BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, February 21, 2012

Tapi Bagaimana - Tam Spider

Kau buat ku teruja

Kau buat ku ketawa

Terbit rasa tersembunyi beku

Hingga rasa cemburu seperti

Pasangan kekasih yang hangat bercinta


Dan tak sanggup berpisah

Walau hanya sekejab

Aku sangat merindui kau

Senang sekali kau ada


Tapi bagaimana ku kata padanya

Dia yang ada seperti tiada

Dengan dia cinta jadi sebuah ritual

Haruskah aku kejam demi rasa

Tolong lepaskanku dari sengsara ini


Dia bukan tak cantik

Dia bukan tak baik

Hanya kekosongan yang ada

Di sudut hatiku tak bisa diusik


Hanya cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh

Tiada yang nak tentang

Hingga rasa menjadi kering kontang

Monday, February 20, 2012

Dua bulan yang terlepas

Assalamualaikum...
.
.
.
Selamat sejahtera...
.
.
.
Apa khabar cmua? hope korg cmua sihat2 la..serius dah lama giler x post entry. Ini bermakna sudah lama juga kQ x share story dgn kamu2 semua kan. Banyak yang berlaku untuk 2 bulan akhir2 ini. Tengok la klu da masa memang nak share cmua peristiwa penting sepanjang tempoh menyepi tersebut. Bukan sombong or blog ini sudah ditinggalkan tapi masa kQ yang kurang cukup. Rasa macam perlukan 25 jam sehari sebab 24 jam tue masih tak cukup.. (melampau betoi...)
Mulai detik ini, hari ini, minggu ini dan bulan ini, kQ akan terus meng-post-kan entry2 untuk kita sama2 share. Staff yang bercuti sudah pulang, so kQ punya masa sendiri untuk berkongsi cerita dunia kerjaya, dunia kekeluargaan dan dunia akhirat...
Okey, masa rehat dah hampir tamat. Nak solat dulu, nanti malam kita share entry baru yek. Katakan TIDAK untuk mencuri waktu kerja dengan melakukan perkara yang bukan dalam skop tugas...
See you tonight for new life and new entry...
:
:
:

Wednesday, February 1, 2012

CSR Warga Sihat KPT

Putrajaya, 2hb March - Satu program yang bertemakan kesihatan telah dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Kompleks E, Putrajaya. Pemeriksaan kesihatan dijalankan dan kaunter-kaunter seperti kumpulan darah menjadi tumpuan semua warga kementerian. Tahap kolestrol dan kandungan glukos dalam darah juga dapat diketahui secara langsung. Kami juga menjalankan kaji selidik berkenaan tahap kesihatan dan amalan hidup budaya sihat dikalangan warga KPT sendiri. Fasa pertama ini bakal menjadi saringan kepada fasa-fasa seterusnya. Diharapkan agar program kesihatan seperti ini wajar dicontohi oleh IPTA yang lain.
"Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur, Unit Kebajikan Pelajar Universiti Kebangsaan Malasyia yang sudi memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan untuk warga kementerian."