BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, November 24, 2009

Ikhlas - Sokongan - Bersedia

PERSIDANGAN PERDANA SUKARELAWAN MASKUM 2009 - GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON


22hb Nov 2009
Berangkat ke lokasi jam 1430 di Panggung Seni seramai 15orang sukarelawan bagi mewakili UKM yang terdiri dari 6orang urusetia UKP dan 9orang PALAPES UKM. Sampai di Glory Beach Resort, PD jam 1600 dan di sambut meriah oleh urusetia UPNM yang bertindak sebagai pihak pengajur bagi program kali ini. Slot Pengalaman Seorang Sukarelawan oleh Datuk Dr. Baba (MERCY) dan bekas TNC HEPA UKM jam 2030. Peserta diberi taklimat oleh UPNM selepas minum malam dan dibenarkan untuk pulang berehat di bilik masing-masing.

23hb Nov 2009
Sarapan seawal jam 0700 sebagai persediaan sebelum Key Note Address (Sesi I) yang akan bermula jam 0815 dengan pengisisan tajuk 1 : Kesukarelawan Memperkayakan Pengalaman & Menggeratkan Persahabatan (YBhg Prof Turiman, pensyarah UPM), tajuk 2 : Bersukarela Di Luar Negara - Misi, Cabaran & Persiapan Pelajar (En. Ishak, Presiden INSAF) dan tajuk 3 : Bagaimana Untuk Menanam Semangat Kesukarelawan (Tzu Chi Buddhist Foundation), Bengkel Serentak (Sesi II dan III). Pada sebelah malamnya pula Pembentangan Resolusi (Sesi IV) dan yna mengambil peluang untuk mewakili kumpulan kuning bagi menyampaikan resolusi kumpulan bagi tajuk Bencana - Sebelum dan Selepas. Slot berakhir jam 2200 dan UKM diserahkan tugas untuk slot untuk esok. Mesyuarat diadakan untuk tindakan urusetia jam 2245.

24hb Nov 2009
Sarapan tepat jam 0700 seperti biasa supaya mempercepatkan perjalanan pagi ini tapi timbul masalah apabila peserta yang lain turun lewat menyebabkan perjalanan program tergendala selama 1jam. Mungkin kesilapan dari pihak UKM sendiri atau pun peserta bermasalah. Ada peserta yang mendengar arahan tapi tak kurang hebatnya peserta yang degil dan sombong. Memang adat la klu berkerjasama, pihak urusetia kena bijak mengurus supaya keadaan terkawal. Kumpulan dibahagikan kepada lokasi masing-masing. Hanya 20orang yang terpilih dari kumpulan Biru yang akan membuat kerja-kerja bina rumah bagi orang yang kurang berkemampuan dan baki dari kumpulan Biru bersama-sama kumpulan Hijau di hantar untuk ke sekolah bagi kerja-kerja sukarelawan yang terbahagi kepada lanskap dan motivasi pelajar. Kumpulan Kuning diberi kesempatan untuk menjalankan aktiviti sukarelawan di rumah OKU. Walaupun semua peserta diberi masa yang terhad tetapi mereka menggunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Banyak aktiviti yang dilakukan bersama mengikut agihan tugas masing-masing. Jam 1200 peserta menaiki bus untuk lunch dan seterusnya mendaftar keluar.

Saturday, November 21, 2009

M e n a n t i C i n t a

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah kerna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku pada-Mu

Friday, November 20, 2009

Madah Doktor Kacak

Perjalanan bermula seawal 7.30am bermula dengan mendapatkan surat jaminan pelajar di Pusat Kesihatan. Keadaan traffic di highway agar lenggang membuatkan perjalanan lebih lancar tetapi mula sesak di Cheras. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi kira-kira jam 8.50am dan terus menuju ke Orthopedic Clinic untuk pendaftaran. Bersabar dan berdebar untuk giliran pesakit yang ke 45. Kira-kira jam 12.05pm baru giliran yna. Sebenarnya agar tertekan juga kerna berkejaran dengan masa. Jam 2.30pm perlu berkumpul di Panggung Seni. Dalam hati juga ada berdoa untuk tidak bertemu dengan doktor yang lepas. Eh, kenapa ada lagi doktor lelaki? Tuan doktor nak ponteng sembahyang jumaat yek..(kantoi kamu) Hensemnya doktor, tertiba teringat pada Chika. Terasa kegedikan menular dalam jiwa. Okey yna, kawal perasaan. Nak gedik lain kali je, masa tak sesuai. Setelah beberapa persoalan yang diajukan selamat dijawab dengan jaya oleh sang doktor, kini giliran tuan doktor pula mengajukan soalan secara marathon. Arahan seterusnya dari doktor supaya berhenti makan Mobic, hanya makan sekiranya perlu sahaja. Next perjumpaan 11hb Dec 09. (Yes..yes..yes..dapat dating dengan tuan doktor lagi) Pesanan terakhir untuk tidak terlalu bergiat aktif apatah lagi lasak. Banyakkan berehat supaya tulang kembali sembuh. Ingat, 10mm setiap bulan (Aduh, lamanya tulang tue nak sambung semula) Bila boleh berlari? Dalam 6 minggu ini bergantung kepada keadaan pesakit. Jangan sesekali training TKD lagi, tolong bagi tulang kamu rehat untuk aktiviti lasak dalam 6 bulan lagi. (Lamanya, kalau begini mesti tulang yna berkarat sebab tak turun training)

