BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, May 27, 2011

Super Junior M


Peta Himpunan Sejuta Belia


Sunday, May 22, 2011

Mangapa Adam Hawa?

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang lelaki jika dia sakit, maka dia akan membenci sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur agar tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu, Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw, "Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitikkan air mata, itu bererti dia sedang menangis dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...






Friday, May 20, 2011

Pengapit Pengantin (Bridesmaid)

Tips jadi pengapit pengantin

1. Menuntut ilmu – maksudnya di sini adalah mencari sesiapa yang berpengalaman menjadi pengapit pengantin. Tak kiralah diorang pernah jadi pengapit sekali atau pun lebih yang penting tips dari mereka dan kutip pengalaman dari mereka yang mungkin berbeza keadaannya.

2. Baju sedondon – If pengantin sponsor, Alhamdulillah. Ini rezeki namanya, mana tahu pengantin terover baik dengan membayar upah tempahan sekali, kan keraian berganda bagi pengapit. Tapi jika pengantin buat-buat tak tahu je atau just bagitau tema warna yang perlu dipakai oleh pengapit, sila faham sendiri dan pandai-pandailah tempah atau beli yan dah siap kat butik.

3. Tema warna – Pengantin dan pengapit perlu duduk semeja. Bukan untuk rundingan damai tetapi duduk berbincang tentang kehendak pengantin. Ye la pengantinkan raja sehari so pengapit tak boleh la over warna atau melaram secara berlebih-lebihan sehingga tetamu anggapkan pengapit itu pengantin. Selain itu bagi mengelakkan pengapit lelaki dan perempuan memakai warna yang sangat tidak sedondon. Sila bayangkan keadaan majlis jika pengantin memakai warna merah, pengapit perempuan memakai warna pink lembut dan pengapit lelaki memakai warna jingga. Bukankah itu sangat ketara. Yang pentingnya cantik dalam gambar jika pengapit memakai warna sedondon dan kemungkinan besar jurukamera akan mengambil gambar kedua-dua pengapit di atas pelamin. Nice bukan..

4. Kerjasama dalam majlis – Pengapit akan menjadi PA rasmi dalam majlis terutamanya semasa acara akad nikah dan bersanding. Pengantin akan meminta pengapit mengingatkan kepada 2nd pengapit untuk memberikan bunga telur selepas merenjis. Ye la mana ada pengantin yang berikan bunga telur kepada tetamu yang datang menepung tawar pengantin. Pengapit perlu ingat yang pengantin selalunya cuak sehingga lupa perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan dalam adat orang Melayu

5. Make over – Ditujukan khusus kepada pengapit perempuan, sila jangan berlagak majlis itu anda yang punya sebab raja sehari akan murka. Biar mekap natural saja bukan mekap seperti ingin membuat persembahan tarian

6. Lap dengan tisu – Amat penting dan sangat diperlukan semasa upacara merenjis. Pengapit perlu faham yang ramai tetamu akan cuba memberi rest sehingga mencomotkan tangan indah dihiasi inai. Ringankan tulang untuk mencantikkan tangan pengantin di atas pelamin. Selain itu, tisu disediakan untuk majlis air mata dalam akad nikah, bulu mata mungkin secara dramatik terjatuh dan pandai-pandailah kamu nak touch up bagi sentiasa nampak cantik sepanjang majlis

7. Ringan tulang – Pengapit adalah insan yang paling rajin dalam memastikan pengantin terkawal. Mereka akan berkhidmat dengan taat sekali selain mak andam. Mereka akan membetulkan veil yang mungkin senget secara tidak sengaja. Pengapit lelaki memastikan baju pengantin terletak elok. Selalu bertanya kepada pengantin apa yang diperlukan samada pengantin nak air atau nak dikipas secara laju-laju. Rajin sehingga bergerak pantas dari pengantin walaupun kasut pengapit tinggi 5inci sekali pun. Harus rajin senyum pada tetamu, tak payah buat muka comei je depan kamera. Usah malas-malas sehingga abaikan pengantin

8. Pose – Setakat senyum sudah dan jangan lawan tokey posing macam model majalah pengantin. Never overshadow the pengantin. Kamera akan fokus pengantin tetapi pengapit menerima tempiasnya. Pengapit perlu tebalkan muka untuk tidak menunjukkan wajah yang keletihan

9. Makan beradab – Menjadi pelayan sementara semasa makan beradab. Bukan menjadi pengapit kepada pengantin je tetapi keluarga pengantin. Bantu sendukkan nasi dan tuangkan air kepada pengantin sebab tika itu, pengantin akan menjadi paling pemalu dan ON-DIET. Kononnya taknak rosakkan mekap

