BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, August 24, 2009

S A H A B A T

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari? Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat, maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

Daku bersyukur kerana pernah dipertemukan dengan seorang yang bergelar SAHABAT.


Sunday, August 23, 2009

MEMORI indah TERUKIR disaat PERPISAHAN

KAU SAHABAT KAU TEMAN ~ HIJJAZ


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau SAHABATku kau TEMAN SEJATI


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau SAHABATku kau TEMAN SEJATI


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah...tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau SAHABATku kau TEMAN SEJATI


Takziah buat sahabatku NURHAFIZA IZWANI yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman ...
Al-Fatihah

Thursday, August 20, 2009

INSPIRASI HATI ~ De Hearty

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi disisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku
Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan seperti mu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku

Tuesday, August 18, 2009

13 Keistimewaan WANITA

Sekadar renungan buat insan bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang daripada lelaki.
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki bukan soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
7. Apabila dua org ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
8. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solat dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
9. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
10. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
11. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
12. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang malam menggembirakan suaminya.
13. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.

~dipetik drpd buku Riwayat Bidadari Syurga

Thursday, August 13, 2009

Way Back Into Love

I,ve living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past
I just can't seem to move on!

I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need them again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind!

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I'm hoping you'll show me what to do
And if you help me to start again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end

I've been watching but stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's got to be something for my soul somewhere!

I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night
I could use some direction
And open to your suggestions

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation


Friday, August 7, 2009

Layakkah hadirnya CINTA manusia?


CINTA MANUSIA HARUSLAH KEPADA :-
1) ALLAH YANG MAHA ESA

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"

Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA
Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak. Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA
Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA. Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN
Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA. Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...

Tuesday, August 4, 2009

Adakah dia insan istimewa itu?


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan KENAPA dia mencintai kamu, yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu-satunya.

  2. Kalau kamu sudah memilik kekasih dia tidak peduli, yang penting bagi dia kamu BAHAGIA dan kamu tetap impiannya.

  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu SEADANYA, di matanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin TAHU tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu setiap kegiatan kamu.

  5. Orang yang mencintai kamu akan MENGIRIMKAN 'sms' seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Selamat Malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

  6. Kalau di hari ulang tahun kelahiran, kamu tidak mengundangnya setidaknya dia kan menelefon untuk mengucapkan SELAMAT atau mengirim pesan.

  7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah LUPA setiap detiknya kerna saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

  8. Orang yang mencintai kamu selalu MENGINGATI setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

  9. Orang yang mencintai kamu akan BELAJAR menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD kamu kerna dia ingin tahu apa kesukaan kamu yang bakal menjadi kesukaan dia juga.

  10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu, pening atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim 'sms' dan menanyakan keadaanmu kerana dia RISAU akan kamu.

  11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi UJIAN dia akan menanyakan bila ujian itu dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan 'sms' "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa tetapi itu adalah sesuatu barang yang ISTIMEWA buat dia.

  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika kamu sedang berbicara ditelefon dengan kamu sehingga kamu menjadi binggung ketika itu dia merasa sangat GUGUP kerana telah menggoncang dunianya.

  14. Orang yang mencintai kamu selalu berada DEKAT denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu.

  15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa BERWASPADA dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang KEKASIH.

  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal PELIK seperti menelefon kamu 100 kali sehari atau bangunkan kamu ditangah malam untuk mengirimkan 'sms' atau menelefon kamu kerna saat itu dia sedang memikirkanmu.

  18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang menrindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa RIMAS atau gila, dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tidak akan mengulanginya lagi.

  19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu, dia akan mengajar kamu dengan SABAR walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia.

  20. Tika kamu melihat handphonenya, namamu menghiasi sebahagian besar INBOXnya dan dia masih menyimpan 'sms' kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan bahkan bertahun yang lalu.

  21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri daripada kehidupanmu walaupun hal itu MEMBUNUH hatinya.

  22. Jika saat kamu menrindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tidak pernah MENCARI orang lain, dia tetap setia menunggumu.

Adakah orang yang berada disisimu sekarang melakukannya dengan cara-cara seperti di atas?

Sunday, August 2, 2009

HIKMAH KEMATIAN

Kehidupan berlangsung tanpa disedari daripada detik ke detik. Apakah kamu tidak menyedari bahawa hari-hari yang kamu lalui semakin mendekatkan kamu kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud;

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Setiap orang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, mereka semua akan mati, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati; Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut;

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Manusia yang diciptakan seorang diri, haruslah waspada bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia akan hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kapan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi dari dunia inipun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang setelah kematian hanyalah 3 perkara; Amal solehnya, sedekah jariah dan doa daripada anak yang soleh.


Aku Ingin Mencintai-Mu (Edcoustic)

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering
Membuat-Mu kecewa

Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri
Aku kesempatan berulangkali
Agar aku kembali

Dalam fitrah ku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapan-Mu

Aku ingin mencintai-Mu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan
Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati-Mu selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu dengan-Mu
Ya Rabbi…………………………