BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, August 30, 2010

Merdeka

Esok 31 Ogos dan sekali lagi sambutan kemerdekaan untuk kali ke 53. Berkisar tentang isu akhir-akhir ini, penulis meluahkan rasa marah yang belum ke tahap dendam lagi terhadap pemberontak-pemberontak yang sanggup memalukan negara sendiri dengan tindakan bodoh mereka membakar, memijak dan melontarkan najis ke Jalur Gemilang. Penulis menganggap ini tindakan yang tidak berwawasan dan tidak bertamadun. Tindakan biadap ahli BENDERA (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia) itu adalah kesan semangat NASIONALIS MELULU sehingga tidak lagi berfikir secara nasional dan waras berlandaskan hukum, adat dan agama. Tidak hairanlah kerana ini negara tersebut kurang maju berbanding negara lain yang dianggap kurang maju seperti India. Negara India juga mempunyai kehebatan sekurang-kurangnya dalam bidang Informasi Teknologi Maklumat. Sikap emosi ini bakal mengundang kepada perkara-perkara yang berbahaya kepada negara jika tidak dibendung. Keselamatan pelajar-pelajar Malaysia juga turut dibimbangi oleh ibubapa yang menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di sana. Penulis sendiri bimbang tentang tahap keselamatan bekas roomatenya bila berdepan dengan isu ini. Penulis doakan semoga Allah swt melindungi AZIEMAH BINTI ABDUL LATIFF yang sedang menuntut di University of Trisakti serta semua pelajar-pelajar kita yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu di negara tersebut. GERAK (Gerakan Kebangkitan Rakyat) akan menghantar memorandum ke Kedutaan Indonesia bagi membincangkan masalah ini secara lebih lanjut terutamanya mencari 'siapakah dalang disebalik peristiwa ini'.
Apabila Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilemparkan najis serta Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar oleh penunjuk perasaan daripada BENDERA minggu lalu, beberapa bantahan atau kencaman dari seluruh negara kedengaran? Bayangkanlah apa berlaku di Indonesia jika perbuatan itu dilakukan rakyat kita di sini. Walaupun apa yang dilakukan segelintir rakyat Indonesia itu mencerminkan tahap kebodohan mereka dan tidak mungkin kita membalasnya dengan cara itu juga, ia tidak bermakna kita harus berdiam diri apabila maruah negara dicemari sebegitu buruk rupa. Berapa banyakkah bantahan daripada NGO di negara ini disampaikan kepada Kedutaan Indonesia atau perhimpunan secara aman diadakan di bandar seluruh negara bagi menyampaikan mesej mengenai perasaan kita terhadap tindakan rakyat negara yang sering disebut sebagai SAUDARA SERUMPUN itu?
Walaupun kita mahu rakyat dan generasi muda negara ini mempunyai semangat nasionalis yang tinggi tetapi kita juga tidak mahu rakyat kita terlalu tipis jiwa patriotik mereka sehinggakan diam seribu bahasa apabila maruah negara dihina sedemikian rupa.

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran

IHYA RAMADHAN ~ Diturunkan Al-Quran.


Nabi Muhammad SAW berkata : "Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada awal malam Ramadhan dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan dan diturunkan Injil pada 13 Ramadhan dan diturunkan Zabur pada 18 Ramadhan dan diturunkan Al-Quran pada 14 Ramadhan." (al-Mu'jam al-Kabir)

Thursday, August 19, 2010

Cinta dan Air Mata

Ada dua titis air mata mengalir dan bertemu di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa titis air mata yang satu lagi. "Saya ialah air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua itu, "Saya ialah air mata seorang lelaki yang menyesal telah melepaskan seorang gadis yang saya sayag dan mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Wednesday, August 18, 2010

Ilya Ramadhan ~ week 1

UMAT ISLAM DITUNTUT JAGA ADAB BERBUKA PUASA
Adab berbuka puasa ialah menyegerakan berbuka bila masuk waktu. "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdoa ketika berbuka
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka." (Hadis riwayat Ibn Majah)
"Hilangkan dahaga, basahkanlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, insya-Allah." (Hadis riwayat Abu Daud).
Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka
Kata Anas : "Rasulullah SAW pernah datang ke rumah Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata : Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air
"Rasullulah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Makan dengan sederhana
"Dan makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf, ayat 31).
Segerakan solat Maghrib
"Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat jemaah sudah didirikan, maka mulaikah dengan makan malam. Janganlah tergopoh-gapah sehingga dia selesa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Tuesday, August 17, 2010

1 MALAYSIA 1 Suara


Orang tua itu tersenyum seraya berkata, "Inilah yang kamu harus buat kalau kamu menjadi sebahagian daripada kampung ini, kamu saling tolong-menolong. Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh melihat." "Aku menyalakan lampu ini supaya orang lain, seperti kamu boleh melihat."