10. Clown dan pakar motivasi – Keadaan pengantin tegang sebab pressure, so your duty is menghiburkan dan tenangkan pengantin. Ini mungkin perkahwinan terpaksa pilihan keluarga, pepandailah buat lawak atau beri motivasi. Yang penting, dapat kurangkan stress pengantin

11. Topup kredit – Ayah, mak, adik, kakak, abang pengantin akan sbuk kalah PM masa tu dan mereka takde masa nak fikir jam berapa pengantin lelaki nak sampai. Tugas korang adalah sms atau call pengapit pengantin bertanyakan perkara-perkara yang penting berkenaan majlis atau hal-hal yang diutuskan oleh pengantin saja. Ye la, pengantin pun sibuk. Pengantin perempuan dengan mekapnya, pengantin lelaki sibuk menghafal doa-doa yang bakal di soal oleh tok kadi

12. Keserasian – Kebiasaannya pengapit adalah orang yang rapat dengan pengantin. Bukan apa, kalau pengantin dan pengapit tak kenal, mereka bakal berasa janggal dan tak selesa antara satu sama lain. Macam saya, pengantin merupakan kawan sekelas, kawan serumah, kawan sebilik dan kawan sepinggan selain kawan sekerja. Lihat saja kearkaban kami. Jangan pula pengapit merupakan musuh, nanti haru biru majlis jadinya

13. Ucapan – Jangan lupa ucapkan ’Selamat Pengantin Baru’ pada pengantin. Jika ada hadiah lagi baik. Yang kahwin tue bukan orang lain, kawan sendiri, adik beradik atau sepupu korang juga kan..

14. Tebalkan telinga – Bersiap untuk menerima soalan cepu emas dari tetamu yang hadir. Soalan paling berbisa adalah seperti ”Kau bila lagi?” sedangkan pada pengunjung biasa pun akan ditanyakan soalan memedihkan telinga, inikan pula pengapit yang memang confirm akan diajukan soalan itu berulang kali sehingga majlis selesai. So, jalan paling mudah adalh dengan bersedia menerima soalan tersebut dengan jawapan default seperti ”Aku tunggu kau masuk meminang, ada berani?”

In other words, you have to do what ever it takes to make sure the pengantin looks absolutely stunning on their wedding and make sure the majlis runs smoothly with no worries. In order for that to happen, you’re gonna have to have the pengantin’s best interest at heart. Jangan berkira dengan pengantin supaya bakal pengapit kita takkan berkira dengan kita juga sebab satu hari nanti kita juga bakal menjadi pengantin. So, lakukanlah tugas dan amanah dengan ikhlas dan jangan harapkan balasan.

Wednesday, May 18, 2011

Rapuh - OPICK

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu

Bombay Blood - Part 1

Tadi pagi ada bercerita tentang kesihatan dengan mama. Tercetus bab berkenaan isu kumpulan darah. Di sebalik kisah sebenar, rupa-rupanya bukan sekadar 4 jenis kumpulan darah je yang wujud dalam dunia ini. Selama ini yang kQ tahu kumpulan darah ada 4 jenis saja. Cikgu pun terangkan begitu juga iaitu darah jenis A, B, AB dan O. Tak kisah la darah jenis tersebut +ve or -ve. Perkara tercetus bila berdebat tentang darah AB sukar di jumpai berbanding dahulu darah jenis O sukar ditemui. Then, keluarkan usul bahawa darah jenis -ve lagi sukar sebab .....sukar dijumpai. At last, mama share ilmu bahawa yang ada sejenis lagi darah yang sukar dijumpai iaitu darah kumpulan Bombay. Kami tercenggang sebab tak pernah tahu tentang kewujudan kenis darah tersebut. kQ seperti biasa mencari fakta berkenaan 'Bombay Blood' ini. Still mencari lagi info tentang darah ini. Harap dapat share info kesihatan tentang isu darah Bombay dengan semua.


