- Sejak kebelakangan ini, yna dah hilang selera makan. Makanan yang paling best pun jadi tawar hati. Kenapa yek? Yna sendiri pun tak berapa pasti punca penyebabnya. Apa yang pasti sejak peristiwa kemalangan kecil yang menimpa awal bulan Oktober. Dalam tak sedar dah sebulan rupanya yna menyusahkan kawan2 sekeliling terutamanya my rumet (tasha) dan puteri. Setiap kali yna terpaksa memaksakan diri untuk makan, cuba untuk terus mencuba menghabiskan lunch walaupun dah hampir 2 jam. Kebiasaannya, paling lama pun yna dapat habiskan makanan dalam tempoh 30 minit. Berat badan dah kurang 3kg (okey, bukan ke patutnya gembira dah turun berat). Alamak, klu turun lagi tak dapat la training untuk kategori Light.
- Solat still mencuba untuk secara normal tetapi asyik pening je. Bila dah pening baru solat duduk kembali. Maybe ibu jari tak dapat menampung tekanan bila nak sujud. Walaupun kecederaan kecil tapi seksanya (nie baru ckit, cuba bayangkan klu patah kaki or lumpuh, ish..ish..ish).
- Atas nasihat doktor, lokasi final exam bertukar ke Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain. Sunyi pula bila exam sorang2. Tak dapat usha stok baik kt UKM (hello, sakit2 pun da hati nak mengorat anak teruna orang,hahaha). Bukan apa, kadang2 tue kelakar tgk gaya manusia stress menjawab exam. Terkebiasaan mencari idea untuk mengoreng dalam exam bila lihat semangat kawan2 lain menjawab exam. Bayangkanlah setiap 3jam yna diperhatikan pengawas exam. Dah mcm banduan or persalah pulak.
- Next week yna ada date dgn doktor hensem tp sombong kt PPUKM. Letih juga ulang-alik ke Cheras, padahal yang bawa kereta Bear dan Puteri. Kali nie xpasti la sapa yang sudi temankan yna (sapa sudi temankan I g dating sila angkat kening, huhuhu).
- Perlukan teman untuk berbicara sebab musim yna beremosi. Entah la kadang2, rasa nak nangis, rasa terasing, rasa cepat marah, rasa mudah tersinggung dll. Terasa kawan-kawan jauh bila x boleh bersama. Terasa jauh je fakulti tue. Kepada teman-teman, daku menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf sekiranya terkasar bahasa, terlajak kata atau menyakiti hati kalian secara sengaja atau tak sengaja. (Selamat hari raya, maaf zahir batin...tertiba je mood raya)
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment