BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, October 21, 2011

Kecantikan LELAKI Kegagahan WANITA

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Dia ke Sabah

Kalau tengok tajuk entry mesti kamu semua takkan faham kan. Memang taknak bagi kamu semua peluang untuk faham pun sebab masa masih panjang. Ada masa kita bongkar lagi misteri 'dia' itu. Ehhh, kenapa baru sekarang ada masa untuk postkan entry terbaru setelah bercuti agak panjang sebelum ini. Sebenarnya masa kQ selalu dicuri..huhu.. Kalau sebelum ini (maksud kQ sewaktu keje di SBase), kQ punya banyak waktu untuk postkan entry. Kalau boleh everyday one entry must publish to you all. Tapi sejak bekerja di SFI Marketing & Trading, kQ terlalu buzy dengan tugas yang diberikan sehingga kadang-kadang terlupa untuk lunch. And sekarang, kQ punya masa setelah di tempat baru. Nanti la jika da masa, kita akan share tentang tempat baru kQ. Pada masa akan datang juga kQ berjanji akan berkongsi tentang majlis konvokesyen kQ di UKM. Banyak picture yang masih belum di edit untuk kita sama-sama share.
Berhubung dengan tajuk entry, cinta hati saya akan pergi ke Sabah atas urusan kerja selama DUA MINGGU mulai esok. Dia naik flight jam 11am. Apa pun kQ akan merindui dia yang bakal meninggalkan kQ tanpa sepatah kata..(hepp, hope kamu faham dengan kata2 saya nie). Kemungkinan besar setelah dia pulang, kQ akan bersama dengan dia. Kemungkinan besar juga kQ akan join group dia ke Langkawi awal bulan Nov nanti. Apa pun tunggu green light dari dia...

Mr Ariff, I will miss u...
Saya doakan yang terbaik untuk awak dan family awak...

Kita belajar

★ Dari SEMUT kita belajar sikap KERJASAMA ★
★ Dari API kita belajar untuk BERANI MENGHADAPI CABARAN ★
★ Dari IBU kita belajar MENGASIHI ★
★ Dari AYAH kita belajar KEIKHLASAN ★
★ Dari KAWAN kita belajar MEMAHAMI ★
★ Dari KESALAHAN kita belajar menjadi manusia yang lebih BAIK ★

Source : FB Yana IZISH

Wednesday, October 19, 2011

Jika Ingin Mencari CINTA


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu… Wallahualam.