"Golongan Bombay Blood pertama kali ditemui pada tahun 1952 di Bombay, India. Golongan darah jenis ini merupakan golongan darah yang tidak dimiliki ekspresi antigen sistem ABO dipermukaan sel darahnya. Jika diperiksa dengan sistem biasa maka akan muncul golongan darah O namun tidak boleh menerima transfusi dari golongan darah O kerana ia adalah berbeza. Golongan Bombay Blood adalah golongan darah dengan fenotipe hh atau mereka tidak mengekspresikan antigen H/substansi H (atigen yang terbaca sebagai golongan darah O). Kejadian yang jarang-jarang sekali ditemui dan bilangan memiliki substansi H adalah sangat kecil dan dominan berbanding h. Mereka yang memiliki Bombay Blood hanya mampu menerima jenis darah yang sama sahaja. Jika tidak akan berlaku 'aglutinasi' dalam darah (makna aglutinasi tidak dapat diketahui dan akan diberitahu kemudian makna perkataan tersebut pada masa akan datang, maaf...) Kemunculan golongan darah ini adalah 1:250,000 dan ini bermakna bahawa setiap 250,000 orang hanya akan ada seorang saja yang memiliki darah jenis Bombay Blood ini. Jika anda memiliki jenis darah ini sebaiknya segera ke pusat Tabung Darah Negara untuk menyimpan darah tersebut. Mana tahu perkara yang tidak disangka bakal berlaku dikemudian hari. "Sediakan pajung sebelum hujan".

Tuesday, May 17, 2011

Interview Attire

WOMEN'S Interview Attire
  • suit (navy, black or dark grey)
  • the suit skirt should be long enough so you can sit down comfortably
  • coordinated blouse
  • conservative shoes
  • limited jewelry (no dangling earrings or arms full of bracelets)
  • professional hairstyle
  • neutral pantyhose
  • light make-up & perfume

MEN'S Interview Attire

  • suit (solid color-navy or dark grey)
  • long sleeve shirt (white or coordinated with the suit)
  • belt and tie
  • dark socks, conservative leather shoes
  • little or no jewelry
  • neatly trimmed nails
  • neat, professional hairstyle
  • limit the attershare
  • portfolio or briefcase




Monday, May 16, 2011

LIFE is a TEST

LIFE is a TEST ~ If Allah answers your prayers then he is increasing your Faith. If He delays He is increasing your Patience. If He does not answer, He has Something better for you...

Istikharah dan Istisyarah Bahagian 1

"Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di manakah silap saya, ustaz?"
(sepucuk emel di hantar kepada seorang ustaz)


Beristihfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar universiti. Istikharah menjadi trend popular yang tersendiri dan ianya diamalkan bagi 'memaksa' Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang 'pilihan Allah' itu adalah tunang orang, suami orang malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama 'petunjuk Allah', tercetus permusushan sesama anak Adam. Apakah Allah atau syaitan yang memberikan 'petunjuk' penuh mudarat serta zalim itu?




Penyakit besar anak muda ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan teman-teman yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Figh atau belajar mengenai solat itu dan ibadah yang lain melalui para ilmuan dan alim ulama? Keadaan ini menjadi lebih bermasalh apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan yang tidak berdasarkan keterangan Al-Quran dan as-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manupulasi syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam. Mengira huruf tertentu di dalam surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan. Ia mengingatkan kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen :-


"Ada sesetengah orang berpendapat, "Sesudah mengerjakan solat serta doa Istikharah akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu". Justeru ada sesetengah orang berwuduk dan kemudian melakukan solat serta doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk akan datang melalui mimpi), mlah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hkikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas".


Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal solat Istiharah. Itikharah bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh syarak. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istiharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindari pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam :


"Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata :



Daripada Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam Baginda bersabda :


Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu (yakni mengerjakan solat dua rakaat dengan niat Istikharah).


Kemudian hendaklah dia berdoa : Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurnian-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkau Mahalah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini - *harus disebut hajat tersebut atau sekadar cukup meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat tersebut - adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.



Saturday, May 14, 2011

Perang

Awas, jangan ingat kQ still pendiam macam dulu. Nah, ambik kau pagi tadi kena laser dengan kQ. Engkau ingat suka ke kQ bising pagi-pagi tadi. Sapa suruh lastik sarang tebuan, kan dah kena dengan kQ. Terdiam masuk dalam rumah masing-masing. Suka sangat buat hati mama terasa. Ingat kami anak-anak nak diam ke. Mentang-mentanglah kQ nie baik, malas nak bising-bising selalu. Kali ini tak tahan sabar. Selalu sabarkan mama, pagi tadi kQ yang kurang sabar.
Dan sekarang, haruslah bermuhasabah semula tentang kejadian perang pagi tadi. Nasib engkau tak menjawab, kalau tak memang aku hentak kepala kau yang benggong tue...

