Pereka landskap menjurus kepada nilai estetika dalam rekaannya manakala senibina landskap pula meliputi rekaan artistik serta kejuruteraan struktur. Bagaimanapun kedua-duanya mengambil kira keadaan tanah, perparitan, suhu kerana tumbuhan yang ditanam bergantung kepada faktor berkenaan. Biasanya pereka landskap sinonim dengan reka bentuk taman manakala tugas senibina landskap meliputi reka bentuk taman, pengurusan landskap, kejuruteraan landskap, landskap perbandaran, penilaian landskap dan perancangan landskap. Pereka landskap dan arkitek menggunakan pensil dan kertas bagi melukis gambaran tanaman dan peralatan landskap lain. Perisian reka bentuk landskap telah menjadi pilihan popular sejak terdapat teknologi komputer peribadi.
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment