BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, July 31, 2012

Diari Ramadhan

Kegembiraan dalam bulan ramadhan bukan kerana banyaknya untung perniagaan, banyaknya turun berat badan atau banyaknya buat penjimatan, tapi kegembiraan kerana banyaknya ganjaran bagi mereka yang banyak melakukan amal ibadat.
........................................................................................................

Monday, July 30, 2012

Mengapa Allah...

Semoga kelebihan diriku dapat menyempurnakan dirimu
dan
semoga kekurangan dalam diriku dapat disempurnakan oleh dirimu...

Monday, July 2, 2012

Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya
Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

3rd exam bertulis SPA

Entry ini agak terlewat dengan sengaja tidak sengaja. Exam kali ini amatlah berbeza dengan exam sebelum-sebelum ini. Memandangkan persediaan yang lebih kurang mantap berbanding sebelum ini, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa saya sangat kecewa dengan diri sendiri. Dengan hanya berbekalkan 120% 20% kekuatan minda secara fizikal dan mental saya gagahkan juga diri untuk hadir dan menembak jawapan. Padahal soalan agak mudah berbanding exam WK1-1 dan W41 terdahulu. Soalan Part A lebih banyak kepada perihal Account. Ada juga soalan berulang aka sama dengan soalan W41 dulu. Jawapan semua hampir betul, payah gak nak tembak jawapan kali ini. Part B plak, seriusly xsempat nak jawab. Mungkin kurang latih tubi padahal soalan agak mudah. Masa tak cukup.
Kenapa yek tak study sepenuh mati hati seperti exam kastam dulu? ALASANYA adalah sebab saya seperti berat hati untuk berperang lagi. Sepatutnya exam di lokasi lain dan ditukar lokasi exam pada saat-saat akhir. Bayangkanlah dalam fikiran terpaksa study hard sehari sebelum exam. Rasa macam no chance to the next step. Anyway gud luck to my buddy yg attend exam tue (faizah, ija, fiza, nurul).

-kesalberibusesalantakbergunalaginasisudahmenjadibubur-