BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Sunday, April 25, 2010

Aku terkena

Filem "Shutter Island" di mana filem ini mengisahkan tentang Teddy Daniels (Leonardo DiCaprio) seorang marshal US yang bertugas atas alasan peribadi di Pusat Jagaan Banduan yang tidak waras yang terletak di Shutter Island bersama-sama dengan rakan sekerja baru Chuck Aule (Mark Ruffalo). Kehilangan seorang banduan yang telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh 3 orang anaknya menjadikan alasan utama peribadi beliau untuk menyiasat kes tersebut.
Benggang (oh, tidak sama sekali) tapi rasa tertipu sebab ending movie Teddy Daniels adalah salah seorang banduan yang mendapat rawatan di Shutter Island kerana mengalami ketidakwarasan akibat daripada tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya telah membunuh 3 orang anaknya dengan melemaskan mereka ke dalam tasik belakang rumahnya akibat dari masalah mental. (ish..ish..banyak betul fakta mental dalam filem ni). Isterinya yang dipercayai telah mati terbunuh dalam kebakaran sebenarnya telah mati ditembak olehnya sendiri. Kesibukan tugasnya menyebabkan beliau mengabaikan isterinya yang perlu mendapatkan rawatan sakit jiwa dan kerana terlalu sayang pada isterinya.

Kesimpulan :-
  1. Percaya kepada Rukun Iman yang terakhir iaitu Percaya kepada Qada dan Qadar.
  2. Semua manusia dilahirkan untuk menghadapi ujian hidup dan berpegang teguhlah pada agama atas segala tindakan dan pertimbangan yang bakal dibuat.
  3. Segala yang terjadi ada hikmahnya dan hanya hamba yang mampu sahaja diuji untuk melihat sejauh mana keimanannya kepada sang pencipta.
La tahzan! innallaha ma'ana

Saturday, April 24, 2010

Bye Bye


The annoying scent of salt
The sluggish fun in my hometown
I can't go back there, it's really bye-bye
Sometimes is fine but everyday
There's nothing in particular I want to talk about
I can't go back there, it's really bye-bye
To the scenery of Penang (helter-skelter)
To the relationships with my friends (helter-skelter)
To the relationship with my seniors (helter-skelter)
To things like memories, it's just (helter-skelter)
To my boy friends too (helter-skelter)
Our usual gathering spot (helter-skelter)
To the past and to the future (helter-skelter)
Because I don't really care anymore (helter-skelter)
Bye-bye to our H.O.M.E ground
Let's do it well, it's the Penang neighbourhood
It's enough to stop my tears
I won't want anything more tonight
For the last ten years, no tens of years
What we've done has been so simple
I don't have anything to boast to others about
I don't have any particular skills or pluses saved up
So bye-bye, see you
I'm sick of the successful places
I'll open the window that seems too obvious
I can't come back here, it's really bye-bye
We each go our separate ways
Parting with dumb looks on our faces, see you
I can't come back here, it's really bye-bye

Thursday, April 22, 2010

TWITTER

Dunia baru saya adalah Twitter selain blogger. Sudah tidak bersabar untuk menunggu sehingga selesai exam, lantas mengambil tindakan untuk membuat account http://twitter.com/KuQhasseih dan setakat ini amat berpuas hati. Jarak yang terlalu lama untuk menunggu the next final paper for Operation Management yang membuatkan saya bertindak tanpa was-was untuk bertwitter bersama-sama teman baru. Mulanya memang la sukar sebab kurang sifu di UKM ini.
Bila musim FB semua asyik dengan FB masing-masing. Bila musim blogger mulalah blogger muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing tak nak mengaku kalah dan mula membuat blogger seperti hobi baru. Penyebab utama wujudnya twitter adalah sebab SJ+ELFs=I 13elieve their prom15e (hanya yang tahu aje yang akan berminat dengan itu dan tak perlulah diterangkan dengan panjang lebar di sini)
Aplikasi untuk twitter lebih kurang macam blogger juga tapi more on chat with other person like YM. Hope akan lebih mahir lagi menggunakan twitter supaya mendapat lebih perhatian daripada SJ member..haha (okey, baik engkau keluar sekarang sebelum orang lain tahu rahsia sebenar memiliki account twitter...) Entry ini berakhir sehingga di sini -THE END-

Sunday, April 11, 2010

i m t i h a n

للهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني
"Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

