BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, July 30, 2010

ELFs Fan Meeting-Unofficially









Thursday, July 29, 2010

Lahir 17 Syaaban 1405 Hijrah






Tuesday, July 27, 2010

You are my life


I only said it because I wished to smile
Why can't you understand how I feel?
I promise my self but again
I'm crazily in love
It's gripping me viciously and controlling me
I am standing where you left and am still watching you
It hurts so much when will we ever become strangers?
My heart can't stop pounding even as we parted
We still loved each other
It still seems like that now
The pain doesn't wash away
Although I tried several times to endure it
It's hard to live day by day without you
You're my life

Monday, July 26, 2010

Mari belajar Hangul

~Annyeong haseyo~

Bak kata perpatah, "Menuntut ilmu, biarlah sampai ke negeri Korea"..(perpatah ini seperti tidak kena tapi lebih tepat, jitu dan terbaikkk). Untuk belajar bahasa ini, yna menghadapi banyak tentangan. Banyak tentangan dari keluarga, kawan-kawan, masa dll. Kata mereka, "Takde faedahnya belajar bahasa tue, baik bik bahasa Mandarin". Itu kata mereka yang bersifat cemburu..(cemburu ke atau ...). My first class umpama belajar menulis 123 dan membaca ABC. Sungguh seperti masuk tadika. Semua begitu teruja dengan pensyarah yang sungguh comei dan banyak bersabar dengan kami.
Pada abad ke-15, Maharaja Seong daripada Dinasti Lee telah mencipta satu sistem penulisan bersimbol khusus untuk bahasa Korea, iaitu Hangul. Pada mulanya Hangul hanya mempunyai 24 huruf, iaitu 14 konsonan dan 10 vokal, tapi kini Hangul telah berkembang menjadi 40 huruf dengan 19 konsonan dan 21 vokal. Walaubagaimanapun 24 adalah huruf asas manakala yang selebihnya adalah gabungan huruf asas.
Mulai saat ini, yna akan belajar bersungguh-sungguh dalam bahasa baru ini...hwaiting!!!

~Annyeonghi gyeseyo~

Thursday, July 15, 2010

Rumet baru Sem baru

Entry kali nie x nak taip panjang2. Letih tangan yang tak dibayar gaji. Semacam perlu mengusulkan dalam next bajet supaya setiap blogger mendapat wang saguhati sebagai galakan menggunakan teknologi yang tinggi walaupun negara kita kurang pantas berbanding negara2 maju yang lain. Straight to the point...

Tertiba je pagi ini di kejutkan dengan satu makhluk aneh yang comel di depan pintu bilik. Rupanya mereka adalah jam loceng yang paling sensitif dan dapat membuatkan lenaku tidak panjang. Sudah la semalam tidoq jam 4am or 5am. Tue pun bukan tidoq dalam keadaan sepenuh hati. Sekarang mempunyai masalah Insomnia kembali. Baiklah, demi janji yang perlu di kotakan supaya tidak mentulis panjang, kita akan bincangkn isu Insomnia di lain entry atau di lain kesempatan waktu.

Berbalik kepada penceritaan kita, cerita bermula di awal pagi sekitar jam 8am dikejutkan dengan bunyi kucing bergaduh. Memang yna manusia paling pantang dengar kucing bergaduh. Ada 2 ekor kucing jantan dan seekor kucing betina. Tak pastilah macam mana kucing jantan boleh masuk dalam blok siswi. Lalu dengan beraninya meleraikan pergaduhan tersebut dengan menyelamatkan kucing betina tadi ke dalam bilik. Kucing jantang tadi perlu diusir segera bagi mengelakkan dari ditangkap oleh penyelia kolej atas kesalahan 'Pencerobohan oleh jantina yang lain ke dalam bangunan siswi'. Seperti tidak logik bukan, kucing terpaksa menerima hukuman manusia.
Akhirnya, kucing betina tadi menjadi rumet baru untuk semester ini. Kucing tue menjadi peneman sepanjang hari sehinggakan kucing tue tertidur dengan nyenyaknya selepas lunch tadi.

Teladan - Why I'm Not?

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Tuesday, July 13, 2010

Kucing ~ Bieng dalam kenangan

Benarkah kata orang tua-tua, "Jangan ambil gambar kucing, nanti kucing tue akan mati". Selama ini memang tabiat kami adik-beradik yang menjadi kegemaran untuk ambil gambar gelagat kucing-kucing sepanjang cuti dan berada di rumah (Eh, spjg cuti dan berada di rumah, knp perlu mention begitu?) Nmpk sgt rajin dan kaki tidak senang utk bersenang-lenang di rumah..bukan begitu, yna suka lepak bersenang-senang di rumah drpd menghidu asap kenderaan yg tak mendatangkan kebaikan kpd kesihatan tapiii... kadang-kadang suka juga berjalan-jalan menghirup udara segar di tempat-tempat peranginan dan percutian bila ada masa terluang drpd terperuk membina tubuh yang semakin gempal.

Berbalik kepada kata-kata orang lama, korang percaya tak? .......... Pada pandangan yna, selama yna bersahabat baik dengan kucing-kucing nie, yna akui byk mengambil gambar gelagat mereka. Tak kira la tengah makan ke tidur ke bergaduh ke atau ...(faham-faham sendiri la..) Sama ada perlakuan ini akan menyebabkan mereka akan mati memang tak masuk dek akal. Kucing tue kalau dah ditakdirkan nak mati sebaik saja flash kamera merakam detik aksinya, memanglah terus mati. Tapi kalau kucing ditakdirkan umur panjang, mereka akan sihat dan jahat..hihi.. Bak kata tuan doktor (my mama) 'minum milo anda jadi sihat dan kuat' tukar kpd versi kucing 'minum susu anda jadi sihat dan jahat'..