Tulang oh tulang, cepat la sembuh. Tak sabar nak berlari dan menari. Kalau boleh nak melompat-lompat macam katak, nak mendaki Gunung Kinabalu, berenang di Selat Melaka. Ceh wah, ada hati nak berenang di lautan luas. Berenang pun tak pandai. Kalau berkayak, boleh juga diterima.

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih adalah satu novel yang penuh berbau Islam yang kini digemari oleh para pecinta novel Habiburrahman El-Shirazy. Novel ini bercerita tentang seorang jejaka yang menuntut ilmu di negeri timur tengah Mesir. Perbezaannya dengan alur cerita novel Ayat-ayat Cinta yang hero utamanya Fahri adalah seorang yang sangat identik dengan ilmu, terjemahan dan hafalan. Berbanding novel ini, watak utamanya adalah Azzam pemuda yang mencari ilmu di Universiti Khairo yang mana dia menyelesaikan pengajian S1 selama 9 tahun. Ini bukan kerana Azzam adalah anak yang bodoh tetapi ia tidak meluluskan sendiri kerana Azzam ingin membantu keluarganya yang tinggal di Solo bersama adiknya dengan cara berjualan makanan ala-Indonesia di Kairo sambil mencari perbelanjaan untuk pengajiannya juga. Hasilnya adik-adiknya telah berjaya sedangkan dia sendiri masih belum lulus. Setelah adiknya lulus, Azzam menghabiskan pengajiannya dan akhirnya lulus dengan cemerlang. Pada saat dia kembali ke tanah air, dia bertemu dengan teman lamanya Erlina yang merupakan anak duta besar negara yang berada di Mesir. Sebenarnya Erlina menyimpan perasaan cinta terhadap Azzam tapi perbezaan mereka begitu jauh seperti langit dan bumi. Azzam hanya peniaga bakso yang miskin sentiasa ragu tentang adakah benar Erlina adalah jodohnya. Memang benar Erlina cantik tetapi Azzam berfikir adalah sukar untuk mendekati Erlina kerana masalah agama yang wujud di antara mereka.
Beberapa persoalan yang tidak pernah terlintas difikiran juga dihurai dengan baik. sebagai contoh, sekiranya perkahwinan itu adalah ibadah, maka perlukah kita memperjuangkan cinta tersebut? Kalau dipisahkan, keduanya menderita. Maka haruskah dibiarkan mereka berdua bersama? Tema ini sering digunakan dalam drama Korea dan pastinya mengisafi diri kerana ianya diolah dengan cara yang berlainan. Yang pastinya akan memahami serba sedikit cinta dari sudut pembangunan jiwa.

Wednesday, November 18, 2009

Yes, berjaya juga akhirnya

These day rasa macam tak berkhasiat je. Dalam tak berkhasiat tue, bersemangat juga untuk mengubah view dalam blog nie. Perubaaan pertama berjaya dengan layout yang agak menarik dari dlu.. (hehe, menarik ke?) Mestilah cantik kan, cantik mcm tuan punya blog nie.. (perasan betoi minah nie...Okey, klu cute sila angkat kening) Sekarang adalah masa yang paling bosan di IZISH. Sangat sunyi di sini, tak sabar rasanya nak ke next program sukarelawan alam sekitar di Port Dickson pada 22hb hingga 24hb Nov 2009. Tanggal 25hb Nov pagi akan terus berangkat ke Pahang. Seperti kebiasaan yang menjadi tabiat aneh adalah beraya Aidiladha di tempat lain. Weird ke tabiat yna nie. Sebenarnya kalau nak diikutkan hati memang nak beraya bawah ketiak mama tapi kebiasaannya Aidiladha di sebelah Utara serius not happening. That's why la weirdo nie suka sangat beraya di tempat yang menjadi kegemaran terutamanya di Pantai Timur. Mungkin tak dapat lupakan kenangan dlu kot. Kenangan belajar agihkan masa raya untuk masa depan.


Tuesday, November 10, 2009

Bakau oh Bakau !!!

