BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Wednesday, November 10, 2010

Shopping Nilai 3



Monday, November 8, 2010

Segenggam Tabah (In-Team)

bertali arus dugaan tiba
menakung sebak airmata
namun tak pernah pun setitis
gugur berderai di pipi
tidak ditempah hidup sengsara
suratan nasib yang melanda
menongkah badai bergelora
diredah bersendirian
bagaikan camar pulang senja
patah sayapnya tetap terbang jua
sekadar secicip rezeki
buat yang sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalanan
kau bebat luka yang berdarah
kau balut hati yang calar
telah tertulis surata nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum di bibir lesu
tak siapa tahu hatimu
biarpun keruh air di hulu
mungkinkah jernih di muara
biarpun jenuh hidup dipalu
pasti bertemu tenangnya

Sunday, November 7, 2010

Broga Time

~SUBHANALLAH Being great to touch the nature~
Last Sunday I with my UKP family planned to Broga Hill Semenyih for hill climbing. Broga Hill now is getting more popular among the folks around KL and NS. Broga become a favourite place to all photoshot and scenery view. Just google maps if want to know on the location.
~Have a nice weekend~
Before this, I always heart a lot of people telling me that Broga Hill has a nice scenery especially when sunrise. So we went there to have a look. But too bad on that day, we didn't feel what everybody mention before this. The sky was kinda cloudy that day. There were so many peoples hiking on that morning. The photographer was trying to take the best shoot of the scenery. Arrived at the peak does really give me a different type of satisfaction than sitting down in front of the computer and finish my account. It gave me a totally different perspective on what we value in life. Perhaps I finally understand why my best friend that took up the challenge at Kinabalu Mount and I'm looking forward at that. If you have good stamina and frequently work out, this journey would take around 45 minute to 1 hour to reach the top.
~All water has a perfect memory and is forever, trying to get back to where it was~
Soon the sun was getting brighter and hotter means "It's time to go down". Coming down the hill is definitely easier through as I can stress again, to be careful and not to slip. Then I noticed something. A sweet couple, them were holding each other hands while hiking down from the top Broga Hill. I'm really glad that I finally had some time to put most of my precious moments at Broga Hill for my last semester. After this I will go back to my hometown and become a career person. I will miss all student activities. I will miss my UKP family. I will miss my assignment, my tutorial, looking a journal and presentation. I wish I could be a UKM Master student after this maybe in Taxation or Human Resource. Just please pray for my best.
~I will miss you all like a crazy~

+++++++++++++++++++++++++++++
Miss You Like Crazy - MOFFATTS
I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again
I miss you like crazy
Even more than words can say
I miss you like crazy
Every minute of every day
Girls I'm so down when your love's not around
I miss you, miss you, miss you
I miss you like crazy
You are all that I want
You are all that I need
Can't you see how I feel
Can't you see that my pain's so real
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again

Sorry for my poor english.
Become hard if I don't tried,
its become funny
if someone good in english
read this entry..
Just wanna all
people make a smile
=)

Saturday, November 6, 2010

Doa yang sering dilupakan

Dalam tidar sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir nan mulus setiap hari tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Marilah bersama kita mula menghayati bacaan ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati ucapkanlah pertolongan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tidak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima. Ulangilah untuk beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turutlah sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu...
Wajburnni (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nni (angkatlah darjatku)
Warzuqnni (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikanlah rasa syukur kita betapa besarnya nilai bacaan ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja. Itulah hakikat sebenarnya, kita hanya sembahyang tanpa tahu hala tuju dan mengerti apa yang kita ucapkan di hadapan-Nya. Manusia yang mengaku Islam tapi hakikat sebenarnya mereka tidak mengenali Dia yang disembah. Carilah diri anda, Allah swt senantiasa bersama orang-orang yang mendampinginya. Jangan kita jadi manusia yang mengaku Islam tapi semuanya lebih teruk dari orang yang dilaknati Allah swt. Carilah Allah swt di sebalik diri sendiri.

Friday, November 5, 2010

Adab for Muslim Women

  1. Be an ardent worshiper who always follows the words of Allah and His prophet
  2. Adorn herself with demureness and good manners
  3. Self-examine her inclinations and behavior at all times
  4. Equip herself with useful domestic knowledge such as cooking and sewing
  5. Avoid unnecessary interactions with eligible (non-muhram) men
  6. Cover herself appropriately as enjoined by the shari'ah
  7. When she goes out the streets, she must keep her gaze low
  8. Always go out accompanied by her guardian or muhram
  9. Walk slowly on the streets and avoid unnecessary conversations
  10. Content with the husband that Allah destines for her
  11. Be quick to ask for forgiveness on repent after making mistakes or wrongful acts.