Dan takdir penentu segalanya, tepat jam 12.05am 13 July 2010, Being (7bulan) telah meninggalkan kami dengan aksi lucu dan manjanya. Sangat terkilan sebab x sempat nak mandikan Being sebelum balik UKM. Sepanjang cuti, yna sudah berusaha untuk memandikan kesemua kucing2 (13ekor) mengikut giliran. Mana mampu nak mandikan mereka secara serentak. Dengan aksi dan jeritan mereka meminta tolong untuk tidak di berus kaki dan tapak kaki. Tapi sebab benda yang yna suka adalah buih sabun maka teraniayalah mereka bermain buih sabun semasa dimandikan.

Selain tue, yna juga terkilan sebab dh janji nak belikan rantai loceng utk mereka adik beradik (4+2+1=7) Rantai loceng tue ingat hanya pada anak kucing je memandangkan ekonomi tak berapa baik. Kucing yang dewasa dah merasa memakai rantai loceng walaupun ada yg sgt membenci bila dipakai rantai loceng.

Teringat plak, yna suka cakap yang being x cantik. Kitorg panggil Being sbb Being macam kambing, suka berbunyi-bunyi. Sebenarnya mama letak nama 'Niena' sbb yg seekor lg 'Ninie' dan ibunya 'Tina'.. (tertiba je papan kekunci nie basah..huhuhu). Selain adik yg bongsu, yna pun suka mengusik dan bermain dgn mereka. Being paling suka rotan dan dia tak takut rotan. Boleh je diorg berebut-rebut nak kejar rotan sekeliling rumah dan akhirnya tgn yna gak menjadi mangsa cakaran. Mama suka sgt paten warna Being. Menurut mama dlu masa mama zaman kanak-kanak, mama ada seekor kucing kesayangan paten semacam Being dan disebabkan itulah mama cal nangis-nagis bgtau Being dah mati pagi nie. Mama mmg sensitif ttg kucing. Okey la, x dapat nak tulis banyak2 sbb sgt beremosi skrg. Nanti lptp nie banjir plak sapa yg susah, yna dan pensyarah gak yang susah sebab xdpt bt asgmnt.

Byebye Being Si Nakal yang Manja...







Saturday, July 10, 2010

Be Prepared - Final Semester

Semester terakhir ini akan terus berusaha seperti semester lepas yang berjaya menaikkan pointer. Semester ini hanya PERLU untuk 4 subjek je bagi melayakkan diri untuk bergraduat nanti. Tapi dalam fikiran asyik untuk mendaftar subjek bahasa. Tak kisah la bahasa apa pun janji bahasa lain dari Bahasa Melayu dan English. Sebenarnya sudah mendaftar subjek Bahasa Cina Asas I tapi masih dalam perkiraan untuk gugurkan subjek tue atas nasihat Ketua Program yang menginginkan untuk yna lebih fokus kepada subjek yang sukar untuk skor seperti .....

Bukankah kalau mahasiswa yang mempunyai kemahiran tiga bahasa atau lebih mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat pekerjaan. Tambahan pula, yna pelajar FEP yang banyak pelanggannya berbangsa Cina yang lebih sukakan berbahasa Mandarin dalam berurusan untuk perniagaan mereka. Masih panjang masa untuk dibuat keputusan sebab minggu ke-3 baru kuliah bahasa bermula.

"Daku terus berfikir"

M A S A L A H 1 - Gugur atau teruskan kuliah Bahasa Cina Asas 1

atau

M A S A L A H 2 - Ambil risiko untuk ambil subjek Bahasa Korea Asas 1

Tahun 4 (Semester 1)

1- Isu terpilih dalam Perakaunan dan Pelaporan Kewangan
2- Perakaunan Khursus (elektif)
3- Teori dan Amalan Perakaunan
4- Percukaian Lanjutan (elektif)
5- Bahasa Cina Asas 1 (*dalam pertimbangan)

Saturday, July 3, 2010

Bahasa dan cara penulisan sukar di dunia (Part 4)

Bahasa Korea adalah bahasa rasmi yang paling luas digunakan di Korea Utara dan Korea Selatan. Bahasa ini juga dituturkan secara meluas di Yanbian (China Timur Laut) dan secara keseluruhan terdapat sekitar 78 juta penutur bahasa Korea di seluruh dunia termasuk kelompok besar di Uni Soviet, AS, Kanada dan Jepun. Klasifikasi rasmi masih belum dipersetujui secara universal namun dianggap oleh banyak pihak sebagai bahasa isolat. Beberapa ahli bahasa memasukkannya ke dalam kelompok bahasa Altaik. Bahasa Korea juga mirip kepada bahasa Jepun yang status kekerabatannya kurang jelas. Sistem penulisan bahasa Korea yang asli disebut Hangul merupakan sistem yang silabik dan fonetik. Aksara Sino-Korea (Hanja) juga digunakan untuk menulis bahasa Korea. Walaupun kata-kata yang paling umum digunakan merupakan Hangul, lebih dari 70% kosakata bahasa Korea terdiri dari kata-kata yang dibentuk dari Hanja atau diambil dari bahasa Mandarin.

안녕하세요 (Apa Khabar?)