BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Sunday, August 14, 2011

Barangsiapa

ZIKIR
Barangsiapa hafal TUJUH kalimat, ia dipandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas lautan.
Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu...
Mengucapkan ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu...
Mengucapkan ASTAGFIRULLAH jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut...
Mengucapkan INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok...
Mengucapkan LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini...
Mengucapkan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah...
Mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya...

Dari Tafsir Iman Hanafi, mudah-mudahan ingat walaupun lambat-lambat, mudahan-mudahan selalu walaupun sambil lalu, mudah-mudahan jadi boleh kerana sudah biasa...

SECOND CHANCE

Berada di tempat kerja baru dengan persekitaran yang baru dan juga di bulan baru yang penuh barakah ini amatlah gembira dengan penuh kesyukuran. Allah telah membuka laluan untuk kQ mengorak langkah ke step seterusnya walaupun pernah diduga dengan ujian di Sbase. Sejak melaporkan diri di sini pada 4hb Ogos, kQ banyak belajar tentang perkara baru terutamanya prudent supaya perkara sebelum ini tidak lagi berulang. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua staf akan berkumpul untuk tadarus Al-Quran dengan bimbingan seorang ustaz dan solat Zohor berjemaah. Pada sebelah petang staf pengurusan akan berganding baru menyediakan juadah berbuka puasa. Kami semua berbuka puasa bersama-sama di sini dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah. Setiap kali majlis akan diadakan majlis tahlil oleh staf-staf secara bergilir-gilir mengikut permintaan. Kali ini suasana sahur amatlah berlainan sekali. Jika di rumah sudah pasti disediakan oleh family dan sama sekali berlainan dengan suasana sahur sebagai pelajar. Masa belajar hanya akan ke kafeteria untuk menempah makanan sahur atau pun paling rajin pun keluar makan di kedai bersama teman-teman atau rumet. Tapi sejak berkerja ini, kami bersahur di rumah sewa dengan hidangan yang paling simple. Tak sabar untuk pulang beraya di kampung walaupun suasana raya mungkin agak janggal pada tahun ini. Apapun berada bersama family pada pagi hari raya amatlah bermakna...

My 2nd konvo

-entry pantas-
Tarikh sidang konvo UKM dah keluar. Alhamdulillah dalam list graduan yang bakal dikonvokesyenkan pada DUA PULUH TUJUH SEPTEMBER DUA RIBU SEBELAS . Bakal berada dalam sidang ke-7 disebelah pagi hari. Bakal memakai pakaian lengkap konvo. Bakal membawa family dan insan tersayang bersama-sama merasakan kejayaan bersama. Keinginan membawa seseorang dan kebetulan pada tarikh tersebut adalah hari ulang tahun kelahiran dia.
Baju kurung warna pink akan menjadi pilihan mengikut perancangan awal. Perancangan lain untuk outdoor studio bersama teman-teman dan indoor studio untuk family.
Di sini kQ ingin menjemput semua kenalan untuk bersama-sama hadir ke majlis ini. Semoga bertemu pada tarikh tersebut, insyaAllah dengan izin dari-Nya...