Musim cinta dalam ilmu pun bermula. Peperangan dalam medan ilmu yang menuntut semua yang dipelajari diaplikasikan. Mungkin ada yang telah lama bersedia kerna telah lama menyiapkan diri untuk menempuh peperangan dalam dewan peperiksaan. Tak kurang juga ada yang segelintir masih lagi belum bersedia sehingga jam menunjukkan untuk bermula kerna mereka ini memang terlalu leka dengan perkara lain sedangkan keluarga dan negara mengharapkan mereka berjaya. Semoga semua sahabat tenang dalam mengharungi cabaran dunia. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Berusahalah selagi mana terdaya. Bertawakallah untuk hasil yang sempurna. Masih belum terlewat untuk berjuang ke titisan terakhir sehinggakan dakwat pena juga tidak segan silu untuk terus menari dalam lakaran jawapan.

"Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, inginkan kejayaan relailah pengorbanan, ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1001 kemanisan."

All the best exam!!
Bittaufiq wan-najah!!

Friday, April 9, 2010

M A R A H

Entry kali nie ditaip dlm keadaan marah. Maaf untuk berperasaan begitu sebab memag sangat marah sehingga air mata mengalir dengan deras. Perasaan marah ini bercampur-baur dengan perasaan yang agak kecewa dengan perlakuan individu tersebut. Saya semakin berkecil hati dan terpaksa untuk mengeluarkan entry ini. Bukan hendak mengaibkan beliau dan tidak sama sekali akan berdendam dengan beliau. Marah saya sehingga menjadi pendiam yang jika parah akan menjadi pendendam. Tolonglah jangan biar diri saya menjadi seorang yang pendendam kerana saya mahu berubah menjadi manusia yang baik. Next week final exam tapi sempat lagi individu tersebut membuatkan saya sangat @#!$%^&*. Baik saya ada tahapnya jangan sampai saya bertindak diluar jangkaan dan diluar batasan sebagai seorang manusia. Saya begitu kecewa sekali walaupun perkara itu berlaku diluar pengetahuan saya. Nasib baik ada rakan yang sudi menegur tentang perkara itu yang saya sendiri tidak sedar tentang kewujudan status tersebut di wall beliau. Sungguh sakit bila membaca tulisan di wall tersebut bersama-sama komen-komen yang agak membina dari friend list beliau. Wah, engkau sungguh melampau dan #$@!%^&*.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya ingin meneutralkan perasaan dan emosi saya yang terganggu dengan info yang lebih berguna tentang hot entry ini. Daripada saya terus beremosi dengan marah lebih baik saya berkongsi ilmu.

Apakah itu marah?
Marah adalah sejenis emosi semulajadi yang biasanya bersifat negatif dan sering dikatakan boleh membawa kepada sedikit sifat keresahan sehingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
Apa yang boleh berlaku apabila marah?
Degupan jantung dan tekanan darah meningkat, pernafasan menjadi cepat dan pendek, mengalami ketegangan otot-otot, paras hormon (adrenalina & noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas.
Bagaimana perasaan marah itu timbul?
Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu perkara atau kebimbangan dalam hidup. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu perkara yang menyebabkan berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan juga boleh berpunca dari dalam diri sendiri apabila memekirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan rasa marah.
Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semulajadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh demikian, perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.
Apakah kesan marah kepada diri?
Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri sendiri. Marah boleh mendorong bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata-mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada diri atau orang sekeliling. Perasaan marah yang terpendam juga mengundang masalah terutamanya berkaitan dengan jalinan perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan diri sendiri bersifat negatif, suka mengkritik, bersifat mengejek, suka menyindir dan ganas.
Cara menangani kemarahan?
Meluahkan perasaan marah dengan sewajarnya dan terkawal. Menahan dan tidak memikirkan perkara tersebut dengan memfokuskan kepada perkara lain dengan tujuan untuk mengubahkan perasaan marah kepada perkara yang lebih membina. Menenangkan diri dengan mengawal perilaku luaran dan tindakbalas dalaman.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah."
(Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Friday, April 2, 2010

K O A L A

At 120 degrees in AUSTRALIA, it was so hot for a week that KOALAs were asking people for water. It's never been seen before...

One went to a house to try to hide from the heat and to get a bit of shade and here's what happened when the owner gave him something to drink.


It's really cute...
Lets do our part to reduce global warming...