sudah di air"

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum wr wt....
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini dapat kita memperbaiki amalan supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kta kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Kota Madinah.

The Hijrah
Allah the Almighty sent Muhammad (peace and blessings be upon him) to mankind at the time when it was most in need of His message. The whole world was in the total darkness of polytheism and ignorance. It was at this time that Allah chose to sent His servant Muhammad (peace and blessings be upon him) to mandkind. The Prophet of mercy (peace and blessings be upon him) came to enjoin on people chastity, noble manners and characteristics, firmness in faith, kindness to kith and kin, good neighborliness and characteristic, firmness in faith, kindness to kith and kin, good neighborliness and abstention from injustice and oppression. He (peace and blessings be upon him) enjoined upon them to consult the Qur'an in all their affairs. He (peace and blessings be upon him) enjoined earning from lawful means and spending in virtuous ways and made everybody equal with respect to the law of Allah. Allah says:
"My Lord has only forbidden immoralities - what is apparent of them and what is concealed - and sin, and oppression without right, and that you associate with Allah that for which He has not sent down authority, and that you say about Allah that which you do not know"
[Al-A'raf 7:33]


Friday, December 3, 2010

Andai Syurga & Neraka tidak ada

Nama Buku : Andai Syurga & Neraka Tidak Ada
Pengarang : Muhammad Hasan Al-Basri
Penterjemah : Irma Indayu Omar
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Halaman 285 muka surat
Harga : RM21.90 (Sem Malaysia) RM24.90 (Sabah/Sarawak)

Motivasi yang tidak ada tolok bandingannya dalam kita berusaha memperoleh tiket meraih syurga Firdaus iaitu manusia perlulah beriman dan memenuhi tujuh perkara berikut :-
  • khusyuk dalam solat
  • menjauhi diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
  • menunaikan zakat
  • menjaga kemaluan
  • memelihara amanah-amanah yang dipikul
  • memegang janji
  • memelihara solat
Mungkin tujug perkara di atas nampak mudah namun untuk mempraktikkannya perlu kepada kesungguhan dan displin. Pun begitu, setiap sesuatu itu ada jalan penyelesaian dan jawapannya. Malah sesuatu kerjayaan itu datang dalam diri individu itu sendiri. namun pernahkah kita bayangkan jika sekiranya Syurga dan Neraka itu tiada? Adakah kita manusia mahu sujud kepada Allah? Barangkali wajar kita kemukakan pertanyaan ini.
Syurga dan Neraka ibarat hitam putih kehidupan yang menunjukkan kebaikan dan keburukan. kehidupan setiap manusia berakhir sama ada di Syurga ataupun di Neraka.

Thursday, December 2, 2010

Seutas Tasbih Sebuah Janji (part 1)

Pada 10 Ogos 1994, kahdijah mengambil keputusan bergelar Muslim tetapi masih belum bersedia meluahkan keinginan itu kepada sesiapapun. Dengan posisi bersujud, dia mula berdoa :

"Ya Allah. Engkau mengetahui aku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri. Engkau mengetahui segala dosaku dan segala perbuatan baikku. Malah Engkau mengetahui sepanjang hidup aku ini, aku mencari kebenaran dengan belajar dan membaca Al-Quran. Sesungguhnya aku takut tetapi aku terpaksa membuat keputusan. Aku mengakui akan kewujudan-Mu Allah dan aku cuba mengagungkan-Mu mengikut pemahamanku. Sekiranya aku melakukan kesalahan, maka Kau ampunkanlah aku. Jika aku salah mengenai Islam, jangan Kau campakkan aku ke dalam api neraka-Mu. Sesungguhnya aku mempercayai tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku ingin benar bergelar Muslim dan aku tidak mahu neraka dan aku mahu masuk syurga-Mu. Ya Allah! semoga Engkau memahami situasi ku ini".

Selepas solat, Khadijah terus terlena. Sebaik terjaga pagi keesokan harinya, sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Khadijah. Kesakitan migrain yang dialami sekian lama, kini menghilang entah ke mana. Fikiran Khadijah cepat melayang kepada insiden malam tadi. Sejak itu, dia mula solat lima kali sehari dengan caranya sendiri dan daripada pemerhatiannya menerusi teman Muslim. Selain itu, Khadijah juga membuang semua ubat-ubatannya yang selama ini dia bergantung 100% kepada dadah itu.

"Lebih kurang sebulan lamanya, saya membaca mengenai Islam dan mengumpul keberanian untuk meluahkan hasrat memeluk Islam kepada Saif. Sedikit demi sedikit, saya mula malu dengan cara saya berpakaian. Lantaran itu, saya mula mengenakan seluar panjang atau skirt labuh yang dipadankan dengan blaus berlengan panjang, waima cuaca pada hari itu panas. Kadang-kadang, saya mengenakan skarf di kepala. ia sesuatu yang mendamaikan dan terasa selamat. Akhirnya, pada malam 8 November, semacam timbul keberanian dan terus meluncurkan pengakuan diri untuk memeluk Islam di hadapan Saif."

Bicara Khadijah yang selamat melakukan syahadah pada keesokan malamnya di masjid berdekatan.

bersambung...