Wednesday, November 3, 2010

Bahasa Korea Asas 1

seon seng nim (선생님)

Entry yang basi kini kembali, fuyoo.com paper terPALING ketar sekali. Seonsengnim (cikgu) xdtg masa exam, huhu. Begitu sedih sekali xdapat jawab paper tue. Bukanlah sampai tak dapat jawab terus tapi tertiba rasa susah nak tulis hanguk. Padahal selalu dapat pujian tulisan hanguk kamu sangat CUTE dari seonsengnim. Aduh terOVER sudah!!! Baiklah exam ada 5 part dalam masa 1jam3ominit. Part A tulis perkataan dalam hanguk (cth : soalan cikgu (jawapan 선생님)). Part B Tatabahasa, part C isi tempat kosong dengan dialog yang sesuai, part D soalan teks pemahaman dan part E (part paling terkilan sekali) tuliskan esei mengenai diri sendiri sebanyak 50 patah perkataan. (50 patah perkataan je ko cakap, ko igat mudah ke tulis 50 patah perkataan dalam hanguk. ko igat macam tulis esei BM or essay english ke?). Itu bab exam paper. Klu bab kuliah plak mmg sangat terBEST sebab belajar hanguk ini sangat funn. Biasalah belajar benda baru, memanglah kena rajin ckit. Masalah just bila xde cikgu untuk dibawa berbincang atau dirujuk. Seonsengnim amat TERHAD di bumi Malaysia ini. Terpaksalah meng-Google atau mencari link-link berkaitan yang boleh dipercayai. Bukan mudah tau untuk 'Percayakan Siti'. Bukan mudah untuk percaya pada google sebab tatabahasa dan struktur ayat Korea yang SOV (Subject-Object-Verb). Ini sangat berbeza kerana Korea sangat mementingkan perbuatan dari object. Masalah lain adalah masa yang amat TERHAD untuk ulangkaji. Kuliah setiap hari Isnin dan Rabu. Sangat terhad bukan masa untuk mengulangkaji? Sebenarnya kQ sedang melupakan jadual padat sem ini, di mana kelas padat sehingga tidak menampakan diri di bilik sepanjang hari Isnin hingga Rabu. Bayangkanlah jika kelas non-stop dari jam 10am hingga 8pm pada hari Rabu. Masalah lain adalah sumber rujukan yang TERHAD, kamus Korea yang TERHAD, classmate yang TERHAD, bla bla bla yang TERHAD (sedang membuat list alasan atas nama terhad sehingga menampakkan minda yang agakTERHAD, ish ish ish.)
Diri kQ rasa sangat Bersyukur dan berBANGGA dapat belajar bahasa Korea walaupun bukan TERRORsangat. Jika diberi peluang mahu futher ke asas 2 tapi apakan daya 'Jodoh kita tiada'. InsyaAllah kalau ada rezeki futher my Master, I will learn more about Hanguk. Last kelas seonsengnim bawa Hanbok, sangat terkilan sebab xdpt cuba. Bilalah berpeluang memakai Hanbok, nak beli online dari Korea xmampu apatah lagi nak tempah di Malaysia. Price dah boleh buat baju akad nikah ala-ala Dr Harlina. Baiklah mula menambung demi Hanbok mulai sekarang. Tiket konsert SS3 live in Malaysia dah cukup. Sekarang mula menambung untuk pre-holiday around bulan Feb. Destinasi pre-holiday tue belum ditentukan lagi tapi dah bajet around RM1000. Tercapaikah impian daku? InsyaAllah...

Monday, November 1, 2010

Jari nan lima

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam kewajipan solat lima waktu, jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam keseluruhannya. Apa saja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertahtakan belian. Bangga tak terkira pada ketika ini. Alam remaja pun menjengah diri. Kita perlu ingat di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah KITA?
Oh sekarang kita naik pulak jari ketiga. Jari yang paling tingi jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak 'hantu-hantu pengacau' yang datang mengoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan 1000 macam hantu lagi. Jika gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya Allah swt ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali renung jari ini. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa 'cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi nescaya kita boleh berkata "GOOD" atau "YES" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Itulah rahsia kejayaan kita.
Oleh itu, cuba kita lihat sekali lagi jari kita nan lima.
Renung dan fikir dalam-dalam.

(Sumber : petikan dari artikel)