Thursday, August 12, 2010

Remaja ~ Tertekan

Rasa mengantuk yang remaja alami terbit daripada rasa malas. Malas untuk berfikir dan mengingat. Remaja tidak boleh biarkan otak terus berehat kerana kebolehan untuk berfikir akan menjadi semakin terhad kerana mengantuk. Berikut adalah panduan bagi membantu mengatasi masalah mengantuk di kelas. Senaman otak mungkin membantu namun keinginan dalam diri sendiri adalah tip paling mujarab untuk mengatasi masalh mengantuk. Senaman otak yang boleh dipraktikkan :-
  1. Tarik nafas panjang dan bulatkan mata. Lakukan berulang kali di tempat duduk semasa pensyarah sedang mengajar dan ketika sedang mengantuk.
  2. Unjurkan kedua-dua jari telunjuk ke hadapan dan secara serentak membina huruf 'S' di udara secara serentak dan bertentangan. Mata perlu mengikut pergerakan jari.
  3. Letakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika duduk, sebelah tangan digenggam dan sebelah lagi diterbangkan. Pergerakkan secara serentak dan kemudiannya tangan yang digenggam menumbuk paha dan tangan yang terbalik menggosok paha.
  4. Tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian tahan nafas dalam kiraan 7, lepaskan nafas juga dengan perlahan-lahan dalam kiraan 7.
  5. Minta kebenaran pensyarah untuk berdiri. Buat pergerakkan seperti sedang rukuk ketika solat. Tolak lutut ke belakang dan tekan bahagian pelipat sehingga rasa sakit.
Semua senaman otak tersebut dapat membantu pergerakan oksigen ke otak denan lancar dan dapat mengurangkan rasa mengantuk. Namun tindakan berikut juga perlu diambilkira bagi membantu.
  1. Dapatkan tempat di hadapan ketika belajar di dalam kelas, makmal atau bengkel.
  2. Duduk di sebelah rakan yang bermotivasi tinggi untuk belajar.
  3. Apabila duduk di depan, pensyarah akan cenderung memerhati dan kerap bertanya. Untuk itu, kita akan lebih bersedia dan rasa terancam. Orang yang terancam secara automatik akan bertindak untuk membela diri dan senantiasa ingin bersedia.
  4. Baca dulu topik yang akan di ajar oleh pensyarah dengan itu akan mudah faham dan tahu bagaimana untuk mengajukan persoalan. Apabila aktif di dalam kelas, ia tidak akan menyebabkan rasa mengantuk lagi.
  5. Bina matlamat dan cita-cita dengan jelas.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Ramadhan adalah bulan mulia yang mempunyai kelebihan tersendiri antaranya :
(1) Penghulu semua bulan
Diriwayatkan al-Tabarani dalam al-Kabir,"Penghulu bulan ialah Ramadhan dan penghulu hari ialah Jumaat."
(2) Dibuka pintu Syurga
Diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah : "Apabila datang Ramadhan, dibukakan pintu Syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu."
(3) Diampunkan dosa sehingga Ramadhan akan datang
Hadis riwayat Muslim yang diriwayatkan Abu Huairah : "Solat fardhu lima waktu, Jumaat kepada Jumaat dan Ramadhan kepada Ramadhan, akan diampunkan diantara keduanya sekiranya seseorang itu melakukan dosa besar."
(4) Ganjaran daripada Allah swt
Diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud :"Allah berkata : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa dan Aku yang akan membalasnya. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah swt berbanding haruman kasturi."
(5) Diampunkan dosa terdahulu
Hadis ini diriwayatkan sebilangan ahli hadis termasuk Bukhari dan Muslim iaitu : "Sesiapa menghidupkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya (yang terdahulu)."
(6) Ditutunkan al-Quran
Nabi Muhammad saw berkata : "Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada awal malam Ramadhan dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan dan diturunkan Injil pada 13 Ramadhan dan diturunkan Zabur pada 18 Ramadhan dan diturunkan al-Quran pada 14 Ramadhan."(al-Mu'jam al-Kabir)
(7) Malam Lailatulqadar
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan reda Allah swt maka akan diampuni dosanya yang lalu dan sesiapa yang qiamullail pada malam Lailatulqadar dengan penuh iman dan mengharapkan reda Allah maka akan diampuni dosanya yang lalu."(Hadis riwayat Bukhari)
(8) Dibebaskan darpada api neraka
"Sesungguhnya bagi Allah haba yang bebas (daripada api neraka) setiap berbuka dan demikian itu oada setiap alam."(Hadis riwayat Ahmad)

Monday, August 9, 2010

August 7th ~ 23:09

..Someome told me this before..
..Life (goes like this) one person comes and one person goes..
..I am born alone in this world before I met with my family and become 2 people..
..After that, (it become) 3 people...4 people..
..as time passes...it turns back to 3 people...really amazing..
..After more time passes and I turn back and look, there is only 2 people...when I turn back and look again..
..It feels like I've become alone again..
..will become a one person practice..

Leeteuk's cyworld

Sunday, August 1, 2010

Never be silent

It doesn’t matter even if I’m lonely

Every time I think of you, smile flashed on my face

I do not mind even if it’s a hard time

Whenever you are happy, my heart is overflowed with love

Just like today, in the world that I have walked through

Even if I get hurt, even if it’s not easy

Just close my eyes, there’ll be only your image remain

In my ear, the dream that is still cycling around

Turn towards you from my side

Every day, my life is like a dream

Being with you, falling in love with you

Makes me encouraged once again

For me, the happiness of those precious memories

Will become warm hopes even when there comes a hard time

It’s my dream that’d never be silent