Berada di tempat kerja baru dengan persekitaran yang baru dan juga di bulan baru yang penuh barakah ini amatlah gembira dengan penuh kesyukuran. Allah telah membuka laluan untuk kQ mengorak langkah ke step seterusnya walaupun pernah diduga dengan ujian di Sbase. Sejak melaporkan diri di sini pada 4hb Ogos, kQ banyak belajar tentang perkara baru terutamanya prudent supaya perkara sebelum ini tidak lagi berulang. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua staf akan berkumpul untuk tadarus Al-Quran dengan bimbingan seorang ustaz dan solat Zohor berjemaah. Pada sebelah petang staf pengurusan akan berganding baru menyediakan juadah berbuka puasa. Kami semua berbuka puasa bersama-sama di sini dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah. Setiap kali majlis akan diadakan majlis tahlil oleh staf-staf secara bergilir-gilir mengikut permintaan. Kali ini suasana sahur amatlah berlainan sekali. Jika di rumah sudah pasti disediakan oleh family dan sama sekali berlainan dengan suasana sahur sebagai pelajar. Masa belajar hanya akan ke kafeteria untuk menempah makanan sahur atau pun paling rajin pun keluar makan di kedai bersama teman-teman atau rumet. Tapi sejak berkerja ini, kami bersahur di rumah sewa dengan hidangan yang paling simple. Tak sabar untuk pulang beraya di kampung walaupun suasana raya mungkin agak janggal pada tahun ini. Apapun berada bersama family pada pagi hari raya amatlah bermakna...
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment