BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, August 16, 2012

track 25 years

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Semoga bermanfaat bagi kita semua.

 sumber : PanduanIslam.com

Monday, August 6, 2012

entrance examination for accountant grade W41

Alhamdulillah, Sabtu lepas kQ telah hadir untuk exam bertulis Gred W41. InsyaAllah sudah mencuba yang terbaik. Jika ada rezeki tidak ke mana. Persediaan kurang 3 hari yang singkat di manfaat sebaik mungkin. Kebetulan bulan Ramadhan, masa yang selalu digunakan untuk mengulit mimpi-mimpi indah di tukar kepada membaca bahan yang membantu dalam exam kali ini. Exam kali ini hanya empat paper saja berbanding exam Juruaudit yang lepas. Soalan untuk part A dan B dicuba jawab sebaik mungkin. Alhamdulillah, soalan bagi Part A lebih banyak kepada basic account. Part B pula sempat untuk menjawab kesemua soalan berbanding exam untuk Gred 27 yang kesuntukan masa akibat darinya latih tubi. Just soalan untuk part C dan Part D yang lebih rumit kerana soalan yang merupakan fakta. Sure la tak dapat nak mengarang dengan sambil lewa untuk esei BM dan BI.

Diari Ramadhan - Nuzul Quran

Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, Tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan "Nuzul" bererti turun @ berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar nabi Muhamad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Salam Nuzul Al-Quran...

Tuesday, July 31, 2012

Diari Ramadhan

Kegembiraan dalam bulan ramadhan bukan kerana banyaknya untung perniagaan, banyaknya turun berat badan atau banyaknya buat penjimatan, tapi kegembiraan kerana banyaknya ganjaran bagi mereka yang banyak melakukan amal ibadat.
........................................................................................................

Monday, July 30, 2012

Mengapa Allah...

Semoga kelebihan diriku dapat menyempurnakan dirimu
dan
semoga kekurangan dalam diriku dapat disempurnakan oleh dirimu...

Monday, July 2, 2012

Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya
Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

3rd exam bertulis SPA

Entry ini agak terlewat dengan sengaja tidak sengaja. Exam kali ini amatlah berbeza dengan exam sebelum-sebelum ini. Memandangkan persediaan yang lebih kurang mantap berbanding sebelum ini, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa saya sangat kecewa dengan diri sendiri. Dengan hanya berbekalkan 120% 20% kekuatan minda secara fizikal dan mental saya gagahkan juga diri untuk hadir dan menembak jawapan. Padahal soalan agak mudah berbanding exam WK1-1 dan W41 terdahulu. Soalan Part A lebih banyak kepada perihal Account. Ada juga soalan berulang aka sama dengan soalan W41 dulu. Jawapan semua hampir betul, payah gak nak tembak jawapan kali ini. Part B plak, seriusly xsempat nak jawab. Mungkin kurang latih tubi padahal soalan agak mudah. Masa tak cukup.
Kenapa yek tak study sepenuh mati hati seperti exam kastam dulu? ALASANYA adalah sebab saya seperti berat hati untuk berperang lagi. Sepatutnya exam di lokasi lain dan ditukar lokasi exam pada saat-saat akhir. Bayangkanlah dalam fikiran terpaksa study hard sehari sebelum exam. Rasa macam no chance to the next step. Anyway gud luck to my buddy yg attend exam tue (faizah, ija, fiza, nurul).

-kesalberibusesalantakbergunalaginasisudahmenjadibubur-