Alhamdulillah, Program Sukarelawan Alam Sekitar MASKUM 2009 yang berlangsung di Pantai Klanang, Banting pada 13hb sehingga 15hb November 2009 berjalan dengan lancar. Peserta seramai 100 orang dari IPTA zon tengah seperti UKM, UPNM, USIM dan UPM. Program ini adalah hasil kerjasama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM). Jentera pengerak kepda program ini tentulah terdir daripada Urusetia Unit Kebajikan Pelajar dan Palapes UKM. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti ceramah tentang alam sekitar, LDK dan kemuncaknya adalah saat penanaman pokok bakau di Pantai Morib. Sebelum peserta pulang kami akhiri dengan lawatan ke Syarikat Ani Biskut di Banting yang merupakan salah sebuah IKS tempatan yang mengeluarkan produk biskut, kuih raya dan kerepek tempatan. Diharap agar semua peserta bersama-sama menjaga keindahan alam sekitar.

Sunday, November 8, 2009

Tersasar Jauh

Orientasi pekerjaan menunjukkan kepada minat atau kecenderungan yang ditunjukkan oleh seorang individu dalam pernacangan kerjaya mereka amat berkait rapat dengan personaliti seseorang. Menurut pakar kaunseling kerjaya John Holland di dalam Boles(1979), personaliti individu merupakan faktor penentu kepada pemilihan kerjaya individu. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut tidak mudah mesra atau pendiam, mempunyai kecenderungan untuk memilih kerjaya yang bersifat individu berbanding interaksi sosial. Antara kerjaya yang menjadi pilihannya adalah akauntan, jurutaip, penulis dan sebagainya. Bagi mereka yang bersifat mudah mesra dan suka kepada interaksi sosial, maka kerjaya pilihan yang mungkin menjadi idaman adalah pengurus pemasatran, perhubungan awam, pendidik dan sebagainya.

Apa pendapat korang tentang teori ini? Jika benar, kerjaya yna telah tersasar jauh or yna perlu bijak untuk fleksibelkan kerjaya masa depan dengan mengabungkan personaliti dan mengimbangi dengan ilmu pengetahuan sekarang?

Saturday, November 7, 2009

Separuh Jiwaku Pergi ~ Anang Hermansyah

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sedarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Friday, November 6, 2009

Kehilangan

  1. Sejak kebelakangan ini, yna dah hilang selera makan. Makanan yang paling best pun jadi tawar hati. Kenapa yek? Yna sendiri pun tak berapa pasti punca penyebabnya. Apa yang pasti sejak peristiwa kemalangan kecil yang menimpa awal bulan Oktober. Dalam tak sedar dah sebulan rupanya yna menyusahkan kawan2 sekeliling terutamanya my rumet (tasha) dan puteri. Setiap kali yna terpaksa memaksakan diri untuk makan, cuba untuk terus mencuba menghabiskan lunch walaupun dah hampir 2 jam. Kebiasaannya, paling lama pun yna dapat habiskan makanan dalam tempoh 30 minit. Berat badan dah kurang 3kg (okey, bukan ke patutnya gembira dah turun berat). Alamak, klu turun lagi tak dapat la training untuk kategori Light.
  2. Solat still mencuba untuk secara normal tetapi asyik pening je. Bila dah pening baru solat duduk kembali. Maybe ibu jari tak dapat menampung tekanan bila nak sujud. Walaupun kecederaan kecil tapi seksanya (nie baru ckit, cuba bayangkan klu patah kaki or lumpuh, ish..ish..ish).
  3. Atas nasihat doktor, lokasi final exam bertukar ke Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain. Sunyi pula bila exam sorang2. Tak dapat usha stok baik kt UKM (hello, sakit2 pun da hati nak mengorat anak teruna orang,hahaha). Bukan apa, kadang2 tue kelakar tgk gaya manusia stress menjawab exam. Terkebiasaan mencari idea untuk mengoreng dalam exam bila lihat semangat kawan2 lain menjawab exam. Bayangkanlah setiap 3jam yna diperhatikan pengawas exam. Dah mcm banduan or persalah pulak.
  4. Next week yna ada date dgn doktor hensem tp sombong kt PPUKM. Letih juga ulang-alik ke Cheras, padahal yang bawa kereta Bear dan Puteri. Kali nie xpasti la sapa yang sudi temankan yna (sapa sudi temankan I g dating sila angkat kening, huhuhu).
  5. Perlukan teman untuk berbicara sebab musim yna beremosi. Entah la kadang2, rasa nak nangis, rasa terasing, rasa cepat marah, rasa mudah tersinggung dll. Terasa kawan-kawan jauh bila x boleh bersama. Terasa jauh je fakulti tue. Kepada teman-teman, daku menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf sekiranya terkasar bahasa, terlajak kata atau menyakiti hati kalian secara sengaja atau tak sengaja. (Selamat hari raya, maaf zahir batin...tertiba je mood raya)
Glitter Text Maker

Sunday, November 1, 2009

LUCU 1 : BAHASA MELAYU ~ KATA LAWAN

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat!
Murid : Sebab saya pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami semua dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar dari kelas)

*** Cara pengajaran yang kurang cekap dan berkesan. Sekarang siapa yang salah dan siapa yang benar?