Astaghfirullah - "I ask Allah forgiveness"

Wednesday, May 11, 2011

Kahwin

OMG, baru aja terima undangan perkahwinan dari seseorang yang sangat dikenali. My first love akan kawin awal bulan depan. Korang ingat perlu tak kQ hadir? Pernah 2405 tanya if saya jemput awak dtg perkahwinan saya, awak sudi datang tak? Jawapannya, "Saya akan datang bila dijemput". Dan sekarang, seperti perlu kotakan janjiku itu.. ha ha ha..

Korean Lesson 1

안녕하세요

Hello
저는 디야나입니다
I am Diyana
반갑습니다
Nice to meet you

Tuesday, May 10, 2011

3 in 1

Option 1 :
Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bakal menerima ganjaran yang agak lumayan jika bertahan lama. Kerja 6 hari seminggu tetapi kurang sosial life. Tekanan untuk sampai target. Tinggal bersama mama di Penang kerana dilokasi tempatan.
Option 2 :
Benda paling mudah untuk dilakukan di KL tetapi memerlukan komunikasi English yang mantap padahal my level is not good enough. Kerja office hour tapi ada sosial life. Kurang tekanan hanya sekadar melayan karenah yang pelbagai.
Option 3 :
Benda yang diidamkan sejak Diploma lagi. Pengalaman yang bakal memberi ganjaran dikemudian hari. Mama kurang setuju sebab lokasi di KL. Tekanan yang teramat dan perlu menghadapi dengan sabar.

Gaji semua option sama. Letih untuk lama menganggur. Perlu buat pilihan secepat yang mungkin.
-The Right Choice-

Sunday, May 8, 2011

Ticket SJ-M on 28 May 2011


Please bring this ticket along when you go to the concert. Save this image and print (Black and white also accepted). Details of the concert

Super Junior Live Concert
Precint 4 Putrajaya
28 May 2011

Saturday, May 7, 2011

Jaminan SYURGA

Empat golongan wanita yang dijamin Syurga oleh Rasulullah saw

  1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah)
  2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima saja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa saja nafkah yang diberikan oleh suaminya
  3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya
  4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak dan tetap menjaga diri dan terus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar
"Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumahtangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu."

Wednesday, May 4, 2011

Beza LELAKI dan Perempuan

  1. Perempuan menarik nafas lebih kerap daripada lelaki manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita
  2. Sistem badan lelaki dan perempuan pun tidak sama. Lelaki banyak memerlukan oksigen berbanding perempuan supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga
  3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus
  4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya
  5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding perempuan. Tulang perempuan bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan perempuan diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak
  6. Demikian juga pada segi psikologi, perempuan secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang serta hubungan perasaan
  7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala perempuan menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek manakala pengamatan perempuan ibarat lampu suluh yang membuka, menampakkan banyak benda
  8. Perempuan mahu mengambil tahu semua perkara daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama
  9. Cuba perhatikan perempuan, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Lihat saja pada beg tangan mereka lebih besar daripada lelaki. lalaki membawa beg kecil saja yang di dalamnya hanya ada lesen memandu, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan perempuan semuanya ada, dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, ubat sakit kepala, gambar keluarga, ehem...ehem... dan macam benda lagi
  10. Kenapa sedemikian dilakukan perempuan? Jawabnya kerana perempuan memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka apabila sesuatu perkara terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan perempuan lebih lebar
  11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli, lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan rumahtangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua-duanya bekerja terpaksa keluar dari rumah seawal pagi. Dalam banyak hal, perempuan bekerja paling kerap bersunggut. Suami keluar rumah dengan mengambil kunci kereta dan terus masuk ke dalam kereta untuk memanaskan enjin sementara menunggu isteri keluar manakala isteri sebelum keluar sudah memikirkan banyak perkara seperti baju sudah diampaian, siapkan anak-anak, sediakan bekalan anak dan sebagainya. Jika semua benda perlu dilakukan olehnya apabila sesuatu perkara berlaku pada isteri maka bagaimanalah kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semua sudah dibereskan. Apabila suami isteri ke kompleks membeli belah, isteri akan melihat satu persatu barangan yang perlu dibelinya dan suami akan menjadi pengikut setia yang mudah bosan. Dengan contoh-contoh di atas di harap agar suami isteri kurangkan pergaduhan sesama sendiri atas sebab perkara yang kecil. Akuilah perbezaan kita, perbezaan yang bukan mencetuskan pemusuhan sebaliknya menambahkan kasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih lagi berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dan perempauan, maka timbullah krisis rumahtangga berpuluh tahun. Tentulah merugikan kita kerana perbezaan yang ada antara kita itu membuahkan kasih dan sayang.